Soalan
assalamualaikum ustaz, saya kadangkadang konpius le bila ada setengah pendapat kata memasukkan jari dalam telinga, hidung atau dubur batal puasa, ada kata tak batal kalau setakat jari je...macam mana ya ustaz?
Jawapan
Waalaikumussalam...maaf lewat jawab. Sibuk sikit, maklumlah bulan puasa, lagipun dah masuk time 'preparation' utk raya.
Memang salah satu dari perkara yang membatalkan puasa ialah memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan. Cuma persoalannya memasukkan setakat mana yang membatalkan puasa??
Untuk lebih jelas, tak apalah kalau saya cerita lebih sikit daripada yang saudara tanya kan?
Mula-mula maksud rongga..ialah lubang yang terbuka iaitu tempat masuk atau keluar sesuatu, samada lubang itu semulajadi adanya seperti mulut, hidung dan sebagainya atau yang baru wujud seperti luka.
Kita tengok pula contoh2 rongga dan had bagi tiap-tiap rongga tersebut;
1. Rongga otak..kalaulah kepala orang tu luka..maka hadnya sampai tempurung kepala. kalau masukkan ubat atau masukkan jari sampai tempurung kepala maka batallah puasanya
2. Rongga mulut...Hadnya ialah tempat keluar huruf hamzah atau ha (ha pada kalimah Allah). Ianya dipanggil had batin. Kalau masuk sesuatu sampai situ maka batallah puasa
3. Rongga hidung..hadnya pangkal batang hidung (bahagian hidung yg ada tulang)..kalau sampai pangkal tu batallah puasa
4. Rongga telinga..hadnya batin telinga..kira bahagian dalam..kalau kat dalam cuping atau lubang yang nampak tu belum lagi
5. Rongga dubur..hadnya ialah tempat yang tidak wajib dicuci ketika istinja..yang permukaan luar semas mencangkung je wajib cuci..kalau jolok sampai tempat tak wajib cuci tu batallah puasa
6. Rongga faraj..hadnya ialah yang nampak apabila dia duduk mencangkung seperti ketika hendak buang air kecil..lebih dari tu batal
7. Lubang keluar air kencing bagi lelaki/susu perempuan..asal masuk sesuatu ke dalam tu je batal. hadnya permukaan tu je..lepas permukaan batal.
Kesimpulannya kalau ikut soalan saudara masukkan jari dalam hidung, telinga dan dubur..kalau masuk habis satu jari, pastinya batal..kalau tak habis tu kena tengoklah had2 tadi
wallahu a'lam
Rujukan
Jabatan Mufti Kelantan
Total Pageviews
4138499
Pandangan/Komen/Apa Saja
RENUNGAN HARI INI
Janganlah kita suka menangguhkan kerja. Kerja hari ini, kita buat hari ini. Jangan tunggu besok.
kata Ibnu Umar; "Apabila kamu berada pada waktu petang, janganlah menunggu pagi. Apabila kamu berada pada waktu pagi, janganlah menunggu waktu petang..."
kata Ibnu Umar; "Apabila kamu berada pada waktu petang, janganlah menunggu pagi. Apabila kamu berada pada waktu pagi, janganlah menunggu waktu petang..."
Rujukan
Had Memasukkan Sesuatu Ke Dalam Rongga Yang Membatalkan Puasa
Tuesday, September 7, 2010Posted by umat66 at 9:44:00 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Assalamualaikum ustaz..
Makna nye, kalau setakat jari saya nk bersih-bersihkan kat tepi lubang telinga yg nampak tu, tak batal lah ye?maksud sy, tak masukkan jari saya ke dlm lubang telinga sedalam-dalamnya..
assalamualaikum ustaz,
bagimana dengan puasa saya ustaz jika saya memasukkan sesuatu ke dalam qubul sedangkan saya tidak mengetahuinya ia boleh membatalkan puasa. saya mengidap penyakit kencing tak lawas.
Kita dalam masalah yang sama
Macam mana ustaz saya selepas kencing saya pecit hujung kepala zakar dan mulut zakar tu terbuka lalu sikit lalu saya basuh dengan air kat lubang zakar ada kah batal puasa
Post a Comment