PENGUMUMAN : DAPATKAN SEGERA.......buku NASIHAT KEPADA ANAK BERKENAAN IBU BAPA.......buku yang memperincikan tanggung jawab anak terhadap ibu bapa. Miliki segera untuk mendalami lagi tanggung jawab anda kepada ibu bapa anda. Juga supaya anak-anak anda memahami tanggung jawab mereka terhadap anda sebagai ibu bapa*****-------- DAPATKAN SEGERA....NOTA GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM SPM....buku rujukan/nota Pendidikan Islam SPM yang sangat sesuai untuk calon-calon SPM*****Dapatkan juga MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 4 dan MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 5, buku kerja yang akan menjadikan PDPC anda lebih mudah, berkesan dan menarik......SELAMAT HARI RAYA IDIL FITRI 2017, MAAF ZAHIR DAN BATIN^^^^^^SEMUA GURU PEND ISLAM/B ARAB DIPELAWA MENYERTAI GROUP FACEBOOK DISKUSI GURU PENDIDIKAN ISLAM.....Hubungi saya di umat66@gmail.com.BLOG INI LEBIH SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX...MUNGKIN PAPARANNYA BERBEZA JIKA MENGGUNAKAN INTERNET EXPLORER

Cara Menjawab Soalan Pengajaran Ayat Atau Hadis

Friday, June 8, 2012

Gambar hiasan: Pelajar cemerlang UPSR2008(5A)&PMR 2011(9A)

Soalan pengajaran ayat atau hadis ni adalah dalam kertas 2. Cuba tengok kekerapan atau berapa banyak soalan pengajaran ditanya dalam dua tahun terakhir ni.


2011- (4)+(2)+(2)+(2)=10m (4 soalan=10m)
2010 - (4)+(4)+(2)+(4) = 14m (4 soalan 14m)

Kira banyak lah tu, melebihi 10 markah setiap tahun.

Cara menjawab soalan pengajaran

  • ¢Mengandungi isi dan huraian 
  • Takde huraian dapat separuh markah
  • ¢Mesti sesuatu yang boleh dilakukan berdasarkan ayat/hadis
  • ¢Lihat soalan yang yang terdahulu


Kesilapan yang selalu dilakukan ialah jawapan tidak mengandungi huraian. Kelemahan pelajar di sini biasanya ialah tidak memahami ayat atau hadis yang diberi. Jika tak faham macamana mahu membuat pengajaran. Memang sepatutnya pelajar kena faham semua ayat atau hadis dalam sukatan. Tapi kalau tak faham juga sebenarnya pelajar boleh perhati kepada soalan sebelumnya. Biasanya soalan pengajaran akan berada di nombor iii (3). Mungkin ada sedikit petunjuk pada soalan i dan ii, perhatikan betul-betul. 

Contoh Soalan (SPM 2011)




(i)  Pilih satu daripada kalimah yang bergaris di atas dan nyatakan      maksudnya.
(ii)(ii) Jelaskan kesan terhadap pelajar yang berpaling muka dengan pelajar   lain
(iii)(iii)Terangkan pengajaran hadis di atas 


Cadangan Jawapan
  1. Kita hendaklah menjauhi perbuatan berpaling muka agar terhindar dari dosa
  2. Kita hendaklah sentiasa memelihara silaturrahim agar dipandang mulia

9 comments:

tq atas pkongsian

apik said...

comel pulak gamba hiasan tu. XD..
okeyy nota mudah difhami. trime kaseh..

Anonymous said...

Kalau kita tak tahu hadis tu pasal apa,macamne nk jawab mksud kalimah bergaris?

umat66 said...

tengok dalam soalan sebelumnya. soalan i dan ii, biasa ada pembayang dalam tu tentang isu yang dibawa dalam hadis

Unknown said...

syukran jazilan. sangat bermanfaat. jazaakallah

Unknown said...

sedikit petua untuk jawab soalan pengajaran ayat/hadis. selain dari tengok soalan sebelumnya, ayat umum juga boleh membantu..in shaa Allah.
cth : Kita hendaklah sentiasa berusaha mentaati perintah Allah agar beroleh kejayaan hidup.
- Kita hendaklah sentiasa berusaha melakukan kebaikan agar disayangi Allah.

Unknown said...

bagus sbg panduan

Unknown said...

Assalammualaikum dan selamat sejahtera,saya ingin tahu adakah cara untuk menjawab soalan pengajaran ini boleh gunakan dalam soalan di kertas peperiksaan Bahasa Melayu?
Terima kasih ya

Anonymous said...

Now I know how to learn Islam..thank you so much

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 
 

Segala kandungan dalam blog ini adalah pendapat penulis. Jika ada yang salah, penulis pohon jutaan maaf, sentiasalah merujuk dan berpegang dengan pendapat yang lebih teguh dalilnya. Blog ini hanyalah sekadar perkongsian sesama insan daripada penulis yang lemah dan masih jahil