PENGUMUMAN : DAPATKAN SEGERA.......buku NASIHAT KEPADA ANAK BERKENAAN IBU BAPA.......buku yang memperincikan tanggung jawab anak terhadap ibu bapa. Miliki segera untuk mendalami lagi tanggung jawab anda kepada ibu bapa anda. Juga supaya anak-anak anda memahami tanggung jawab mereka terhadap anda sebagai ibu bapa*****-------- DAPATKAN SEGERA....NOTA GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM SPM....buku rujukan/nota Pendidikan Islam SPM yang sangat sesuai untuk calon-calon SPM*****Dapatkan juga MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 4 dan MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 5, buku kerja yang akan menjadikan PDPC anda lebih mudah, berkesan dan menarik......SELAMAT HARI RAYA IDIL FITRI 2017, MAAF ZAHIR DAN BATIN^^^^^^SEMUA GURU PEND ISLAM/B ARAB DIPELAWA MENYERTAI GROUP FACEBOOK DISKUSI GURU PENDIDIKAN ISLAM.....Hubungi saya di umat66@gmail.com.BLOG INI LEBIH SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX...MUNGKIN PAPARANNYA BERBEZA JIKA MENGGUNAKAN INTERNET EXPLORER

MARI JADI PEMAAF

Sunday, March 17, 2013

Assalamualaikum wbt
Memaafkan kesalahan orang lain terhadap kita adalah satu sifat terpuji. Malah ia termasuk salah satu cara mendidik rohani ke arah yang yang lebih baik dan sihat. Jika kita terus menyimpan rasa marah atau benci dalam hati tanpa memberi maaf, maka ianya memberikan tekanan kepada jiwa kita. Ia juga mungkin akan bertukar menjadi dendam yang akan menjauhkan lagi hati kita dari rasa tenang. Kerana itu berusahalah untuk memaafkan apa sahaja kesalahan orang lain terhadap kita. Memang bukanlah suatu perkara yang mudah untuk memberi kemaafan. Terutamanya jika kesalahan yang dilakukan besar, berulang-ulang dan memberikan kesan luka yang mendalam kepada hati kita.


Tetapi kita kena pandang ke arah yang baik. Banyak ganjaran baik yang dijanjikan Allah kepada orang yang memaafkan orang lain. Dan Allah juga akan memaafkan dosa kita. Bukankah itu yang kita harapkan? Dalam al-Quran terdapat lebih kurang 34 kali sebutan perkataan maaf (afw). Itu menunjukkan ianya adalah suatu hal yang agak besar. 

Berkata al-Ahnaf, maksudnya: Berhati-hatilah kamu dari merasa memaafkan itu denda dan menanggungnya (tidak memberi maaf) adalah peluang. Maksudnya, awasilah hati kita jangan sampai merasa memberi maaf kepada orang lain adalah satu kesalahan, satu kelemahan atau satu kekalahan. Kemudian kita rela menanggung perasaan marah atau dendam. Kita sanggup menyimpan perasaan itu walaupun kita tahu ia beban yang bakal merosakkan diri kita.

Jadi, ingatlah memaafkan kesalahan orang bukan setakat suatu sifat terpuji yang diajar oleh Allah dan Rasulnya SAW, yang disediakan pahala dan ganjaran yang banyak, tetapi ia juga merupaka suatu sifat yang menyihatkan jiwa dan fizikal kita. Insya Allah dengan memberi maaf kita akan terhindar dari tekanan perasaan dan kita juga akan terhindar dari sebarang konflik. Sama ada konflik dalaman atau luaran dengan orang lain.

