PENGUMUMAN : DAPATKAN SEGERA.......buku NASIHAT KEPADA ANAK BERKENAAN IBU BAPA.......buku yang memperincikan tanggung jawab anak terhadap ibu bapa. Miliki segera untuk mendalami lagi tanggung jawab anda kepada ibu bapa anda. Juga supaya anak-anak anda memahami tanggung jawab mereka terhadap anda sebagai ibu bapa*****-------- DAPATKAN SEGERA....NOTA GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM SPM....buku rujukan/nota Pendidikan Islam SPM yang sangat sesuai untuk calon-calon SPM*****Dapatkan juga MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 4 dan MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 5, buku kerja yang akan menjadikan PDPC anda lebih mudah, berkesan dan menarik......SELAMAT HARI RAYA IDIL FITRI 2017, MAAF ZAHIR DAN BATIN^^^^^^SEMUA GURU PEND ISLAM/B ARAB DIPELAWA MENYERTAI GROUP FACEBOOK DISKUSI GURU PENDIDIKAN ISLAM.....Hubungi saya di umat66@gmail.com.BLOG INI LEBIH SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX...MUNGKIN PAPARANNYA BERBEZA JIKA MENGGUNAKAN INTERNET EXPLORER

HUKUM MEMBAWA KANAK-KANAK KE MASJID

Monday, March 11, 2013

Assalamualaikum wbt...
Saya sering mendengar orang merungut tentang kedatangan kanak-kanak ke masjid, yang selalunya dibawa oleh ibu bapa mereka. Maklumlah kanak-kanak, terutamanya yang dalam lingkungan usia 3-5 tahun, mungkin belum memiliki kefahaman yang baik tentang keadaan sekeliling. Jadi macam-macamlah kerenah mereka. Bising, mengganggu orang solat, berjalan di hadapan jemaah dan sebagainya lagi. Kerana merasa terganggu ada antara jemaah yang menengking, memarahi atau menghalang ibu bapa dari membawa anak-anak mereka ke masjid.


Bagi saya, menghalang ibu bapa membawa anak-anak ke masjid adalah suatu tindakan yang tidak tepat. Di sinilah perlunya situasi 'menang menang'. Para jemaah perlu berlapang dada dan ibu bapa juga kena usaha kawal dan didik anak-anak mereka. Kalau ada jemaah yang tegur anak mereka, mereka juga kena terimanya dengan dada yang terbuka. Kalau jemaah enggan bertolak ansur dan ibu bapa pula terlalu mebiarkan anak-anak atau terlalu sensitif nescaya akan ada antara mereka berdua yang menjauhkan diri dari masjid.

Kerana itu tidak boleh halang ibu bapa bawa kanak-kanak ke masjid, ini bukan bermaksud tak boleh nasihat kanak-kanak yang ke masjid. Patutnya nasihat tu kena sama-samalah, samada ibu bapa mereka, mahupun jemaah yang lain termasuk juga para imam.

Saya memilih untuk berpegang dengan pandangan begitu kerana beberapa perkara;


1. Tiada nas syarak yang menghalang perbuatan membawa kanak-kanak ke masjid

2. Beberapa hadis yang menunjukkan kanak-kanak ada bersama jemaah dan Nabi SAW tidak menghalangnya;

عَنْ أَبِي قَتَادَةَ الْنْصَارِيِّ قَالَ: ((رَأَيْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم يَؤُمُّ النَّاسَ وَأُمَامَةُ بِنْتُ أَبِي الْعَاصِ وَهِيَ ابْنَةُ زَيْنَبَ بِنْتِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم عَلَى عَاتِقِهِ، فَإِذَا رَكَعَ وَضَعَهَا وَإِذَا رَفَعَ مِنْ السُّجُودِ أَعَادَهَا)) مسلم.

Maksudnya: “Aku melihat Nabi s.a.w mengimami solat sedang mendukung Umamah binti Abi al-As yang juga anak perempuan Zainab binti Rasulillah s.a.w. Apabila Baginda rukuk diletakkannya dan apabila bangun dari sujud Baginda mengangkatnya semula”. [Riwayat muslim dan Bukhari]

Buraidah r.a, berkata : “Adalah Nabi ṢAW sedang berkhutbah, maka datanglah Ḥasan dan Ḥusin r.a, kedua-duanya berpakaian serba merah, mereka berjalan-jalan dan terjatuh-jatuh. Lalu Rasulullah SAW turun daripada mimbar dan mendukung kedua-duanya , seorang di sebelah kanan, dan seorang (lagi) di sebelah kiri. Baginda naik ke atas mimbar seraya bersabda : “Telah benarlah firman Allah (di dalam sūrah At-Taghābun:15, yang bermaksud): “Sesungguhnya harta bendamu dan anak-anakmu adalah fitnah (ujian).”; sesungguhnya apabila aku melihat dua orang budak yang berjalan dan terjatuh-jatuh, aku (jadi) tidak sabar untuk memberhentikan percakapan (khutbah)ku dan turun kepada mereka.” [riwayat Abu Daud, At-Tirmizi, An-Nasai, Ibnu Majah, Ibnu Ḥibban dan Al- Ḥakim]

Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Aku bercadang memanjangkan solatku. Tiba-tiba aku dengar tangisan kanak-kanak. Aku mempercepatkan solat bimbang menyusahkan ibunya”. [riwayat Bukhari dan Muslim]. 

