PENGUMUMAN : DAPATKAN SEGERA.......buku NASIHAT KEPADA ANAK BERKENAAN IBU BAPA.......buku yang memperincikan tanggung jawab anak terhadap ibu bapa. Miliki segera untuk mendalami lagi tanggung jawab anda kepada ibu bapa anda. Juga supaya anak-anak anda memahami tanggung jawab mereka terhadap anda sebagai ibu bapa*****-------- DAPATKAN SEGERA....NOTA GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM SPM....buku rujukan/nota Pendidikan Islam SPM yang sangat sesuai untuk calon-calon SPM*****Dapatkan juga MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 4 dan MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 5, buku kerja yang akan menjadikan PDPC anda lebih mudah, berkesan dan menarik......SELAMAT HARI RAYA IDIL FITRI 2017, MAAF ZAHIR DAN BATIN^^^^^^SEMUA GURU PEND ISLAM/B ARAB DIPELAWA MENYERTAI GROUP FACEBOOK DISKUSI GURU PENDIDIKAN ISLAM.....Hubungi saya di umat66@gmail.com.BLOG INI LEBIH SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX...MUNGKIN PAPARANNYA BERBEZA JIKA MENGGUNAKAN INTERNET EXPLORER

PELAJARAN 21: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN PADA ZAMAN KERAJAAN ABBASIAH

Wednesday, November 25, 2015



Faktor Perkembagan Ilmu Pengetahuan Pada Zaman Abbasiyyah
1.        Usaha dan galakan para khalifah
2.        Aktiviti penterjemahan pelbagai bidang ilmu
3.        Kestabilan politik dan kewangan KA
4.        Dasar KA yang memberi keutamaan kepada ilmu pengetahuan
5.        Kewujudan prasarana pendidikan yang baik
6.        Kedudukan Baghdad yang menjadi pusat keilmuan dan perdagangan antarabangsa
7.        Hubungan diplomatik antara KA dengan negara luar
8.        Islam menggalakkan umatnya supaya mengkaji alam sekitar

Institusi Pendidikan Pada Zaman Kerajaan Abbasiyyah
1.        Masjid
Masjid Jamik al-Mansor yang dibina oleh Abu Jaafar al-Mansor pada 145H berfungsi sebagai pusat pengajian ilmu-ilmu Islam

2.        Istana Khalifah
Khalifah al-Muktadid Billah menyediakan sudut-sudut dan tempat-tempat tertentu di istana untuk para sarjana Islam menyampaikan ilmu

3.        Perpustakaan
Perpustakaan terulung pada masa itu ialah Baitul Hikmah yang dibina oleh Khalifah Harun ar-Rasyid. Kegiatan Baitul Hikmah dalam bidang pendidikan adalah;
·         Pusat pertemuan para sarjana
·         Pusat penterjemahan
·         Pusat sumber
·         Pusat penyelidikan ilmiah
·         Pusat latihan para ilmuan
Terdapat sebuah lagi perpustakaan yang terulung di Mesir iaitu Darul Ulum

4.        Pusat Pengajian
Al-Madrasah an-Nizamiah di bina oleh menteri Nizam al-Mulk pada 457H.

Bidang Ilmu Yang Di Terokai Pada Zaman Abbasiyyah
A)  Ilmu Yang Berteraskan Wahyu
1.        Ilmu Tafsir
·         Ilmu Tafsir mula disusun mengikut susunan surah al-Quran oleh Yahya b Ziyad al-Farra di dalam kitabnya Maani al-Quran (207H)
·         Pembaharuan diteruskan oleh Jarir at-Tabari dalam karyanya Tafsir at-Tabari (310H)

2.        Ilmu Hadis
·         Dikenali sebagai zaman pengumpulan dan penyusunan Hadis
·         Muncul pakar-pakar Hadis
o    Al-Bukhari – Sahih Bukhari
o    Muslim – Sahih Muslim
o    Abu Daud – Sunan Abu Daud
o    At-Tirmizi – Sunan at-Tirmizi
o    An-Nasa’ei – Sunan an-Nasai
o    Ibnu Majah – Sunan Ibnu Majah
·         Karya mereka digelar al-Kutub as-Sittah

3.        Ilmu Fiqh
·         Muncul ulama yang mengasaskan mazhab seperti;
o    Imam Abu Hanifah – Mazhab Hanafi
o    Imam Malik – Mazhab Maliki
o    Imam Ahmad b Hanbal – Mazhab Hambali
o    Imam Syafei – Mazhab Syafei
·         Selain mereka, terdapat ramai lagi tokoh seperti al-Qadhi Abu Yusuf, Sahnun, al-Mawardi dan Ibnu Qudamah

4.        Ilmu Tauhid
·         Ulama berjuang memurnikan akidah Islam daripada pengaruh falsafah Yunani
·         Bidang perbahasan Tauhid semakin meluas
·         Tokoh ilmu Tauhid pada masa itu ialah Imam al-Ghazali dan Abu al-Hassan al-Asyari

b)  Ilmu yang berteraskan akal
1.        Ilmu Matematik
·         Beberapa formula baru matematik telah dihasilkan
-          al-Masalsat (trigonometry)
-          al-Jabr (algebra)
-          al-Handasah (geometry)
-          al-Lugharitmat (logarithm)
-          memperkenalkan sistem angka dalam abjad Arab
-          memperkenalkan bilangan sifar (0) dalam sistem angka
·         Tokoh terkenal – Muhammad b Musa al-Khawarizmi yang menghasilkan karya “Hisab al-Jabri Wal Muqabalah”
·         Beliau juga mahir di bidang ilmu Falak dan Geografi serta menjadi pengarah Baitul Hikmah di zaman al-Makmun

2.        Ilmu Falak
Penemuan baru di zaman tersebut;
·         Mengukur jarak antara bumi dan matahari
·         Membuat jadual pergerakan bulan dan bintang
·         Menjelaskan sistem geologi bumi serta pengaruh bulan dan matahari terhadap pertukaran musim
·         Mencipta alat pengukur sudut yang dikenali sebagai ‘astrolabe’
Tokoh ilmu falak pada masa itu ialah al-Batani yang berjaya menemui cara mengukur jarak antara bumi dan matahari dan membuat jadual pergerakan bulan dan bintang

3.        Ilmu Kimia
Penemuan di bidang Kimia;
·         Mengasaskan fakta kimia berdasarkan ujikaji
·         Penemuan asid galian seperti asid nitrik, asik sulfurik dan asid hidroklorik
·         Teori penghasilan petroleum
·         Teori penghasilan alkohol
·         Memperbaiki proses pembuatan kaca
Tokoh dalam bidang ini ialah Jabir b Hayyan yang telah menemui asid sulfurik dan menghasilkan 8 buah karya tentang kimia

4.        Ilmu Fizik
·         Mencipta teori pergerakan jirim, daya graviti dan pantulan cahaya
·         Menjelaskan tentang lapisan-lapisan mata serta proses penglihatan
·         Menyukat kelajuan bunyi dan cahaya
·         Mencipta cermin mata
Tokoh- al-Hassan b al-Haitham yang telah menghuraikan proses penglihatan menerusi pembalikan cahaya pada retina. Menghasilkan 200 karya. Antara karya di bidang fizik ialah Kitab al-Manazir, Maqalah fi ad-Dhau’ dan Maqalah fi at-Tahlil Wa at-Tarkib

5.        Ilmu Geografi
·         Memberi ukuran tepat tentang keluasan permukaan bumi
·         Menghasilkan peta dunia pertama dalam bentuk glob
Tokoh; As-Syarif al-Idrisi yang telah menghasilkan peta dunia dunia dalam bentuk glob. Menghasilkan ensiklopedia yang mengandungi peta yang berjudul Nuzhah al-Musytaq Fi Ikhtiraq al-Afaq

6.        Ilmu Perubatan
Perkara yang mempengaruhi perkembangan ilmu perubatan:
·         Hubungan orang arab dengan orang Rom dan Parsi
·         Usaha khalifah seperti Khalifah Abu Jaafar al-Mansor yang telah membina dua hospital di Baghdad
Pencapaian:
·         Menjelaskan kesan kuman dalam penyakit
·         Menjelaskan teori jangkitan virus seperti TB
·         Menemui pelbagai jenis penyakit seperti rubella, alahan, cacar dan penyakit jiwa
·         Mencipta ubat untuk pelbagai penyakit kronik
·         Mencipta picagari, ubat bius dan benang khas untuk pembedahan
Tokoh:
·         Ibnu Sina yang telah menghasilkan 116 karya perubatan. Antaranya ‘al-Qanun fi at-Tib’

Kesan Perkembangan Ilmu Di Zaman Abbasiyyah
1.        Umat Islam menjadi kuat
2.        Kegiatan perterjemahan semakin berkembang
3.        Banyak perpustakaan di bina
4.        Banyak institusi pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti dibina
5.        Ramai dating ke Baghdad untut menuntut ilmu
6.        Lahir ramai tokoh-tokoh ilmuan Islam

11 comments:

Unknown said...

Apasal panjang sangat

SEHARUM KASTURI said...

nota sains teknologi, ketenteraan zaman Abbasiyah dan lain-lain ada tak ustaz? Nota yang padat dan baik.

Unknown said...

Aq nak dating di baghdad gak

Unknown said...

Hahahah

Anonymous said...

Terima kasih banyak ustaz... Siap jgak nota saya bab ni :)

Unknown said...

Terima kasih ustaz ;)

Anonymous said...

kau bersyukur sikit boleh tak

Anonymous said...

Jomm

Unknown said...

AHHAAHHAAHAHAH

Unknown said...

Terima kasih ustaz

Unknown said...

Tahhhh

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 
 

Segala kandungan dalam blog ini adalah pendapat penulis. Jika ada yang salah, penulis pohon jutaan maaf, sentiasalah merujuk dan berpegang dengan pendapat yang lebih teguh dalilnya. Blog ini hanyalah sekadar perkongsian sesama insan daripada penulis yang lemah dan masih jahil