Di antara ayat al-Quran yang menyebut tentang memberi maaf ialah;


"Maka Dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan Yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah Dengan mereka Dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya" [ali Imran: 159]

"Banyak di antara ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki Yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w). oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintahNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu" [al-Baqarah: 109]



عَنْ أ َنـَـس ٍ رَضِىَ الـلَّهُ عَـنـْـهُ قــَالَ : كـُنـْـتُ أ َمْشـِـى مَعَ رَسُول ِ اللَّهِ صـَـلـَّى اللَّهُ عَلـَـيْهِ وَسَــلـَّــمَ وَعَـلـَـيْهِ بُرْدٌ نـَـجْرَانِـــيّ ٌ غـَـلـِـيظ ُ الـْـحَاشِيَةِ فـَـأ َدْرَكَـــهُ أ َعْرَابـِـيٌٌّ فـَجَبَذ َهُ بـِـرِدَائِهِ جَبْذ َة ً شـَـدِدَة ً، فـَـنـَـظـَرْتُ إلـَى صـَفـْحَةِ عَاتِق ِ النـَّبـِىِّ صَلـَّى اللَّهُ عَلـَيْهِ وَسَـلَّـم وَقـَـدْ أ َثـَّـرَتْ بـِـهَا حَـاشـِـيَة ُ الـْـبُرْدِ مِنْ شـِـدَّةِ جَبْذ َتِهِ ثـُـمَّ قـَالَ : يـَـا مُـحـَـمَّـدُ، مُرْ لـِى مِنْ مـَـال ِ اللَّهِ الَّذِى عِـنـْـدَكَ فـَـالـْـتَفـَـتَ إلـَـيـْـهِ فـَـضـَـحِكَ ثـُـمَّ أ َمَرَ لـَـهُ بـِـعِطـَاءٍ   - مُتـَّـفـَـقٌ عَـلـَـيْهِ



Daripada Anas r.a berkata: Tatkala saya berjalan bersama-sama Nabi s.a.w sedang Nabi memakai selendang Najran yang tebal, tiba-tiba bertemu seorang Badwi (orang arab dusun) lalu menarik serban itu sekuat-kuatnya. Maka aku melihat pada leher Nabi s.a.w – berbekas pada leher Nabi akibat rentapan tersebut. Kemudian Badwi itu berkata: Hai Muhammad, berikan kepadaku dari harta Allah yang ada padamu. Maka Rasulullah s.a.w. menoleh kepada Badwi itu sambil tersenyum, kemudian Nabi menyuruh pembantunya untuk memberikan kepada Badwi itu permintaannya.(Hadith muttafaq ‘alaih)

KEDUDUKAN IMAM DAN MAKMUM YANG SEMUANYA PEREMPUAN

Friday, March 15, 2013

Dalam solat berjemaah ada imam dan makmum. Rasanya semua orang pernah bersolat secara jemaah. Sebab tu, kebanyakan orang dah maklum macam mana kedudukan imam dan makmum dalam solat jemaah yang ada lelaki seperti yang biasa dilihat di masjid-masjid atau surau. Tapi suatu perkara yang agak asing atau jarang-jarang dibuat ialah bila semuanya perempuan. Di mana imam akan berdiri dan di mana pula makmumnya.


Apabila imam dan makmum semuanya wanita, maka imamnya tidaklah sama seperti lelaki. Yang mana imamnya tidaklah berada ke depan satu saf dari makmumnya. Tetapi imamnya berada dalam saf yang sama dengan saf yang pertama cuma kedepankan sedikit sahaja. Lebih kurang ke depan separuh kaki sahaja. Tetapi mengikut imam Nawawi dalam syarah Muhaddabnya, lebih afdal bagi imam itu berdiri di tengah-tengah saf pertama sahaja tanpa menyebutkan ke depan sedikit

Saya rasa ini lebih kurang dengan pandangan yang pernah dilontarkan oleh al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus. Prof Dr Abdul Karim Zaidan berkata :-

وإذا أمت المرأة جمعا من النساء، وقفت المرأة وسط صف بين النساء، وبهذا جاءت الرواية عن عائشة وأم سلمة رضي الله عنهما، وعن ابن عباس قال: تؤم المرأة النساء، وتقوم وسطهن، وبهذا قال الفقهاء ولا خلاف فيه، كما قال ابن قدامة، ولأن المرأة يستحب لها التستر، وكونها وسط الصف أستر لها، لأنها تستتر بمن جانبها، فإن صلت بين أيديهن احتمل أن يصح كما قال ابن قدامة، لأنه موقف في الجملة، ولهذا كان موقفا للرجل، واحتمل ألا يصح.



