PENGUMUMAN : DAPATKAN SEGERA.......buku NASIHAT KEPADA ANAK BERKENAAN IBU BAPA.......buku yang memperincikan tanggung jawab anak terhadap ibu bapa. Miliki segera untuk mendalami lagi tanggung jawab anda kepada ibu bapa anda. Juga supaya anak-anak anda memahami tanggung jawab mereka terhadap anda sebagai ibu bapa*****-------- DAPATKAN SEGERA....NOTA GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM SPM....buku rujukan/nota Pendidikan Islam SPM yang sangat sesuai untuk calon-calon SPM*****Dapatkan juga MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 4 dan MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 5, buku kerja yang akan menjadikan PDPC anda lebih mudah, berkesan dan menarik......SELAMAT HARI RAYA IDIL FITRI 2017, MAAF ZAHIR DAN BATIN^^^^^^SEMUA GURU PEND ISLAM/B ARAB DIPELAWA MENYERTAI GROUP FACEBOOK DISKUSI GURU PENDIDIKAN ISLAM.....Hubungi saya di umat66@gmail.com.BLOG INI LEBIH SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX...MUNGKIN PAPARANNYA BERBEZA JIKA MENGGUNAKAN INTERNET EXPLORER

PERINGATAN AKHIR UNTUK CALON PEND ISLAM SPM 2016

Saturday, November 12, 2016

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Hari ni 12 Nov. Kertas Pendidikan Islam SPM pada 15 Nov 2016. Ada tiga hari sahaja lagi. Teruskan mengulangkaji pelajaran. Jangan lupa beri juga perhatian kepada soalan-soalan peperiksaan percubaan negeri dan tajuk-tajuk tudingan. Kat sini ustaz ambil peluang untuk memberikan sedikit peringatan, mudah-mudahan sedikit sebanyak dapat membantu anak-anak pelajar untuk menjawab semua soalan SPM Pend Islam dengan sesempurna mungkin


1. Perhatikan kata tugas (kata soal) soalan.

  • "Jelaskan" - Jawab dalam bentuk ayat...sekurang-kurang 3 perkataan. Kertas 2 kurang-kurang nak 5 perkataan. Kalau masukkan huraian lagi selamat
  • "Terangkan" - mesti ada huraian. Masukkan agar atau kerana di tengah ayat untuk menjadikan huraian lebih jelas

2. Soalan KBAT
  • Kena perhati betul-betul. Jangan ada yang tak perasan. 
  • Jawapan mesti ada 4 perkara (isi + huraian + huraian lengkap + kesimpulan)
  • Pastikan jawapan anda menepati 4 perkara di atas
  • Tulis dalam bentuk esei

3. Fokus soalan
  • Perhatikan fokus soalan (bukan semua soalan ada fokus)
  • Jawapan mesti menepati fokus

4. Pastikan betul-betul, jawapan yang diminta perkara baik atau perkara buruk


5. Sentiasa melebihkan jawapan dari yang yang diminta
  • Kecuali Bahagian Struktur Kertas 1, tak boleh lebih.
  • Soalan pengajaran (Kertas 2) pun kena bagi lebih
  • Walaupun soalan mudah kena lebihkan juga

6. Soalan pengajaran (Kertas 2)
  • Ayatnya (Kita hendaklah ........isi........agar/kerana ........huraian..........
  • Cari isi dalam keterangan ayat atau soalan sebelum (soalan i atau ii, pengajaran biasanya berada di nombor iii)

7. Jawi
  • Tulis rumi ke jawi...sepatutnya menyumbang markah kepada semua pelajar kerana tulis 1 perkataan sahaja dah dapat 1 markah
  • Ada perkataan yang dah ada dalam soalan. Cari je kemudian tengok soalan versi jawi

8. Soalan yang pilih A atau B. 
  • Biasanya tajwid dan hafazan
  • kalau tak pasti jawapan, tulis semua A je, gerenti dapat 2 markah

9. Soalan-soalan yang jawapannya hampir sama
  • Faktor buat maksiat (lemah iman, pengaruh rakan, kurang didikan)
  • Akibat maksiat (dibenci Allah, dibenci masyarakat, jiwa tidak tenang)
  • Kelebihan melakukan kebaikan (dikasihi Allah, dikasihi masyarakat, jiwa tenang)
  • Cara menghindari diri sendiri dari maksiat (belajar agama, bergaul dengan ulama)
  • Cara menghindari orang lain dari maksiat (memberi nasihat, melapor)
  • Peribadi tokoh (tekun, berani, kreatif)
  • Sumbangan tokoh (menghasilkan karya)

Wallahu a'lam

Selamat menjalani peperiksaan
Semoga beroleh kejayaan yang cemerlang




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 
 

Segala kandungan dalam blog ini adalah pendapat penulis. Jika ada yang salah, penulis pohon jutaan maaf, sentiasalah merujuk dan berpegang dengan pendapat yang lebih teguh dalilnya. Blog ini hanyalah sekadar perkongsian sesama insan daripada penulis yang lemah dan masih jahil