PENGUMUMAN : DAPATKAN SEGERA.......buku NASIHAT KEPADA ANAK BERKENAAN IBU BAPA.......buku yang memperincikan tanggung jawab anak terhadap ibu bapa. Miliki segera untuk mendalami lagi tanggung jawab anda kepada ibu bapa anda. Juga supaya anak-anak anda memahami tanggung jawab mereka terhadap anda sebagai ibu bapa*****-------- DAPATKAN SEGERA....NOTA GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM SPM....buku rujukan/nota Pendidikan Islam SPM yang sangat sesuai untuk calon-calon SPM*****Dapatkan juga MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 4 dan MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 5, buku kerja yang akan menjadikan PDPC anda lebih mudah, berkesan dan menarik......SELAMAT HARI RAYA IDIL FITRI 2017, MAAF ZAHIR DAN BATIN^^^^^^SEMUA GURU PEND ISLAM/B ARAB DIPELAWA MENYERTAI GROUP FACEBOOK DISKUSI GURU PENDIDIKAN ISLAM.....Hubungi saya di umat66@gmail.com.BLOG INI LEBIH SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX...MUNGKIN PAPARANNYA BERBEZA JIKA MENGGUNAKAN INTERNET EXPLORER

Raya Kita, Cara Kita

Wednesday, September 8, 2010

Assalamualaikum...

Lusa umat Islam di Malaysia akan menyambut hari raya idil fitri bagi tahun 1431H. Hari raya merupakan hari kebesaran, kegembiraan dan kemuliaan. Setiap umat, bangsa dan agama ada hari kebesaran masing-masing. Bagi umat Islam hari kebesarannya ada dua iaitu hari raya idil fitri dan hari raya korban.

Dalam sebuah hadis Nabi s.aw. telah bersabda, yang maksudnya:
Daripada Anas r.a, berkata ia: Telah datang Rasulullah s.a.w ke Madinah, padahal bagi mereka itu ada dua hari kebesaran yang mereka rayakan dan bermain-main pada kedua-duanya. Rasulullah lantas bertanya: Apakah dua hari itu? Jawab mereka: Kami bermain dan bersukaria sejak zaman jahiliah lagi. Maka baginda bersabda: Sesungguhnya Allah s.w.t telah menukarkan bagi kamu dengan dua hari yang lebih baik dari keduanya iaitu hari raya korban dan hari raya fitrah.

Sebagai hari kebesaran Islam, hari raya sepatutnya disambut dengan cara kita yang tersendiri, iaitu mengikut cara Islam, bukannya mengikut budaya setempat apatah lagi budaya barat. Amat malang kerana beberapa hari lepas umat Islam telah dihidangkan dengan iklan raya yang menggambarkan orang Islam menaiki beca terbang ala kereta terbang santa dalam iklan Krismas. Kita tidak tahu niat dan tujuan iklan tersebut. Yang pastinya setiap perkara yg muncul di kaca televisyen, bukannya boleh ditayang dengan sesuka hati. Ianya melalui banyak perundingan, penilaian dan penelitian dari masa pembikinannya sehingga ia ditayangkan. Nasib baik iklan tu dah diberhentikan selepas beberapa hari sahaja ke udara.

Dalam apa jua hal, umat Islam mesti sentiasa peka. Sekarang umat Islam dikelirukan dengan pelbagai fahaman seperti sekularisme, pluralisme, liberalisme, fanatik dan macam-macam lagi. Itu belum di tambah dengan pecahan mazhab dan aliran lagi.

Jadi, adalah penting bagi umat Islam untuk kembali kepada ajaran Islam yang sebenar, termasuk juga di dalam menyambut hari raya. Di antara perkara yang dituntut ketika menyambut idil fitri ialah membayar zakat fitrah. Jangan bertangguh untuk membayarnya. Masa afdalnya ialah pagi raya sebelum solat sunat raya, tetapi awas..takut2 terlupa atau tak sempat.

Selain itu umat Islam juga dituntut melakukan solat sunat hari raya, bertakbir dan bertahmid. Solat sunat tersebut diadakan lebih kurang pukul 8.30 hingga 9.00 pagi. Ianya akan diikuti oleh dua kutbah. Manakala takbir pula sepatutnya mula dikumandangkan selepas masuknya waktu maghrib malam raya sehingga solat sunat raya.

Sebelum ke masjid, hendaklah mandi sunat hari raya terlebih dahulu, membersih diri, memakai pakaian baru, bau-bauan dan makan. Jika berkemampuan, umat Islam juga dituntut supaya menyediakan kuih muih atau makanan bagi menyambut tetamu yang datang kerana ziarah menziarahi dan bermaaf-maafan juga adalah dituntut pada hari tersebut. Orang yg paling utama utk diziarahi dan mitak maaf tentulah ibu bapa

Tadi saya ada baca kat web dr MAZA, katanya menziarahi kubur tidak digalakkan pada hari raya. Lagipun ziarah kubur mempunyai unsur sedih, berlawanan dgn raya yg merupakan hari gembira. Beliau juga memilih pendapat tidak wajib solat jumaat bagi mereka yg telah mengerjakan solat raya, jika raya jatuh pada hari jumaat.

Macam tu lah lebih kurang raya cara kita. Bermain mercun, keluar bertemu/bersama lelaki perempuan, menonton wayang, nyanyian (boleh kalau ikut syariat) dan menghidangkan arak tetap tidak boleh. Yg haram tetap haram. Hari raya bukan hari kebebasan.

wallahu a'lam

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 
 

Segala kandungan dalam blog ini adalah pendapat penulis. Jika ada yang salah, penulis pohon jutaan maaf, sentiasalah merujuk dan berpegang dengan pendapat yang lebih teguh dalilnya. Blog ini hanyalah sekadar perkongsian sesama insan daripada penulis yang lemah dan masih jahil