"Apabila seorang wnita mengetuai jemaah wanita, wanita tersebut hendaklah berdiri bersama wanita lain didalam Saf dan ini telah diriwayatkan oleh A'isyah ra dan Umm Salamah ra., dari Ibn Abbas ra. telah berkata :

'perempuan yang mengimamkan kaum wanita, berdiri ditengah2 mereka, dan berkata ulama' iaitu tiada khilaf (tidak ada perselisihan pendapat) mengenainya, sebagaimana kata Ibn Qudamah, sesungguhnya perempuan digalakkan didalam keadaan tersorok (conceal),

iaitu dia menyembunyikan dirinya ditengah2 saf bersebelahan mereka, bersolat diantara tangan2 mereka, ini menunjukkan bahawa perbuatan ini sah sebagaimana kata Ibn Qudamah, kerana ini merupakan persetujuan keseluruhan, dan ini juga persetujuan bagi kaum lelaki, bahawa (jika mereka melakukan maka) tidak sah"

[Fatwa dari kitab al-Mufasal fi Ahkam al-Mar'ah, petikan IOL, FatwaId : 24874]

Jelas menunjukkan bahawa kaifiat Imam perempuan yang mengetuai jemaah wanita telah dijelaskan melalui riwayat2 sahih yang sumbernya dari A'isyah ra. dan Umm Salamah ra. Berikut kami paparkan beberapa riwayat2 tersebut:
1. Dari Raa'ith al-Hanafiah :

أخبرنا أبو عبد الله الحافظ ثنا أبو العباس محمد بن يعقوب ثنا عبد الله بن أحمد بن حنبل حدثني أبي ثنا وكيع ثنا سفيان عن ميسرة أبي حازم عن رائطة الحنفية : ( أن عائشة أمت نسوة في المكتوبة ، فأمتهن بينهن وسطاً .).

"Bahawa A'isyah ra mengetuai kami wanita didalam solat fardu, kemudian mengimami mereka dibahagian tengah diantara mereka" [Riwayat al-Baihaqi, Sunan al-Bahaiqi al-Kubra, Kitab Solah]

2. Dari Hujairah bt Hasin berkata :

عبد الرزاق عن الثوري عن عمار الدهني عن حجيرة بنت حصين قالت : : (أمتنا أم سلمة في صلاة العصر قامت بيننا.).
"Umm Salamah mengimami kami didalam Solat Asar berdiri diantara kami" [Riwayat Abdul Razak, dari Musnaf Abdul Razak, Kitab Solah]

3. Dari Rithah al-Hanafiah :

عبد الرزاق عن الثوري عن ميسرة بن جبيب النهدي عن ريطة الحنفية : (أن عائشة أمتهن وقامت بينهن في صلاة مكتوبة.).
"Sesungguhnya A'isyah mengimami mereka dan berdiri diantara mereka didalam Solat wajib" [Riwayat Abdul Razak, dari Musnaf Abdul Razak, Kitab Solah]

Syiekh Nasyirudin al-Albani didalam Kitab Sifat Solat Nabi saw ada memberi komentar mengenai hadith2 yang menjelaskan kedudukan Imam dari kalangan wanita berkata :-

وبالجملة فهذه الآثار صالحة للعمل بها ولاسيما وهي مؤيدة بعموم قوله صلى الله عليه وسلم : " إنما النساء شقائق الرجال " ... .

"sebagai kesimpulan, athar2 (laporan2) ini adalah benar dan hendaklah beramal dengannya, khususnya mengesahkan makna umum sabda Nabi saw :'Kaum wanita adalah kembar separuh kaum lelaki....." [ms 153-155].
 

Wallahu A'lam, wassalam

Disunting dan dipetik dari
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=516744995037809&set=a.281072378605073.73910.100001069408064&type=1&theater

HUKUM MEMBAWA KANAK-KANAK KE MASJID

Monday, March 11, 2013

Assalamualaikum wbt...
Saya sering mendengar orang merungut tentang kedatangan kanak-kanak ke masjid, yang selalunya dibawa oleh ibu bapa mereka. Maklumlah kanak-kanak, terutamanya yang dalam lingkungan usia 3-5 tahun, mungkin belum memiliki kefahaman yang baik tentang keadaan sekeliling. Jadi macam-macamlah kerenah mereka. Bising, mengganggu orang solat, berjalan di hadapan jemaah dan sebagainya lagi. Kerana merasa terganggu ada antara jemaah yang menengking, memarahi atau menghalang ibu bapa dari membawa anak-anak mereka ke masjid.


