PENGUMUMAN : DAPATKAN SEGERA.......buku NASIHAT KEPADA ANAK BERKENAAN IBU BAPA.......buku yang memperincikan tanggung jawab anak terhadap ibu bapa. Miliki segera untuk mendalami lagi tanggung jawab anda kepada ibu bapa anda. Juga supaya anak-anak anda memahami tanggung jawab mereka terhadap anda sebagai ibu bapa*****-------- DAPATKAN SEGERA....NOTA GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM SPM....buku rujukan/nota Pendidikan Islam SPM yang sangat sesuai untuk calon-calon SPM*****Dapatkan juga MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 4 dan MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 5, buku kerja yang akan menjadikan PDPC anda lebih mudah, berkesan dan menarik......SELAMAT HARI RAYA IDIL FITRI 2017, MAAF ZAHIR DAN BATIN^^^^^^SEMUA GURU PEND ISLAM/B ARAB DIPELAWA MENYERTAI GROUP FACEBOOK DISKUSI GURU PENDIDIKAN ISLAM.....Hubungi saya di umat66@gmail.com.BLOG INI LEBIH SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX...MUNGKIN PAPARANNYA BERBEZA JIKA MENGGUNAKAN INTERNET EXPLORER

TAMBAH BAIK CARA MENJAWAB SOALAN KBAT

Monday, April 3, 2017

Assalamualaikum w b t

Melihat kepada jawapan pelajar terhadap soalan-soalan KBAT dalam peperiksaan terkini di sekolah, saya dapati ada lagi beberapa kesilapan kecil yang boleh diperbaiki. Walaupun kesilapan tu kecil tapi ia boleh mengakibatkan pelajar gagal mendapat markah penuh. Kerana itu saya rasa pelajar kena mantapkan lagi kemahiran KBAT mereka agar lebih tepat seperti yang dikehendaki.

PERKARA YANG PERLU ADA DALAM JAWAPAN KBAT

1. ISI (I) = Jawapan kepada soalan yang dimukakan.
2. HURAIAN (H) = Sebab atau tujuan atau cara ISI. Mula ayat dengan INI KERANA / INI SUPAYA/ INI DENGAN
3. HURAIAN LENGKAP (HL) = Kesan H. Mula ayat dengan KESANNYA. Contoh juga biasanya diterima sebagai HL. Mula ayat dengan CONTOHNYA
4. KESIMPULAN (K) = Cadangan. Mula ayat dengan KESIMPULANNYA KITA HENDAKLAH

CARA TULIS

1. Cantiknya tulis dalam EMPAT ayat. Satu ayat untuk satu perkara (I, H, HL, K)
2. Setiap perkara (I, H, HL, K) sebaiknya tidak kurang dari 5 perkataan
3. Tulis dalam bentuk ESEI atau KARANGAN PENDEK. Sambung-sambungkan I, H, HL, K


CONTOH TEMPLATE JAWAPAN KBAT

.......................................................................... Ini kerana/ Ini supaya/ Ini dengan  .......................................................................... Kesannya ................................................................................. Kesimpulannya kita hendaklah ..............................................................


PERKARA YANG PERLU ELAK

1. Tulis dalam bentuk isi/poin. Masih ada juga walaupun dah banyak pendedahan

2. Elak salin soalan sebagai intro jawapan. Kadang-kadang jadi keliru kerana intro tersebut.

Contoh, soalan tanya mengapa kena jujur dalam perniagaan..........
Jawapan, kena jujur dalam perniagaan supaya disukai oleh pelanggan

Silapnya ada yang kata disukai pelanggan sudah jadi huraian kerana ada supaya sebelumnya. Salah. Itu baru jawapan (isi) sebenarnya.

Jawapan sepatutnya
disukai oleh para pelanggan kerana.............

3. Jangan guna perkataan DAN, ATAU, SELAIN ITU, JUGA. Perkataan ini akan menyebabkan ayat sebelum dan selepas DAN, ATAU, SELAIN ITU, JUGA sama taraf je. Kalau sebelum jadi ISI, selepas pun ISI juga

Contoh soalan
Apa patut buat terhadap kanak-kanak yang kematian bapa (lebih kurang SPM 2016)

Jawapan
Mengambil mereka sebagai anak angkat dan menampung keperluan mereka = kedua-dua jadi isi

Sepatutnya
Mengambil mereka sebagai anak angkat. Ini dengan menampung keperluan mereka = Isi + H


Wallahu a'lam


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 
 

Segala kandungan dalam blog ini adalah pendapat penulis. Jika ada yang salah, penulis pohon jutaan maaf, sentiasalah merujuk dan berpegang dengan pendapat yang lebih teguh dalilnya. Blog ini hanyalah sekadar perkongsian sesama insan daripada penulis yang lemah dan masih jahil