PENGUMUMAN : DAPATKAN SEGERA.......buku NASIHAT KEPADA ANAK BERKENAAN IBU BAPA.......buku yang memperincikan tanggung jawab anak terhadap ibu bapa. Miliki segera untuk mendalami lagi tanggung jawab anda kepada ibu bapa anda. Juga supaya anak-anak anda memahami tanggung jawab mereka terhadap anda sebagai ibu bapa*****-------- DAPATKAN SEGERA....NOTA GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM SPM....buku rujukan/nota Pendidikan Islam SPM yang sangat sesuai untuk calon-calon SPM*****Dapatkan juga MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 4 dan MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 5, buku kerja yang akan menjadikan PDPC anda lebih mudah, berkesan dan menarik......SELAMAT HARI RAYA IDIL FITRI 2017, MAAF ZAHIR DAN BATIN^^^^^^SEMUA GURU PEND ISLAM/B ARAB DIPELAWA MENYERTAI GROUP FACEBOOK DISKUSI GURU PENDIDIKAN ISLAM.....Hubungi saya di umat66@gmail.com.BLOG INI LEBIH SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX...MUNGKIN PAPARANNYA BERBEZA JIKA MENGGUNAKAN INTERNET EXPLORER

PELAJARAN 26: IBNU SINA BAPA PERUBATAN DUNIA

Wednesday, November 25, 2015



Biodata
1.        Nama beliau ialah Al-Hussin bin Abdullah bin al-Hassan bin Ali bin Sina
2.        Dikenali sebagai Ibnu Sina di timur dan Avicenna di barat
3.        Dilahirkan pada 370H/980M di Afsyanah Bukhara, Turkistan
4.        Setelah bapanya meninggal pada 390H/1000M beliau berpindah ke Khawarizm, Jarjan, Rai dan Hamazan
5.        Pernah bertugas sebagai pakar perubatan di Rai dan penasihat agung Amir Ala’ ad-Daulah di Isfahan
6.        Meninggal pada 428H/1037M di Hamazan

Keperibadian Ibnu Sina
1.        Tekun mempelajari ilmu. Pernah membaca buku berkenaan metafizik karangan Aristotle sebanyak 40 kali
2.        Taat beragama. Beliau sering berdoa dan pergi ke masjid
3.        Pintar. Menguasai pelbagai ilmu naqliah ketika berusia 18 tahun
4.        Berinovatif. Melakukan penyelidikan dan menghasilkan karya dalam pelbagai bidang terutamanya perubatan

Pendidikan
1.        Belajar al-Quran sejak usia 5 tahun dan menghafaznya ketika usia 10 tahun
2.        Belajar Fiqh dan Tasauf daripada Ismail az-Zahid
3.        Belajar ilmu hisab dan prinsip geometri daripada Muhammad al-Masah
4.        Ilmu falsafah daripada Abu Abdullah an-Natili
5.        Ilmu sains dan astronomi daripada al-Biruni
6.        Ketika usia 16 tahun beliau telah menguasai ilmu perubatan

Ketokohan Ibnu Sina Dalam Bidang Perubatan
1.        Pernah merawat Penguasa Bukhara Nuh bin Mansor, Penguasa Jurjan Qabus bin Wasyamkir, Penguasa Hamazan dan Penguasa Isfahan
2.        Menghasilkan banyak karya perubatan seperti al-Qanun Fi al-Tibb, al-Adawiyyah al-Qalbiyyah dan al-Alfiyyah at-Tibbiyyah. Karya tersebut diterjemahkan ke pelbagai bahasa
3.        Menemui penyakit baru dan puncanya;
·         Pengaruh kuman dalam penyakit
·         Jangkitan virus seperti ‘TB’
·         Penyakit seperti rubella, alahan, cacar, penyakit jiwa dan seumpamanya
4.        Penemuan dalam bidang farmasi
·         Menghasilkan ubat dan preskripsi yang mujarab untuk pelbagai penyakit kronik
·         Menghasilkan ubat bius
5.        Membangunkan teknologi perubatan
·         Mencipta benang khusus untuk menjahit luka pembedahan
·         Mencipta picagari

Kesan Peninggalan Ibnu Sina Dalam Bidang Perubatan
1.        Ilmu perubatan berkembang maju
2.        Terhasilnya kaedah perubatan baru
3.        Terhasilnya peralatan perubatan yang canggih
4.        Pelbagai penyakit dapat dirawat dengan lebih cepat dan berkesan

Kelebihan Ibnu Sina yang patut dicontohi
1.        Bersungguh-sungguh menuntut ilmu
2.        Tidak membuang masa
3.        Sentiasa membaca danmengkaji al-Quran
4.        Taat perintah agama
5.        Berdoa apabila menghadapi kebuntuan
6.        Menguasai pelbagai ilmu nakliah
7.        Rajin membuat penyelidikan

5 comments:

likelynoone said...

terima kasih sangat cikgu saya suka sangat semua nota cikgu:))))❤️❤️❤️❤️

likelynoone said...

Semua nota cikgu amat membantu saya amat menghargainya,terima kasih cikgu😊😊😊❤️

Anonymous said...

Terima kasih banyak bnyak cg, disebabkan nota cg saya berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan baru baru ini, hasil dari nota cg yang sngat berisi dan bermaklumat ini. Justeru, hadirnya saya disini untuk mengucapkan ribuan terima kasih,. Sekali lagi, terima kasih cg.

Anonymous said...

mantap ��

Kamal Rahim said...

Di HUKM ada surau yg bernama Ibnu Sina

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 
 

Segala kandungan dalam blog ini adalah pendapat penulis. Jika ada yang salah, penulis pohon jutaan maaf, sentiasalah merujuk dan berpegang dengan pendapat yang lebih teguh dalilnya. Blog ini hanyalah sekadar perkongsian sesama insan daripada penulis yang lemah dan masih jahil