Bagi saya, menghalang ibu bapa membawa anak-anak ke masjid adalah suatu tindakan yang tidak tepat. Di sinilah perlunya situasi 'menang menang'. Para jemaah perlu berlapang dada dan ibu bapa juga kena usaha kawal dan didik anak-anak mereka. Kalau ada jemaah yang tegur anak mereka, mereka juga kena terimanya dengan dada yang terbuka. Kalau jemaah enggan bertolak ansur dan ibu bapa pula terlalu mebiarkan anak-anak atau terlalu sensitif nescaya akan ada antara mereka berdua yang menjauhkan diri dari masjid.

Kerana itu tidak boleh halang ibu bapa bawa kanak-kanak ke masjid, ini bukan bermaksud tak boleh nasihat kanak-kanak yang ke masjid. Patutnya nasihat tu kena sama-samalah, samada ibu bapa mereka, mahupun jemaah yang lain termasuk juga para imam.

Saya memilih untuk berpegang dengan pandangan begitu kerana beberapa perkara;


1. Tiada nas syarak yang menghalang perbuatan membawa kanak-kanak ke masjid

2. Beberapa hadis yang menunjukkan kanak-kanak ada bersama jemaah dan Nabi SAW tidak menghalangnya;

عَنْ أَبِي قَتَادَةَ الْنْصَارِيِّ قَالَ: ((رَأَيْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم يَؤُمُّ النَّاسَ وَأُمَامَةُ بِنْتُ أَبِي الْعَاصِ وَهِيَ ابْنَةُ زَيْنَبَ بِنْتِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم عَلَى عَاتِقِهِ، فَإِذَا رَكَعَ وَضَعَهَا وَإِذَا رَفَعَ مِنْ السُّجُودِ أَعَادَهَا)) مسلم.

Maksudnya: “Aku melihat Nabi s.a.w mengimami solat sedang mendukung Umamah binti Abi al-As yang juga anak perempuan Zainab binti Rasulillah s.a.w. Apabila Baginda rukuk diletakkannya dan apabila bangun dari sujud Baginda mengangkatnya semula”. [Riwayat muslim dan Bukhari]

Buraidah r.a, berkata : “Adalah Nabi ṢAW sedang berkhutbah, maka datanglah Ḥasan dan Ḥusin r.a, kedua-duanya berpakaian serba merah, mereka berjalan-jalan dan terjatuh-jatuh. Lalu Rasulullah SAW turun daripada mimbar dan mendukung kedua-duanya , seorang di sebelah kanan, dan seorang (lagi) di sebelah kiri. Baginda naik ke atas mimbar seraya bersabda : “Telah benarlah firman Allah (di dalam sūrah At-Taghābun:15, yang bermaksud): “Sesungguhnya harta bendamu dan anak-anakmu adalah fitnah (ujian).”; sesungguhnya apabila aku melihat dua orang budak yang berjalan dan terjatuh-jatuh, aku (jadi) tidak sabar untuk memberhentikan percakapan (khutbah)ku dan turun kepada mereka.” [riwayat Abu Daud, At-Tirmizi, An-Nasai, Ibnu Majah, Ibnu Ḥibban dan Al- Ḥakim]

Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Aku bercadang memanjangkan solatku. Tiba-tiba aku dengar tangisan kanak-kanak. Aku mempercepatkan solat bimbang menyusahkan ibunya”. [riwayat Bukhari dan Muslim]. 

