PENGUMUMAN : DAPATKAN SEGERA.......buku NASIHAT KEPADA ANAK BERKENAAN IBU BAPA.......buku yang memperincikan tanggung jawab anak terhadap ibu bapa. Miliki segera untuk mendalami lagi tanggung jawab anda kepada ibu bapa anda. Juga supaya anak-anak anda memahami tanggung jawab mereka terhadap anda sebagai ibu bapa*****-------- DAPATKAN SEGERA....NOTA GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM SPM....buku rujukan/nota Pendidikan Islam SPM yang sangat sesuai untuk calon-calon SPM*****Dapatkan juga MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 4 dan MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 5, buku kerja yang akan menjadikan PDPC anda lebih mudah, berkesan dan menarik......SELAMAT HARI RAYA IDIL FITRI 2017, MAAF ZAHIR DAN BATIN^^^^^^SEMUA GURU PEND ISLAM/B ARAB DIPELAWA MENYERTAI GROUP FACEBOOK DISKUSI GURU PENDIDIKAN ISLAM.....Hubungi saya di umat66@gmail.com.BLOG INI LEBIH SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX...MUNGKIN PAPARANNYA BERBEZA JIKA MENGGUNAKAN INTERNET EXPLORER

PELAJARAN 28: AS-SAYYED JAMALUDDIN AL-AFGHANI PEJUANG ISLAM YANG GIGIH

Wednesday, November 25, 2015



Biodata
1.        Jamaluddin bin Safdar al-Afghani
2.        Dilahirkan pada 1254H/1838M di As’ad Abad, Kabul
3.        Digelar ‘as-Sayyed’ kerana salasilah keturunannya bersambung dengan Ali b Abi Talib dan Rasulullah.
4.        Keturunannya juga bersambung dengan Imam at-Tirmizi
5.        Banyak merantau menyebarkan idea Islah seperti ke Mekah, India, Mesir, Istanbul, Iran, Russia, Baghdad, Paris dan London
6.        Sering diburu oleh Perancis dan Inggeris
7.        Pernah dilantik anggota Majlis al-Maarif (Kementerian Pendidikan) di Istanbul
8.        Meninggal pada 1314H/1897M ketika berusia 60 tahun
9.        Idea Islahnya diteruskan oleh murid kesayangannya as-Syeikh Muhammad Abduh

Keperibadian Sayyed Jamaluddin al-Afghani
1.        Berani memperjuangkan kebenaran
·         Petah berpidato menaikkan semangat umat Islam bersatu menentang penjajah sehingga diusir dari India, Turki dan Mesir
2.        Suka merantau
3.        Tekun
·         Menguasai pelbagai ilmu dan bahasa

Pendidikan Sayyed Jamaluddin al-Afghani
1.        Pendidikan awal daripada bapanya
2.        Semasa usia 18 tahun beliau telah menguasai pelbagai ilmu seperti al-Quran, hadis, fiqh, ilmu kalam, tasauf, nahu, sharaf, balaghah, mantik, falsafah, matematik, astronomi, perubatan dan anatomi.
3.        Berhijrah ke India untuk mendalami matematik moden
4.        Menguasai beberapa bahasa dunia seperti bahasa Afghanistan (Pastun) Parsi, Arab, Turki, Urdu, Perancis, Inggeris dan Russia
Sumbangan Sayyed Jamaluddin al-Afghani Dalam Bidang Pemikiran Dan Gerakan Islah
1.        Penggerak perjuangan menentang penjajah
2.        Menyatukan umat Islam serta mengembalikan keyakinan mereka menentang penjajah
3.        Menghasilkan beberapa karya ilmiah seperti al-A’mal al-Kamilah dan ar-Raddu Ala ad-Dahriyyin
4.        Idea Islah yang di bawanya mempengaruhi jiwa umat Islam sehingga kini

Maksud Islah
Pembaikan atau perubahan terancang ke arah lebih baik

Bentuk Islah (idea Islah) yang di bawa oleh Sayyed Jamaluddin
1.        Membina perpaduan tanpa mengira bangsa
2.        Menyeru umat Islam supaya kembali kepada ajaran Islam yang sebenar
3.        Menentang taklid
4.        Menyedarkan umat Islam tentang keburukan fanatik mazhab
5.        Menyeru umat Islam bangkit membebaskan tanah air daripada penjajahan

Kesan Islah
1.        Gerakan Islah tersebar luas
2.        Daya fikir umat Islam meningkat
3.        Umat Islam kembali kepada ajaran Islam yang sebenar
4.        Timbul kesedaran di kalangan umat Islam untuk bangkit berjuang membebaskan tanah air daripada penjajah

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 
 

Segala kandungan dalam blog ini adalah pendapat penulis. Jika ada yang salah, penulis pohon jutaan maaf, sentiasalah merujuk dan berpegang dengan pendapat yang lebih teguh dalilnya. Blog ini hanyalah sekadar perkongsian sesama insan daripada penulis yang lemah dan masih jahil