PENGUMUMAN : DAPATKAN SEGERA.......buku NASIHAT KEPADA ANAK BERKENAAN IBU BAPA.......buku yang memperincikan tanggung jawab anak terhadap ibu bapa. Miliki segera untuk mendalami lagi tanggung jawab anda kepada ibu bapa anda. Juga supaya anak-anak anda memahami tanggung jawab mereka terhadap anda sebagai ibu bapa*****-------- DAPATKAN SEGERA....NOTA GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM SPM....buku rujukan/nota Pendidikan Islam SPM yang sangat sesuai untuk calon-calon SPM*****Dapatkan juga MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 4 dan MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 5, buku kerja yang akan menjadikan PDPC anda lebih mudah, berkesan dan menarik......SELAMAT HARI RAYA IDIL FITRI 2017, MAAF ZAHIR DAN BATIN^^^^^^SEMUA GURU PEND ISLAM/B ARAB DIPELAWA MENYERTAI GROUP FACEBOOK DISKUSI GURU PENDIDIKAN ISLAM.....Hubungi saya di umat66@gmail.com.BLOG INI LEBIH SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX...MUNGKIN PAPARANNYA BERBEZA JIKA MENGGUNAKAN INTERNET EXPLORER

PENTINGNYA DOA DALAM WUDUK

Sunday, March 3, 2013

Assalamualaikum wbt...
Kali ni saya nak kongsi intipati kuliah subuh jumaat 1 Mac baru ni kat masjid dekat rumah saya. 

Antara isi yang masih saya ingat ialah berkenaan dengan doa. Kita kenalah banyak-banyak berdoa kepada Allah. Kalau boleh dalam setiap perbuatan kita, kita berdoa kepada Allah. Doa banyak tak apa. Tuhan tak pernah jemu mendengar doa kita. Tuhan Maha mendengar, dia akan mendengar semua perkara termasuk doa. Walaupun diulang-ulang. Berbeza dengan manusia, sesama manusia, kalau terlalu kerap memintapun akan menjadi masalah juga. Akan mendatangkan rasa jemu, bosan dan menyampah kepada orang yang diminta. Ibu bapa sendiripun kalau anak-anak asyik minta perkara yang sama, berulang-ulang kali, mungkin akan menaikkan kemarahan ibu bapa. Tuhan tidak begitu, makin banyak, makin kerap kita minta, makin hampir dengan makbul-Nya.

 
Malah kalau perhati dalam wuduk sahaja ada banyak doa yang dianjurkan kepada kita untuk membacanya. Ketika basuh tangan, berkumur, basuh muka, basuh kaki, basuh muka dan setiap perbuatan wuduk semuanya ada doa yang khusus. 

Ketika basuh muka, kita dianjurkan supaya berdoa yang maksudnya " Ya Allah putihkanlah mukaku pada hari muka manusia dihitamkan". Hari muka manusia menjadi hitam maksudnya hari akhirat yang mana muka orang-orang yang ingkar dan berdosa kepada Allah menjadi hitam legam. Manakala orang-orang yang beriman mukanya akan menjadi putih berseri-seri. Ketika itu tidak ada apa lagi dapat dibuat kecuali menyesali kejahatan semasa di dunia dan celakalah nasib mereka yang hitam wajahnya itu pada masa itu.

Dikatakan pernah seseorang bertanya kepada Nabi SAW tentang bagaimana baginda akan dapat kenal umatnya di padang Mahsyar sedangkan manusia terlalu ramai pada hari itu. Lalu jawab baginda ianya seperti mengenal biri-biri putih yang berada dalam kalangan biri-biri hitam. Walaupun bilangannya banyak tetapi ia dapat dikenali dengan mudah dengan sekali pandang saja. 

Manakala ketika membasuh kaki kita diajarkan berdoa yang maksudnya "Ya Allah teguhkanlah kakiku". Teguh di sini termasuklah supaya tidak mudah jatuh, tidak tergelicir atau tersandung semasa berjalan. Jatuh ketika berjalan pun bahaya juga. Tapi yang lebih penting ialah minta Allah teguhkan kaki kita di atas jalan-Nya yang lurus, iaitu syariat Islam. Jangan kita rasa selesa dengan keimanan kita pada hari ini. Orang yang jauh lebih hebat dari kitapun ada yang tergelincir akidahnya menjadi munafik, musrik dan macam-macam lagi. Dengan cabaran dan tipu daya yang berterusan ulamapun ramai yang tergelincir, sebab tu ulama dibahagi kepada dua iaitu ulama betul dan ulama suk (sesat). 

Satu lagi kita kena ingat, kita pasti akan meniti titian sirat di akhirat kelak. Titian ni digambarkan seperti rambut belah seribu. Cuba bayangkan kaki yang macam manakah yang akan mampu menyeberanginya dengan selamat. Sebab tu kita diajar supaya baca doa teguhkan kaki tu. Moga-moga kita tidak jatuh ke dalam neraka yang terbentang di bawahnya dan berjaya sampai kepada matlamat hidup kita sebagai seorang mukmin iaitu syurga Allah azza wajalla

Wallahu a'lam
*tulisan di atas dah ditokok tambah dari ceramah asal 

BOLEH LIHAT DOA-DOA DALAM WUDUK DI SINI
DOA-DOA DALAM WUDUK

1 comments:

Assalamualaikum...

Pengisian yang bagus untuk memperingatkan diri tentang mengambil wuduk..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 
 

Segala kandungan dalam blog ini adalah pendapat penulis. Jika ada yang salah, penulis pohon jutaan maaf, sentiasalah merujuk dan berpegang dengan pendapat yang lebih teguh dalilnya. Blog ini hanyalah sekadar perkongsian sesama insan daripada penulis yang lemah dan masih jahil