 3. Imam Al-Ḥafiẓ Ibnu Ḥajar r.a menyebut di dalam (kitabnya) Fatḥul Bari : “ Dan dijadikan dalil dengannya (ḥadīth tersebut-hadis yang pertama di atas) atas keharusan kanak-kanak masuk ke dalam masjid-masjid

Beberapa pandangan saya lagi selain dari hadis dan pendapat ulama di atas;
4. Marah adalah dari syaitan dan sifat tercela. Jadi kalau kita rasa marah dengan gelagat kanak-kanak ketika kita bersolat, maknanya syaitan telah memenangi hati kita, walaupun kita sedang mengadap Allah. Jadi kita kena tahan dan cepat-cepat buang rasa tersebut

5. Dakwah yang bijaksana. Semua orang wajib berdakwah. Mungkin salah satu cara dakwah kepada anaknya ialah dengan bawa ke masjid. Macamana pula cara jemaah lain berdakwah kepada anak itu. Menghalangnya dari ke masjid rasanya bukan dakwah terhadap mereka. Sebaliknya menerima kehadiran mereka dengan baik adalah suatu dakwah bil hal yang bijak. Dan kalau mampu peluang itu jugalah digunakan untuk menyampaikan ajaran-ajaran yang sesuai kepada mereka.

Cuba bandingkan gelagat kanak-kanak dengan orang badwi yang kencing dalam masjid. Mana yang lebih teruk? Dan cuba tengok apa respon Nabi SAW
Daripada Anas RA, beliau telah berkata, “Ketika kami berada di masjid bersama Rasulullah SAW, tiba-tiba datang seorang Arab Badui (a’rabi) lalu berdiri sambil kencing di masjid. Para sahabat Rasulullah SAW pun berteriak, “Apa yang dilakukannya, apa yang dilakukannya?!” Namun Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah kalian menghentikan kencingnya, biarkanlah ia meneruskannya.” Mereka pun membiarkannya sehingga ia meneruskan kencingnya. Kemudian Rasulullah SAW memanggil Arab Badui itu dan bersabda, “Sesungguhnya masjid ini tidak patut terkena kencing dan kotoran sedikit pun. Masjid ini hanyalah untuk zikrullah ‘Azzawajalla, solat dan membaca Al-Quran.” Lalu beliau menyuruh seorang antara mereka untuk mengambil sebekas air dan menyiramkan pada tempat yang dikencingnya.” (Riwayat Muslim)

6. Tegahan bersikap kasar

"Maka Dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan Yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah Dengan mereka Dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya."
[Ali Imran:159]

7. Adab-adab di masjid bukan bertujuan menghalang orang ke masjid. Ada yang kata kalau tak tahu adab tak payah datang. Kena tahu adab dulu. Seperti juga peraturan sekolah ia bukan bertujuan menghalang pelajar datang ke sekolah, tetapi bertujuan mendidik dan membentuk suasana yang sesuai. Begitu juga dengan adab-adab di masjid, bertujuan mendidik dan membentuk suasana yang sesuai bukannya menghalang orang datang ke masjid.

Kesimpulannya bagi saya, biarlah kanak-kanak terus ke masjid, malah patut digalakkan. Jemaah lain elok berlapang dadalah dan dalam masa yang sama didiklah mereka dengan baik, mesra dan penuh kasih sayang.  Masjid adalah rumah Allah, semua orang Islam berhak mengunjunginya. Ia adalah hak bersama. Dan semua orang inginkan pahala yang lebih. kerana itu ada yg sanggup berpayah bawa anak ke masjid. Atau mungkin itu cara mereka didik anak mereka. Lihatlah secara positif dalam semua perkara. Ibu bapa yang bawa anak tu mungkin ada masalahnya, kita kena husnul zhan. Jika kita dapat berlapang dada, insya Allah perasaan marah tidak akan datang dan gelagat kanak-kanak tidak akan mengganggu kita ketika bersolat.

Walaupun begitu, bagi ibu bapa, janganlah hanya pandai bawa sahaja, tapi berusahalah sungguh-sungguh untuk mendidik dan mengawal mereka. Jika diyakini anak itu akan mengganggu jemaah di masjid seperti anak yang terlalu aktif atau pernah beberapa kali bawa dan perkara yang sama berlaku, maka eloklah diasuh dan dididik dahulu anak itu di rumah. Apabila merasa bahawa anak itu telah sesuai untuk dibawa barulah dibawa ke masjid
 
Wallahu a'lam

DOA PROGRAM MINGGU MEMBACA

Saturday, March 9, 2013

الحمد الله رب العالمين حمدا حامدين, حمدا شاكرين ,حمدا يوافى نعمه ويكافئ مزيده يا ربنا لك الحمد كما ينبغى لجلال وجهك الكريم وعظيم سلطانك.
والصلاة والسلام على أشرف الانبياء والمرسلين وعلى ءاله وصحبه أجمعين

