PENGUMUMAN : DAPATKAN SEGERA.......buku NASIHAT KEPADA ANAK BERKENAAN IBU BAPA.......buku yang memperincikan tanggung jawab anak terhadap ibu bapa. Miliki segera untuk mendalami lagi tanggung jawab anda kepada ibu bapa anda. Juga supaya anak-anak anda memahami tanggung jawab mereka terhadap anda sebagai ibu bapa*****-------- DAPATKAN SEGERA....NOTA GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM SPM....buku rujukan/nota Pendidikan Islam SPM yang sangat sesuai untuk calon-calon SPM*****Dapatkan juga MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 4 dan MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 5, buku kerja yang akan menjadikan PDPC anda lebih mudah, berkesan dan menarik......SELAMAT HARI RAYA IDIL FITRI 2017, MAAF ZAHIR DAN BATIN^^^^^^SEMUA GURU PEND ISLAM/B ARAB DIPELAWA MENYERTAI GROUP FACEBOOK DISKUSI GURU PENDIDIKAN ISLAM.....Hubungi saya di umat66@gmail.com.BLOG INI LEBIH SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX...MUNGKIN PAPARANNYA BERBEZA JIKA MENGGUNAKAN INTERNET EXPLORER

DOA JAMUAN AKHIR TAHUN

Saturday, November 3, 2012


بِسْمِ اللهِ اْلرَّحْمٰنِ اْلرَّحِيْم
الحمد لله ربّ العالمين القائل في كتابه المبين ﴿ يَرْفَعِ اللهُ الَّذِيْنَ ءَامَنُوْا مِنْكُمْ وَالَّذِيْنَ اُوتُوْا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ ﴾.والصلاة والسّلام على سيِّدنا محمدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ ﺇمَامِ اْلخَيْرِ وَقَائِد ِاْلخَيْرِ وَرَسولِ اْلرَّحْمَةِ. أللهمَّ ابْعَثْهُ مَقَاماً يَغْبِطُه بِهِ اْلأوَّلُوْنَ.رَبَّنا ﺇنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِيْ لِلاِيْمَانِ أَنْ ﺁمِنُوْا بِرَبِّكُمْ فَامَنَّا. رَبَّنَا فَاغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَكَفِّرْعَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ اْلأَبْرَارِ. رَبَّنَا وَﺁتِنَا مَا وَعَدْتَنَا على رُسُلِكَ وَلاَ تُخْزِنَا يَوْمَ اْلقِيَامَةِ ﺇنَّكَ لاَ تُخْلِفُ اْلمِيْعَادِ.اللهمّ يا كريم، الخالق السماوات والأرض
Allahumma, wahai Tuhan kami, pada hari yang berbahagia ini, kami memanjatkan kesyukuran kehadrat-Mu yang telah memberikan kami kesempatan untuk berhimpun bersama dalam majlis jamuan akhir tahun SMK Jelawat 2012. Mudah mudahan majlis ini akan mendapat barakah dari-MU seterusnya menjadi majlis untuk kami merapatkan silaturrahim antara kami.

Wahai Tuhan kami, kami sekali lagi memanjatkan setinggi-tinggi syukur kepada-Mu di atas limpahan rahmat-Mu sehingga kami telah berjaya melalui 2012 dengan selamat dan sejahtera, melaksanakan tugas-tugas kami dengan sebaik mungkin, menunaikan tanggung jawab dengan sedaya upaya kami, menempuhi segala cabaran dan dugaan dengan sabar. Sesungguhnya kami ini hamba-hamba yang emah yang sentiasa bergantung pada rahmat dan inayah-Mu
 
Ya Rahman ya rahim Ya Rabbal alamin, kami sedar, segala kerja tidak akam mampu kami pikul seorang diri, kerana itu kami memohon dariMu, Makmurkanlah kesepakatan antara kami, Tautkanlah ikatan ukhuwwah dan silaturrahim di antara kami. Jauhilah kami dari segala sifat mazmumah, hasad dengki, fitnah, umpat keji, adu domba, sombong dan segala yang membawa bencana kepada kami.

Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum, Berilah kami keberkatan dalam segala gerak laku kami. Kebahagiaan dan kesenangan dalam kehidupan kami dan jadikan kami sebagai Muslim sejati yang sentiasa dahagakan ibadat dan ketakwaan padaMu. Penuhilah kehidupan kami dengan amal ibadat sebagai bekalan kami untuk menuju akhirat Mu.
اللهمّ يا رحمن، يا عزيز، يا غفّار
Sesungguhnya kami telah banyak membuat kezaliman terhadap diri kami sendiri, dan tiada yang dapat mengampuni dosa-dosa kami kecuali Engkau. Curahkanlah keampunan dan belas kasihan kepada kami. Sungguh Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ.

6 comments:

ABU AHMAD said...

mohon share sheikh

lolipopiwoliholimolisholikoliala saiyidina

Unknown said...

tq.perkongsian sheikh

Unknown said...

terbaik

abi amni said...

minta izin share ..terima kasih

Salam tuan. Saya minta izin salin doanya ya tuan dan gunakannya utk majlis saya petang ini. Terima kasih ya tuan.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 
 

Segala kandungan dalam blog ini adalah pendapat penulis. Jika ada yang salah, penulis pohon jutaan maaf, sentiasalah merujuk dan berpegang dengan pendapat yang lebih teguh dalilnya. Blog ini hanyalah sekadar perkongsian sesama insan daripada penulis yang lemah dan masih jahil