 3. Imam Al-Ḥafiẓ Ibnu Ḥajar r.a menyebut di dalam (kitabnya) Fatḥul Bari : “ Dan dijadikan dalil dengannya (ḥadīth tersebut-hadis yang pertama di atas) atas keharusan kanak-kanak masuk ke dalam masjid-masjid

Beberapa pandangan saya lagi selain dari hadis dan pendapat ulama di atas;
4. Marah adalah dari syaitan dan sifat tercela. Jadi kalau kita rasa marah dengan gelagat kanak-kanak ketika kita bersolat, maknanya syaitan telah memenangi hati kita, walaupun kita sedang mengadap Allah. Jadi kita kena tahan dan cepat-cepat buang rasa tersebut

5. Dakwah yang bijaksana. Semua orang wajib berdakwah. Mungkin salah satu cara dakwah kepada anaknya ialah dengan bawa ke masjid. Macamana pula cara jemaah lain berdakwah kepada anak itu. Menghalangnya dari ke masjid rasanya bukan dakwah terhadap mereka. Sebaliknya menerima kehadiran mereka dengan baik adalah suatu dakwah bil hal yang bijak. Dan kalau mampu peluang itu jugalah digunakan untuk menyampaikan ajaran-ajaran yang sesuai kepada mereka.

Cuba bandingkan gelagat kanak-kanak dengan orang badwi yang kencing dalam masjid. Mana yang lebih teruk? Dan cuba tengok apa respon Nabi SAW
Daripada Anas RA, beliau telah berkata, “Ketika kami berada di masjid bersama Rasulullah SAW, tiba-tiba datang seorang Arab Badui (a’rabi) lalu berdiri sambil kencing di masjid. Para sahabat Rasulullah SAW pun berteriak, “Apa yang dilakukannya, apa yang dilakukannya?!” Namun Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah kalian menghentikan kencingnya, biarkanlah ia meneruskannya.” Mereka pun membiarkannya sehingga ia meneruskan kencingnya. Kemudian Rasulullah SAW memanggil Arab Badui itu dan bersabda, “Sesungguhnya masjid ini tidak patut terkena kencing dan kotoran sedikit pun. Masjid ini hanyalah untuk zikrullah ‘Azzawajalla, solat dan membaca Al-Quran.” Lalu beliau menyuruh seorang antara mereka untuk mengambil sebekas air dan menyiramkan pada tempat yang dikencingnya.” (Riwayat Muslim)

6. Tegahan bersikap kasar

"Maka Dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan Yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah Dengan mereka Dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya."
[Ali Imran:159]

7. Adab-adab di masjid bukan bertujuan menghalang orang ke masjid. Ada yang kata kalau tak tahu adab tak payah datang. Kena tahu adab dulu. Seperti juga peraturan sekolah ia bukan bertujuan menghalang pelajar datang ke sekolah, tetapi bertujuan mendidik dan membentuk suasana yang sesuai. Begitu juga dengan adab-adab di masjid, bertujuan mendidik dan membentuk suasana yang sesuai bukannya menghalang orang datang ke masjid.

Kesimpulannya bagi saya, biarlah kanak-kanak terus ke masjid, malah patut digalakkan. Jemaah lain elok berlapang dadalah dan dalam masa yang sama didiklah mereka dengan baik, mesra dan penuh kasih sayang.  Masjid adalah rumah Allah, semua orang Islam berhak mengunjunginya. Ia adalah hak bersama. Dan semua orang inginkan pahala yang lebih. kerana itu ada yg sanggup berpayah bawa anak ke masjid. Atau mungkin itu cara mereka didik anak mereka. Lihatlah secara positif dalam semua perkara. Ibu bapa yang bawa anak tu mungkin ada masalahnya, kita kena husnul zhan. Jika kita dapat berlapang dada, insya Allah perasaan marah tidak akan datang dan gelagat kanak-kanak tidak akan mengganggu kita ketika bersolat.

Walaupun begitu, bagi ibu bapa, janganlah hanya pandai bawa sahaja, tapi berusahalah sungguh-sungguh untuk mendidik dan mengawal mereka. Jika diyakini anak itu akan mengganggu jemaah di masjid seperti anak yang terlalu aktif atau pernah beberapa kali bawa dan perkara yang sama berlaku, maka eloklah diasuh dan dididik dahulu anak itu di rumah. Apabila merasa bahawa anak itu telah sesuai untuk dibawa barulah dibawa ke masjid
 
Wallahu a'lam

1 comments:

Unknown said...

bagaimna plk keadaannya,kanak2 dah tahun 3,4,5,6 yg dah x mendengar nasihat wlupun dimarah,sdgkan ibubapa mereka,dgn rasa selamba,selepas doa lalu terus keluar sembang dunia setiap selepas maghrib,sdgkn anak2 mereka dibiar berbuat bising tanpa kawalan..wlu dibwa menangani mslah ini hanya berkata..budak2..budaya ini berlanjutan kpd kanak2 yg mulanya dtg,diam,pabila jd kwn kpd yg buat bising,dah bertambh ahli bising..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 
 

Segala kandungan dalam blog ini adalah pendapat penulis. Jika ada yang salah, penulis pohon jutaan maaf, sentiasalah merujuk dan berpegang dengan pendapat yang lebih teguh dalilnya. Blog ini hanyalah sekadar perkongsian sesama insan daripada penulis yang lemah dan masih jahil