Wahai Tuhan kami, Kami merafakkan rsa kesyukuran kepada Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berkumpul dalam program kempen bulan membaca SMK Jelawat 2013 pada pagi ini. Kami memohon kepada Mu, semoga kempen ini akan berjalan dengan lancar dan seterusnya mencapai objektif yang telah digariskan di bawah rahmat, iradah dan inayah Mu

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami sifat rajin membaca kerana dengannya kami akan memperolehi ilmu pengetahuan. Dan dengan ilmu kami akan dapat membaiki diri kami, dapat memilih jalan yang betul dan dapat mengabdikan diri kepada Mu dengan cara yang lebih baik. 

Wahai Tuhan kami bukakanlah kepada kami pintu kebijaksanaan, kurniakanlah kepada kami kefahaman para anbiya. Tunjukkanlah kepada kami jalan yang benar serta berilah kekuatan untuk mengikutinya, Tunjukkanlah juga kepada kami jalan yang salah serta berilah kekuatan untuk menjauhinya


اللهم افتح لنا حکمتک وانشر علينا رحمتک يا ذالجلال والإکرام رب يسر ولا تعسر رب تمم بالخير
اللهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا , وَتَفَرّقَََنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرّقا مَعْصُوْمًا , وَ لاَ تَجْعَلِ اللهُمَّ فِيْنَا وَ لاَ مَعَنَا وَ لاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقيًّا وَ لاَ مَطْرُودًا وَ لاَ مَحْرُوْمًا.

اللهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أعْمَاِرنَا ءَاخِرُهْ وَ خَيْرَ أعْمَالِنَا خَوَاتِمُه وَ خَيْر أياّمِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْه

اللهُمّ اغْفِرْلَنَا ذنوْبَنَا وَلأِخْوَانِنَا الذِيْنَِ سَبَقونَا بِالأِيْمَان وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قلُوبنَا غِلاًّ لِلذِيْنَ ءَامَنُو رَبَنَا اِنَّكَ رَءُوْفُ رَّحِيْم

ربنا ءاتنا في الدنيا حسنه و في الاخرة حسنه و قنا عذاب النار

و صلىّ الله على سيّدنا محمّد و على ءاله و صحبه و سلم , والحمد لله ربّ العالمين
 
  

PENTINGNYA DOA DALAM WUDUK

Sunday, March 3, 2013

Assalamualaikum wbt...
Kali ni saya nak kongsi intipati kuliah subuh jumaat 1 Mac baru ni kat masjid dekat rumah saya. 

Antara isi yang masih saya ingat ialah berkenaan dengan doa. Kita kenalah banyak-banyak berdoa kepada Allah. Kalau boleh dalam setiap perbuatan kita, kita berdoa kepada Allah. Doa banyak tak apa. Tuhan tak pernah jemu mendengar doa kita. Tuhan Maha mendengar, dia akan mendengar semua perkara termasuk doa. Walaupun diulang-ulang. Berbeza dengan manusia, sesama manusia, kalau terlalu kerap memintapun akan menjadi masalah juga. Akan mendatangkan rasa jemu, bosan dan menyampah kepada orang yang diminta. Ibu bapa sendiripun kalau anak-anak asyik minta perkara yang sama, berulang-ulang kali, mungkin akan menaikkan kemarahan ibu bapa. Tuhan tidak begitu, makin banyak, makin kerap kita minta, makin hampir dengan makbul-Nya.

 
Malah kalau perhati dalam wuduk sahaja ada banyak doa yang dianjurkan kepada kita untuk membacanya. Ketika basuh tangan, berkumur, basuh muka, basuh kaki, basuh muka dan setiap perbuatan wuduk semuanya ada doa yang khusus. 

Ketika basuh muka, kita dianjurkan supaya berdoa yang maksudnya " Ya Allah putihkanlah mukaku pada hari muka manusia dihitamkan". Hari muka manusia menjadi hitam maksudnya hari akhirat yang mana muka orang-orang yang ingkar dan berdosa kepada Allah menjadi hitam legam. Manakala orang-orang yang beriman mukanya akan menjadi putih berseri-seri. Ketika itu tidak ada apa lagi dapat dibuat kecuali menyesali kejahatan semasa di dunia dan celakalah nasib mereka yang hitam wajahnya itu pada masa itu.

