PENGUMUMAN : DAPATKAN SEGERA.......buku NASIHAT KEPADA ANAK BERKENAAN IBU BAPA.......buku yang memperincikan tanggung jawab anak terhadap ibu bapa. Miliki segera untuk mendalami lagi tanggung jawab anda kepada ibu bapa anda. Juga supaya anak-anak anda memahami tanggung jawab mereka terhadap anda sebagai ibu bapa*****-------- DAPATKAN SEGERA....NOTA GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM SPM....buku rujukan/nota Pendidikan Islam SPM yang sangat sesuai untuk calon-calon SPM*****Dapatkan juga MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 4 dan MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 5, buku kerja yang akan menjadikan PDPC anda lebih mudah, berkesan dan menarik......SELAMAT HARI RAYA IDIL FITRI 2017, MAAF ZAHIR DAN BATIN^^^^^^SEMUA GURU PEND ISLAM/B ARAB DIPELAWA MENYERTAI GROUP FACEBOOK DISKUSI GURU PENDIDIKAN ISLAM.....Hubungi saya di umat66@gmail.com.BLOG INI LEBIH SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX...MUNGKIN PAPARANNYA BERBEZA JIKA MENGGUNAKAN INTERNET EXPLORER

RAMADHAN, sYAITAN DIRANTAI, KENAPA MAKSIAT MASIH ADA?

Wednesday, July 17, 2013

Maksud sebuah hadis

"Apabila masuk bulan ramadhan, dibuka semua pintu langit, ditutup semua pintu neraka dan dirantaikan segala syaitan"
Riwayat Bukhari

Mengikut hadis di atas syaitan akan dirantai sepanjang ramadhan. Tetapi kenapa masih ramai manusia yang melakukan maksiat dalam bulan itu?? Suatu persolan yang sering kedengaran dalam masyarakat. 

Sinar Harian: Artis dicekup tidak puasa. Klik gambar untuk baca seterusnya

Antara jawapan yang boleh diberikan ialah;

Walaupun syaitan telah dirantai tetapi masih ada satu lagi perkara yang sering mendorong manusia ke arah maksiat iaitu nafsu. Walaupn nafsu ada baik dan buruknya tetapi nafsu manusia umumnya adalah lebih cenderung untuk melakukan maksiat. Nafsu lebih senang atau mesra dengan perkara-perkara yang jelek dan jijik

“ Sesungguhnya nafsu (ammarah) itu sangat menyuruh berbuat jahat. “ (Maksud Surah Yusuf: 53)
Ada juga ulama yang mengatakan bahawa ianya berlaku disebabkan manusia telah biasa dengan maksiat itu sebelum datangnya bulan ramadhan. Perkara maksiat itu menjadi biasa disebabkan hasutan syaitan sebelum itu. Ada ulama yang menggambarkan keadaan itu seperti air di dalam gelas dan sudu. Sudu digunakan untuk memusingkan air tersebut. Setelah lama sudu itu memusingkan air, maka air menjadi biasa dengan pusingan itu. Apabila datang bulan ramadhan sudu diangkat dari air. Adakah air itu akan terus berhenti berpusing atau terus berpusing walaupun sudu telah tiada. Tentu sekali air itu akan terus berpusing walaupun sudu telah tiada. Begitu jugalah dengan manusia pada ramadhan. Mereka akan terus melakukan dosa yang telah biasa dengan mereka walaupun syaitan telah dirantai

Di samping dua sebab di atas manusia juga terus melakukan dosa kerana hasutan syaitan. Tadi kata syaitan dah kena rantai pada ramadhan. Betul. Tapi ada lagi syaitan yang tidak dirantai. Yang dirantaii ialah syaitan yang betul-betul syaitan. Manakala syaitan manusia atau manusia yang jadi syaitan tidak diikat. Mereka terus bebas bergerak dalam masyarakat dengan hasutan dan ajakan yang jahat. Bolehkah manusia dikatakan syaitan. Kalau merujuk kepada tafsir Ibnu Kathir dalam mentafsir surah an-Nas, begitulah nampaknya.

Dicatatkan dalam tafsir tersebut, Abu Dzar ra berkata: Saya pergi untuk menemui Rasulullah saw. Saya menemuinya di dalam masjid. Maka saya duduk di sampingnya. Rasulullah saw bertanya: Hai Abu Dzar, adakah anda telah solat? Belum jawabku. Maka baginda bersabda: Bangunlah solat. Kemudian Nabi saw bersabda kepadaku: Hai Abu Dzar, berlindunglah kepada Allah dari kejahatan syaitan manusia dan jin. Saya bertanya: Apakah manusia ada juga syaitan? Jawabnya: Ya 
(Riwayat Ahmad)

Wallahu a'lam

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 
 

Segala kandungan dalam blog ini adalah pendapat penulis. Jika ada yang salah, penulis pohon jutaan maaf, sentiasalah merujuk dan berpegang dengan pendapat yang lebih teguh dalilnya. Blog ini hanyalah sekadar perkongsian sesama insan daripada penulis yang lemah dan masih jahil