PENGUMUMAN : DAPATKAN SEGERA.......buku NASIHAT KEPADA ANAK BERKENAAN IBU BAPA.......buku yang memperincikan tanggung jawab anak terhadap ibu bapa. Miliki segera untuk mendalami lagi tanggung jawab anda kepada ibu bapa anda. Juga supaya anak-anak anda memahami tanggung jawab mereka terhadap anda sebagai ibu bapa*****-------- DAPATKAN SEGERA....NOTA GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM SPM....buku rujukan/nota Pendidikan Islam SPM yang sangat sesuai untuk calon-calon SPM*****Dapatkan juga MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 4 dan MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 5, buku kerja yang akan menjadikan PDPC anda lebih mudah, berkesan dan menarik......SELAMAT HARI RAYA IDIL FITRI 2017, MAAF ZAHIR DAN BATIN^^^^^^SEMUA GURU PEND ISLAM/B ARAB DIPELAWA MENYERTAI GROUP FACEBOOK DISKUSI GURU PENDIDIKAN ISLAM.....Hubungi saya di umat66@gmail.com.BLOG INI LEBIH SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX...MUNGKIN PAPARANNYA BERBEZA JIKA MENGGUNAKAN INTERNET EXPLORER

PELAJARAN 20: PENYEBARAN ISLAM PADA ZAMAN KERAJAAN ABBASIYAH

Monday, December 31, 2012

1.         Faktor dalaman:

(a)    penduduk setempat yang tertarik dengan Islam;
(b)   galakan khalifah yang menyediakan peruntukan khas untuk para ulama dan pendakwah;
(c)    dasar kerajaan yang menyamakan status orang Arab dengan orang bukan Arab.

2.         Faktor luaran:

(a)    pembukaan wilayah-wilayah baru;
(b)   penggunaan bahasa Arab yang meluas;
(c)    hubungan diplomatik antara kerajaan Abbasiyah dengan negara luar.

3.         Kesan positif penyebaran Islam:

(a)    terhadap akidah: berjaya merobah kepercayaan menyembah berhala kepada penyembahan Allah yang Esa;
(b)   terhadap ilmu: perintis kepada perkembangan ilmu dan pemikiran umat Islam;
(c)    kebudayaan: penduduk bebas mengamalkan budaya masing-masing selagi tidak bertentangan dengan Islam;
(d)   sistem kemasyarakatan: sistem penghambaan dan penindasan dihapuskan dan diganti dengan sistem keadilan yang telus.

4.         Semangat jihad umat Islam pada zaman Kerajaan Abbasiyah:

(a)    umat Islam berjuang untuk memajukan diri dan memartabatkan umat Islam dalam semua aspek kehidupan. Mereka telah berjaya menguasai berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan dan menjadi pakar dalam bidang-bidang tersebut;
(b)   pencapaian umat Islam pada zaman tersebut amat membanggakan kerana dapat menandingi dua tamadun besar pada ketika itu iaitu Rom dan Parsi.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 
 

Segala kandungan dalam blog ini adalah pendapat penulis. Jika ada yang salah, penulis pohon jutaan maaf, sentiasalah merujuk dan berpegang dengan pendapat yang lebih teguh dalilnya. Blog ini hanyalah sekadar perkongsian sesama insan daripada penulis yang lemah dan masih jahil