Dikatakan pernah seseorang bertanya kepada Nabi SAW tentang bagaimana baginda akan dapat kenal umatnya di padang Mahsyar sedangkan manusia terlalu ramai pada hari itu. Lalu jawab baginda ianya seperti mengenal biri-biri putih yang berada dalam kalangan biri-biri hitam. Walaupun bilangannya banyak tetapi ia dapat dikenali dengan mudah dengan sekali pandang saja. 

Manakala ketika membasuh kaki kita diajarkan berdoa yang maksudnya "Ya Allah teguhkanlah kakiku". Teguh di sini termasuklah supaya tidak mudah jatuh, tidak tergelicir atau tersandung semasa berjalan. Jatuh ketika berjalan pun bahaya juga. Tapi yang lebih penting ialah minta Allah teguhkan kaki kita di atas jalan-Nya yang lurus, iaitu syariat Islam. Jangan kita rasa selesa dengan keimanan kita pada hari ini. Orang yang jauh lebih hebat dari kitapun ada yang tergelincir akidahnya menjadi munafik, musrik dan macam-macam lagi. Dengan cabaran dan tipu daya yang berterusan ulamapun ramai yang tergelincir, sebab tu ulama dibahagi kepada dua iaitu ulama betul dan ulama suk (sesat). 

Satu lagi kita kena ingat, kita pasti akan meniti titian sirat di akhirat kelak. Titian ni digambarkan seperti rambut belah seribu. Cuba bayangkan kaki yang macam manakah yang akan mampu menyeberanginya dengan selamat. Sebab tu kita diajar supaya baca doa teguhkan kaki tu. Moga-moga kita tidak jatuh ke dalam neraka yang terbentang di bawahnya dan berjaya sampai kepada matlamat hidup kita sebagai seorang mukmin iaitu syurga Allah azza wajalla

Wallahu a'lam
*tulisan di atas dah ditokok tambah dari ceramah asal 

BOLEH LIHAT DOA-DOA DALAM WUDUK DI SINI
DOA-DOA DALAM WUDUK

DOA-DOA DALAM WUDUK

Friday, March 1, 2013


Doa Ketika Basuh Tangan

Doa ketika berkumur

Ketika Menghisap Air Ke Dalam Lubang Hidung.

Ertinya: "Ya Allah ya TuhanKu! Adakanlah untukku bau syurga dan Engkau redha padaku.

Ketika Mengeluarkan Air Dari Lubang Hidung.

Ketika Basuh Muka.

Ketika Basuh Tangan Kanan.

Ketiga Basuh Tangan Kiri.

Ketika Basuh Kepala.

Ketika Basuh Telinga.

Ketika Basuh Kaki Kanan.

Ketika Basuh Kaki Kiri.

Doa setelah selesai wuduk
Mengenai Membasuh Leher

Sesudah menyapu kedua-dua telinga, ada orang yang suka pula menyapu lehernya dengan air yang baru memandangkan Hadiths Nabi Muhammad SAW yang sabdanya:
"Menyapu leher adalah mennyelamatkan daripada rantai neraka pada hari kiamat".
Hal ini diriwayatkan oleh Abu Mansur Ad-Dailami dari Umar (Hadith Dhaif). Demikian seperti diterangkan dalam Kitab Ihya' Ulumiddin Imam Al-Ghazali r.a

Sesiapa yang ingin melakukan, eloklah semasa menyapu leher itu membaca sedikit doa yang biasa diamalkan:


Moga-moga para pembaca dapat memulakan wudhuk yang sempurna ini. Dipermudahkan menghafal dan mengingatkan terjemahan doa-doanya sekali.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 
 

Segala kandungan dalam blog ini adalah pendapat penulis. Jika ada yang salah, penulis pohon jutaan maaf, sentiasalah merujuk dan berpegang dengan pendapat yang lebih teguh dalilnya. Blog ini hanyalah sekadar perkongsian sesama insan daripada penulis yang lemah dan masih jahil