Soalan:
Batal atau tidak puasa jika seseorang itu bermimpi melakukan persetubuhan?
Diskusi;
Ketika sedang berbual-bual, tiba-tiba seorang rakan berkata; "Eh..tanya sikit..boleh?". "Tanyalah..insya Allah...kalau dapat saya jawab, kalau tak dapat kita tanya orang lain pulak." jawab saya. Lalu rakan saya itupun menanyakan soalan di atas.
Untuk meringkaskan cerita, ni kita kena balik kepada post yang dulu, iaitu yang bertajuk , mazi..batal atau tidak puasa. Di dalamnya telah disebutkan perkara-perkara yang membatalkan puasa. Memang di dalam perkara yang membatalkan puasa ada disebutkan antaranya ialah bersetubuh. Tetapi yang dimaksudkan di situ ialah persetubuhan betul..bukannya mimpi. Apa jua mimpi tidak akan membatalkan puasa..samada mimpi makan, minum, pitam, gila dan sebagainya. Mimpi tidak akan sesekali membatalkan puasa. Dalam masalah lain juga mimpi tidak akan dikira. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi, Nabi ada bersabda yang bermaksud:
"Tiga perkara yang tidak membatalkan puasa orang yang berpuasa ialah berbekam, muntah dan bermimpi"
Bagaimana pula jika keluar air mani ketika mimpi tersebut. Ianya juga tidak membatalkan puasa kerana alasan di atas..mimpi tidak membatalkan puasa. Malah di dalam senarai perkara yang membatalkan puasa jelas disebutkan iaitu keluar mani dengan sengaja. Maknanya mengeluarkan mani dengan sengaja sahaja yang menyebabkab puasa seseorang itu terbatal. Jadi puasa org yang bermimpi sehingga terkeluar air mani adalah masih sah dan tidak batal.
Wallahu a'lam
Pandangan ulama/ustaz ustazah/rakan muslimin muslimat sekelian amat dialu-alukan
16 Ramadhan 1431H
Rujukan
Soal jawab Fiqh Harian, Ust Ishak Din, Dr Harun Din dan Dato' Abu Hassan Din al-Hafiz
Total Pageviews
4137444
Pandangan/Komen/Apa Saja
RENUNGAN HARI INI
Janganlah kita suka menangguhkan kerja. Kerja hari ini, kita buat hari ini. Jangan tunggu besok.
kata Ibnu Umar; "Apabila kamu berada pada waktu petang, janganlah menunggu pagi. Apabila kamu berada pada waktu pagi, janganlah menunggu waktu petang..."
kata Ibnu Umar; "Apabila kamu berada pada waktu petang, janganlah menunggu pagi. Apabila kamu berada pada waktu pagi, janganlah menunggu waktu petang..."
Rujukan
Mimpi Bersetubuh, Batal Atau Tidak Puasa?
Thursday, August 26, 2010Posted by umat66 at 1:20:00 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment