PENGUMUMAN : DAPATKAN SEGERA.......buku NASIHAT KEPADA ANAK BERKENAAN IBU BAPA.......buku yang memperincikan tanggung jawab anak terhadap ibu bapa. Miliki segera untuk mendalami lagi tanggung jawab anda kepada ibu bapa anda. Juga supaya anak-anak anda memahami tanggung jawab mereka terhadap anda sebagai ibu bapa*****-------- DAPATKAN SEGERA....NOTA GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM SPM....buku rujukan/nota Pendidikan Islam SPM yang sangat sesuai untuk calon-calon SPM*****Dapatkan juga MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 4 dan MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 5, buku kerja yang akan menjadikan PnP anda lebih mudah, berkesan dan menarik......SELAMAT TAHUN BARU 2017, SEMOGA HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM DAN ESOK LEBIH BAIK DARI HARI INI^^^^^^SEMUA GURU PEND ISLAM/B ARAB DIPELAWA MENYERTAI GROUP FACEBOOK DISKUSI GURU PENDIDIKAN ISLAM.....Hubungi saya di umat66@gmail.com.BLOG INI LEBIH SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX...MUNGKIN PAPARANNYA BERBEZA JIKA MENGGUNAKAN INTERNET EXPLORER

PELAJARAN 30: SYEIKH TAHIR JALALUDDIN TOKOH PEMIKIR TANAH AIR

Wednesday, November 25, 2015



Biodata
1.        Nama beliau Muhammad Tahir bin Syeikh Muhammad bin Ahmad Jalaluddin
2.        Dilahirkan pada 1869M di Sumatera Barat, Indonesia
3.        Berasal dari keluarga yang berilmu
4.        Bapanya seorang ulama dan hakim yang terkenal
5.        Memperolehi gelaran Syeikh ketika menjadi mufti Perak
6.        Meninggal pada 1956M di Perak

Keperibadian Syeikh Tahir Jalaluddin
1.        Menepati masa
2.        Kreatif dan cinta kepada ilmu
3.        Tekun dan gigih menyebarkan idea Islah
·         Dipenjara 9 bulan atas tuduhan menentang Belanda
4.        Tegas dan memiliki semangat juang yang tinggi

Pendidikan Syeikh Tahir Jalaluddin
1.        Belayar ke Mekkah ketika usia 12 tahun
2.        Belajar agama daripada saudara sepupunya di Masjidil Haram
3.        Menyambung pelajaran dalam bidang ilmu falak di Universiti al-Azhar pada 1893M
4.        Pulang ke tanah air pada 1899M dan mengembangkan ilmunya bagi memajukan masyarakat

Idea Islah Syeikh Tahir Jalaluddin
1.        Menyeru umat Islam supaya mengamalkan ajaran Islam yang berteraskan al-Quran dan Sunnah
2.        Menjauhkan pengaruh negatif khususnya pengaruh barat
3.        Menyeru umat Islam mempelajari ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah
4.        Menolak taklid buta

Metod Syeikh Tahir Menyampaikan Idea Islah
1.        Melalui penerbitan akhbar dan majalah seperti majalah al-Imam, al-Munir, Neraca dan Pengasuh
2.        Melalui jawatan yang disandang iaitu mufti Perak dan Johor
3.        Melalui proses pengajaran di sekolah al-Masyhor, Pulau Pinang
4.        Melaui penubuhan sekolah seperti Madrasah al-Iqbal al-Islamiah di Singapura

Sumbangan Syeikh Tahir Jalaluddin Dalam Bidang Ilmu Dan Pemikiran

Di Bidang Pemikiran
1.        Menyalurkan idea Islah menerusi majalah al-Imam

Di Bidang Ilmu Dan Pendidikan
1.        Menubuhkan Madrasah al-Iqbal al-Islamiah di Singapura pada 1908M
2.        Mengembangkan ilmu Falak di Malaysia sehingga beliau digelar al-Falaki kerana kemahirannya dalam ilmu tersebut
3.        Penggiat sastera

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 
 

Segala kandungan dalam blog ini adalah pendapat penulis. Jika ada yang salah, penulis pohon jutaan maaf, sentiasalah merujuk dan berpegang dengan pendapat yang lebih teguh dalilnya. Blog ini hanyalah sekadar perkongsian sesama insan daripada penulis yang lemah dan masih jahil