Assalamualaikum
Malam 12 hb september lepas saya tertengok satu program yang bertajuk 'SITC Lahirnya Obor Merdeka' di astro awani. Ianya ke udara jam 9.30 hingga 10.00 malam. Saya tak tahu apa tu SITC kerana sepanjang program tu saya tak perasan pun diterangkan maksud SITC (MPSI kot). Rasanya ni bahagian 2. Mulanya saya ingat program tu nak ceritakan tentang kehebatan SITC, rupanya tidak. Program tu sebenarnya banyak berkisar tentang mengapa guru-guru hari ini tidak dihormati lagi seperti guru-guru dahulu. Ianya memuatkan pandangan/komen dari beberapa individu yang terdiri dari ahli politik, sasterawan, pemilik pusat tuisyen, orang kuat NUTP, pengetua sekolah swasta dan guru.
Sayapun hairan, kenapa keseluruhan jawapan hanya menjurus kepada kelemahan guru. Mungkin program malam tu fokus pada guru sahaja? Antara sebab yang dinyatakan ialah guru kurang ilmu berbanding guru dulu, guru ada kerja lain, jadi tak bersungguh bila mengajar. ada juga yang kata sebab guru mengutamakan pusat tuisyen,,kalau pelajar nak lebih, pergi pusat tuisyen guru tu. Guru tak minat jadi guru..jadi guru tu pilihan terakhir je..ada juga yg kata sebab kerja guru relaks..separuh hari je..mengajar pon benda yang sama jer, streotaip..menyebabkan pelajar jemu dan ada yg kata sebab cikgu kerja untuk dapat duit jer..tidak ikhlas
Itu lah yang dapat saya tangkap. Kita ambil positif ler..jadi semua pendapat tu betul..guru bukan maksum, lagipun jumlah guru terlalu besar. Tentulah dalam ramai-ramai guru ada yang seperti disebutkan di atas. Inilah yang dikata kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Tapi nak komen juga sikit. Sebelum tu saya nak petik kata-kata 'bos' saya 'kerja yang paling sedap ialah mengkritik'. Tang tuisyen..memang lain dengan sekolah. Tuisyen pembelajarannya terus fokus periksa..dgn tajuk, latihan, nota..terus kepada periksa. Di sekolah lain..kena habis silibus, kena ada penerapan nilai. Sebab tu tuisyen nampak lebih berkesan untuk peperiksaan.
Yang kata kerja guru relaks tu tak betul. Kementerian pernah buat kajian beban kerja guru..lihatlah hasilnya. Semua kerja guru kena buat. Masa kerja pon tak macam dulu. Tak ada dah sekolah yang pulang pukul 12.00, pastu tak ada apa2 aktiviti petang/malam. Guru zaman 60-70an dulu mungkin relaks. Takkan nak 'refer' Cikgu zaman P Ramle lagi. Pasal beban kerja guru tak habis nak tulis..tanyalah guru. Pasal imbuhan pula..ye lah, niat orang tentu tak sama. Tapi keadaan dunia materialistik hari ni memang begitu. Guru juga terpaksa membeli semua keperluannya. Nak tak nak..duit adalah perkara yang penting. Memang sebaiknya niat ibadahlah.
Apa yang saya nampak, masyarakat kini dah berubah terutamanya dalam kalangan remaja yang merupakan pelajar sekolah. Tidak boleh nak samakan dengan masyarakat 70an dulu. Bukan guru saja yang mereka tak hormat, ibubapa mereka pun mereka tak hormat. Pemimpin pun mereka tak hormat. Polis..yang sangat ditakuti dulu, pun kini tak dihormati (kurang berbanding dulu). Tentu ingat lagikan bagaimana sekumpulan mat rempit membaling batu ke arah balai polis. Jadi, fenomena kurang hormat ni bukan pada cikgu sahaja..tetapi hampir kepada semua institusi. Tidak patut puncanya diletak pada cikgu sahaja.
Saya lihat puncanya terletak dalam diri individu tu sendiri. Titik-titik hitam yang terbentuk dalam hati mereka dari kecil sehingga mereka dewasa. Bagaimana mereka di diasuh dan dididik. Apa yang dipertontonkan, diperdengarkan dan disuapkan ke mulut mereka sejak kecil hingga remaja. Jika dari kecil mereka disuap susu haiwan (payah nak elak), makanan yang haram atau syubhat, dihidukan dengan asap rokok, dipertontonkan dengan perkara yang tidak elok, diperdengarkan dengan bunyi2 yg tidak manis..bagaimana keadaan mereka apabila remaja. Mampukah mereka menolak pil2 khayal, arak dan dadah? Mampukah mereka menolak gambar, video lucah dan seks bebas? budaya hidonisme? budaya samseng? budaya negatif barat? Natijahnya jika remaja/pelajar terlibat dengan salah satu sahaja dari perkara-perkara tersebut, maka lahirlah remaja yang liar dan sukar dikawal. Mereka tidak akan menghormati semua orang. sesiapa sahaja.
Orang yang bertanggungjawab menyuap, mendidik, mempertonton dan memperdengar itu ialah ibu bapa, guru, rakan, masyarakat dan pemimpin. Ibu bapa tidak mampu menghalang anaknya menonton tv. Begitu juga guru. Pemimpin pula tidak mampu memerhati setiap rakyatnya. Janganlah jadi seperi kisah bangau oh bangau. Kalau semua komponen tu baik..insya Allah baiklah pelajar2. Kalau salah satu tidak baik..maka susahlah pelajar tu nak jadi baik. Akan terbina satu kedegilan/ketidak baikan dalam jiwa mereka. Ketika itu, walaupun guru berhempas pulas untuk menjadikannya baik..hasilnya payah..bahkan mungkin guru itu sendiri yang akan merana.
Total Pageviews
4137591
Pandangan/Komen/Apa Saja
RENUNGAN HARI INI
Janganlah kita suka menangguhkan kerja. Kerja hari ini, kita buat hari ini. Jangan tunggu besok.
kata Ibnu Umar; "Apabila kamu berada pada waktu petang, janganlah menunggu pagi. Apabila kamu berada pada waktu pagi, janganlah menunggu waktu petang..."
kata Ibnu Umar; "Apabila kamu berada pada waktu petang, janganlah menunggu pagi. Apabila kamu berada pada waktu pagi, janganlah menunggu waktu petang..."
Rujukan
Kenapa Guru Kini Kurang dihormati
Tuesday, September 14, 2010Posted by umat66 at 11:10:00 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment