PENGUMUMAN : DAPATKAN SEGERA.......buku NASIHAT KEPADA ANAK BERKENAAN IBU BAPA.......buku yang memperincikan tanggung jawab anak terhadap ibu bapa. Miliki segera untuk mendalami lagi tanggung jawab anda kepada ibu bapa anda. Juga supaya anak-anak anda memahami tanggung jawab mereka terhadap anda sebagai ibu bapa*****-------- DAPATKAN SEGERA....NOTA GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM SPM....buku rujukan/nota Pendidikan Islam SPM yang sangat sesuai untuk calon-calon SPM*****Dapatkan juga MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 4 dan MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 5, buku kerja yang akan menjadikan PnP anda lebih mudah, berkesan dan menarik......SELAMAT TAHUN BARU 2017, SEMOGA HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM DAN ESOK LEBIH BAIK DARI HARI INI^^^^^^SEMUA GURU PEND ISLAM/B ARAB DIPELAWA MENYERTAI GROUP FACEBOOK DISKUSI GURU PENDIDIKAN ISLAM.....Hubungi saya di umat66@gmail.com.BLOG INI LEBIH SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX...MUNGKIN PAPARANNYA BERBEZA JIKA MENGGUNAKAN INTERNET EXPLORER

PELAJARAN 19: ANAK AMANAH ALLAH

Thursday, November 26, 2015



ANAK ANGKAT MENURUT PANDANGAN ISLAM

Pengertian anak angkat
Anak yang dipelihara oleh bukan ibubapa kandungnya
Hukum mengambil anak angkat adalah harus

Peraturan mengambil anak angkat
1.        Haram menasabkan anak angkat kepada bapa angkat
2.        Batas pergaulan anak angkat dengan keluarga angkat tetap dikira sebagai ajnabi
3.        Anak angkat tidak boleh mewarisi harta pusaka keluarga angkatnya. Dia hanya boleh mendapat harta melalui hibah, hadiah dan wasiat dengan syarat tidak melebihi 1/3

Hikmah larangan membin dan membintikan anak angkat kepada bapa angkat
1.        Mengiktiraf keluarga kandung
2.        Mengekalkan pertalian nasab dengan keluarga kandung
3.        Memelihara hak pusaka anak angkat terhadap bapa kandung
4.        Menjaga batas pergaulan anak angkat dengan keluarga angkat
5.        Menjaga harta pusaka keluarga angkat dan nasab mereka daripada bercampur dengan anak angkat yang tiada kaitan nasab
6.        Memelihara hak wali nikah

HADHANAH

Pengertian hadhanah
Hak penjagaan anak yang masih kecil yang belum mumayyiz dan tidak mampu menguruskan diri sendiri

Hukum hadhanah adalah wajib

Ibu adalah orang yang paling berhak terhadap hadhanah
Hak hadhanah akan berpindah kepada susunan berikut jika ibu hilang kelayakan hadhanah

1.        Nenek sebelah ibu hingga ke atas
2.        Bapa
3.        Nenek sebelah bapa hingga ke atas
4.        Datuk
5.        Saudara perempuan seibu sebapa
6.        Saudara perempuan seibu
7.        Saudara perempuan sebapa
8.        Anak perempuan kepada saudara perempuan seibu sebapa
9.        Anak perempuan kepada saudara perempuan seibu
10.     Anak perempuan kepada saudara perempuan sebapa
11.     Emak saudara sebelah ibu
12.     Emak saudara sebelah bapa
13.     Waris lelaki yang boleh menerima asabah

Sebab gugur hak hadhanah
1.        Berkahwin dengan lelaki yang tiada pertalian nasab dengan kanak-kanak tersebut. Hak itu akan kembali jika bercerai
2.        Berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terang
3.        Berpindah tempat kediaman untuk menghalang bapa kanak-kanak menziarahinya
4.        Cuai atau menganiayai kanak-kanak tersebut
5.        Keluar dari Islam



Tempoh hadhanah
Kanak-kanak telah dewasa dan dapat berdikari
Setelah mumayyiz kanak-kanak boleh memilih untuk tinggal dengan siapa

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 
 

Segala kandungan dalam blog ini adalah pendapat penulis. Jika ada yang salah, penulis pohon jutaan maaf, sentiasalah merujuk dan berpegang dengan pendapat yang lebih teguh dalilnya. Blog ini hanyalah sekadar perkongsian sesama insan daripada penulis yang lemah dan masih jahil