PENGUMUMAN : DAPATKAN SEGERA.......buku NASIHAT KEPADA ANAK BERKENAAN IBU BAPA.......buku yang memperincikan tanggung jawab anak terhadap ibu bapa. Miliki segera untuk mendalami lagi tanggung jawab anda kepada ibu bapa anda. Juga supaya anak-anak anda memahami tanggung jawab mereka terhadap anda sebagai ibu bapa*****-------- DAPATKAN SEGERA....NOTA GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM SPM....buku rujukan/nota Pendidikan Islam SPM yang sangat sesuai untuk calon-calon SPM*****Dapatkan juga MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 4 dan MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 5, buku kerja yang akan menjadikan PnP anda lebih mudah, berkesan dan menarik......SELAMAT TAHUN BARU 2017, SEMOGA HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM DAN ESOK LEBIH BAIK DARI HARI INI^^^^^^SEMUA GURU PEND ISLAM/B ARAB DIPELAWA MENYERTAI GROUP FACEBOOK DISKUSI GURU PENDIDIKAN ISLAM.....Hubungi saya di umat66@gmail.com.BLOG INI LEBIH SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX...MUNGKIN PAPARANNYA BERBEZA JIKA MENGGUNAKAN INTERNET EXPLORER

Hukum Solat dan mandi wajib: Lafaz niat ada, tetapi lintasan hati tidak ada

Sunday, August 29, 2010

Soalan

nk tya sikit ustz..sah tak solat lau kite bce lafaz niat solat..tapi xniat dalam hati? mcm mne lak lau dgan mndi wajib kite buat mcm tu jgk? hrap ustaz boleh jwb..dh lme nie kompius

Jawapan
Adapun niat itu merupakan salah satu dari rukun solat dan juga mandi wajib. Tanpa niat maka kedua-duanya adalah tidak sah.

Adapun lafaz niat itu 'usalli fardha.......sampai itu' hukumnya adalah sunat sahaja, kerana ianya akan mempermudahkan hadirnya niat sebenar di dalam hati. Tetapi ada juga segelintir pendapat yang mengatakan lafaz tu adalah bidaah. Niat sebenar ialah lintasan dalam hati atau rasa nak buat dalam hati.

“Imam Nawawi mengatakan, bahawa niat bererti maksud, iaitu keinginan yang ada dalam hati.”

Tidak ada seorang ulama’ pun dari imam empat, tidak al-Syafi’i mahupun yang lainnya yang mensyaratkan melafazkan niat. Menurut kesepakatan mereka, niat itu tempatnya di dalam hati.

Soalnya sekarang, lafat ada tapi lintasan tak ada. Kalau dalam soal solat, keadaan ni payah nak berlaku. Takkan kita berwuduk, pakai pakaian bersih dan berdiri di atas sejadah..tetapi tak tau kenapa kita berdiri. Tentunya kita tau ketika tu kita nak solat. Jadi yg kita tau dalam hati tu lah yang dikatakan niat..tambahan pula kaita dah sebut lafaz usalli..tentu kita tau kita nak solat..jadi di sini solat tu sah. Kecuali org tu berwuduk dan berdiri dalam keadaan bermimpi, maka solatnya tidak sah..kerana tidak ada lintasan nak solat walaupun dia sebut usalli

Manakala dalam masalah mandi pula lain sikit. Ini kerana mandi wajib boleh bertukar dgn mandi biasa. sama saja zahirnya. Jadi kalau takde lintasan nak mandi wajib maka mandi wajib tu tak sah. Tapi kalau kita dah sebut lafaz nawaitu raf'al hadasil akbari...tentulah lintasan tu juga akan datang bersama. Maka mandi tu sah..yg selalu terjadinya tak sebut lafaz dan tiada lintasan...yg ni tak sah mandinya...

Belit2 ke ayat tu? mmm..

Wallahu a'lam


3 comments:

Assalammualaikum Ustaz. Mcm mana kalau kita mandi wajib Tapi tak baca niat? Sah tak mandi kita tu? Niat dalam hati ada, cuma niat "nawaitu raf'al dan sebagai nya tu lupa nak baca. Mcm mana?

mohd nadzri said...

Xpe..mandi tu dh dikira sah.sbb baca niat @ lafaz niat hanya lah sunat shj.yg penting lintasan niat di hati yg kita nk mandi wajib..smg dpt membantu.wallahu a'lam

mohd nadzri said...

Xpe..mandi tu dh dikira sah.sbb baca niat @ lafaz niat hanya lah sunat shj.yg penting lintasan niat di hati yg kita nk mandi wajib..smg dpt membantu.wallahu a'lam

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 
 

Segala kandungan dalam blog ini adalah pendapat penulis. Jika ada yang salah, penulis pohon jutaan maaf, sentiasalah merujuk dan berpegang dengan pendapat yang lebih teguh dalilnya. Blog ini hanyalah sekadar perkongsian sesama insan daripada penulis yang lemah dan masih jahil