PENGUMUMAN : DAPATKAN SEGERA.......buku NASIHAT KEPADA ANAK BERKENAAN IBU BAPA.......buku yang memperincikan tanggung jawab anak terhadap ibu bapa. Miliki segera untuk mendalami lagi tanggung jawab anda kepada ibu bapa anda. Juga supaya anak-anak anda memahami tanggung jawab mereka terhadap anda sebagai ibu bapa*****-------- DAPATKAN SEGERA....NOTA GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM SPM....buku rujukan/nota Pendidikan Islam SPM yang sangat sesuai untuk calon-calon SPM*****Dapatkan juga MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 4 dan MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 5, buku kerja yang akan menjadikan PDPC anda lebih mudah, berkesan dan menarik......SELAMAT HARI RAYA IDIL FITRI 2017, MAAF ZAHIR DAN BATIN^^^^^^SEMUA GURU PEND ISLAM/B ARAB DIPELAWA MENYERTAI GROUP FACEBOOK DISKUSI GURU PENDIDIKAN ISLAM.....Hubungi saya di umat66@gmail.com.BLOG INI LEBIH SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX...MUNGKIN PAPARANNYA BERBEZA JIKA MENGGUNAKAN INTERNET EXPLORER

HUKUM-HUKUM TAJWID YANG LAIN

Thursday, December 27, 2012

WAJIBUL GHUNNAH

Huruf Mim dan Nun yang bertasydid (ﻡّ  نّ)
Cara bacaan: Dengung dengan kadar 2 harakat
Contoh:     إِنَّ
  QALQALAH SUGHRA ( صغرى )

Apabila huruf-huruf qalqalah tersebut (ق ط ب ج د) mempunyai tanda sukun/mati sedia ada2.

Cara bacaan: berdetak perlahan

Contoh:


Catitan: Untuk lebih mudah, qalqalah ni ialah yang huruf qalqalahnya berada di tengah kalimah atau di tengah ayat. Dia tidak berada di hujung ayat atau diberhentikan bacaan dengannya


 QALQALAH KUBRA ( كبرى

Apabila huruf-huruf qalqalah tadi (ق ط ب ج د) dibaca dengan sukun/baris mati yang mendatang (asalnya baris hidup tetapi dimatikan kerana wakaf). Ataupun qalqalah yang berada di hujung ayat.

Cara bacaan: Berdetak kuat
Contoh:

Catitan: Qalqalah ni ialah yang berada di hujung bacaan. Di segi penulisan, selepasnya ada tanda wakaf.

ALIF LAM SYAMSIAH
Apabila huruf alif lam  (ال)       bertemu salah satu huruf syamsiah. 
Huruf-huruf syamsiah ialah (14);

 ت ث د ذ ر ز س ش ص ض ط ظ ل ن

Cara bacaan: huruf lam dimasukkan ke dalam hurufsyamsiah tersebut atau dengan kata lain huruf lam tu seolah-olah tiada ketika membacanya.

Contoh:
 
وَالَّيْلِ اِذَا سَجَى
قُلْ اَعُوْذُبِرَبِّ النَّاسِ
وَالشَّمْسِ وَضُحََهَا

Catitan: Alif Syamsiah juga boleh dikenali dengan adanya tanda tsydid pada huruf selepas lam. Juga boleh dikenali dengan cuba membacanya, bagi yang mahir membaca al-Quran. Kalau tak ada bunyi lam mak syamsiahlah dia
 
ALIF LAM QAMARIAH

Apabila huruf alif lam  (ال)       bertemu salah satu huruf qamariah. 
Huruf-huruf qamariah ialah (14);


 ا ب ج ح خ ع غ ف ق ك م وﻫ ي

Cara bacaan: bunyi huruf lam dijelaskan (izhar qamariah)
Contoh:


يُحِبُّ الْمُحْسِنِيْنَ
اَلْهَكُمُ التَّكاَثُرُ
نَزَّل عَلَيْكَ الْكِتَابَ
Catitan: Boleh dikenali dengan tiadanya tanda tasydid pada huruf selepas huruf lam. Juga melalui kedengarannya bunyi lam bila membacanya.




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 
 

Segala kandungan dalam blog ini adalah pendapat penulis. Jika ada yang salah, penulis pohon jutaan maaf, sentiasalah merujuk dan berpegang dengan pendapat yang lebih teguh dalilnya. Blog ini hanyalah sekadar perkongsian sesama insan daripada penulis yang lemah dan masih jahil