PENGUMUMAN : DAPATKAN SEGERA.......buku NASIHAT KEPADA ANAK BERKENAAN IBU BAPA.......buku yang memperincikan tanggung jawab anak terhadap ibu bapa. Miliki segera untuk mendalami lagi tanggung jawab anda kepada ibu bapa anda. Juga supaya anak-anak anda memahami tanggung jawab mereka terhadap anda sebagai ibu bapa*****-------- DAPATKAN SEGERA....NOTA GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM SPM....buku rujukan/nota Pendidikan Islam SPM yang sangat sesuai untuk calon-calon SPM*****Dapatkan juga MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 4 dan MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 5, buku kerja yang akan menjadikan PDPC anda lebih mudah, berkesan dan menarik......SELAMAT HARI RAYA IDIL FITRI 2017, MAAF ZAHIR DAN BATIN^^^^^^SEMUA GURU PEND ISLAM/B ARAB DIPELAWA MENYERTAI GROUP FACEBOOK DISKUSI GURU PENDIDIKAN ISLAM.....Hubungi saya di umat66@gmail.com.BLOG INI LEBIH SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX...MUNGKIN PAPARANNYA BERBEZA JIKA MENGGUNAKAN INTERNET EXPLORER

Sebab, Masa Dan Cara Sujud Sahwi

Monday, January 9, 2012

Maksud Sujud Sahwi
Sahwi maksudnya lupa. Sujud sahwi bermaksud sujud kerana telah lupa melakukan sesuatu perkara dalam solat atau lupa rakaat solat.



Dalil Sujud Sahwi
hadits ‘Abdullah bin Buhainah,


فَلَمَّا أَتَمَّ صَلَاتَهُ سَجَدَ سَجْدَتَيْنِ فَكَبَّرَ فِي كُلِّ سَجْدَةٍ وَهُوَ جَالِسٌ قَبْلَ أَنْ يُسَلِّمَ

“Setelah beliau menyempurnakan shalatnya, beliau sujud dua kali. Ketika itu beliau bertakbir pada setiap akan sujud dalam posisi duduk. Beliau lakukan sujud sahwi ini sebelum salam.”
(HR. Bukhari no. 1224 dan Muslim no. 570)


Hukum Sujud Sahwi
Madzhab Syafi‘i : Hanya wajib dalam keadaan tertentu iaitu ketika Imam melakukan sujud sahwi maka dalam keadaan seperti ini makmum wajib melakukannya kerana mengikuti Imam, jikalau makmum tidak mengerjakannya maka solatnya batal dan wajib baginya mengulang solat kembali. Jikalau Imam tidak melakukan sujud sahwi maka tidaklah wajib bagi makmum untuk melakukannya

SEBAB-SEBAB MENGERJAKAN SUJUD SAHWI
1. Ketika Tertinggal bacaan fatihah
2. Mengeraskan bacaan di dua rakaat terakhir
3. Meninggalkan Thama’ninah
4. Meninggalkan duduk yang wajib dalam solat, iaitu semua duduk kecuali duduk tasyahhud akhir. Barang siapa meninggalkan duduk tasyahhud awal atau duduk di antara dua sujud maka baginya sujud sahwi
5. Meninggalkan bacaan Tasyahhud pertama dan kedua
6. Memindahkan rukun bacaan dari satu tempat ke tempat yang lain, seperti membaca fatihah ketika ruku, membaca tasyahhud ketika sujud dan lain sebagainya, kecuali membaca surah sebelum fatihah maka tidak wajib baginya sujud sahwi.
7. Ragu-ragu dalam jumlah rakaat shalat
8. Meninggalkan hal-hal yang sunat dalam solat tidaklah wajib sujud sahwi melainkan ada beberapa perkara yang ditentukan mengikut mazhab masing-masing seperti tertinggal qunut dalam solat subuh mengikut mazhab Syafi'i

Masa sujud Sahwi

Mengikut Madzhab Syafi‘i ialah pada tahiyyat akhir selepas tasyahhud dan salawat ke atas Nabi Saw dan sebelum salam.

Cara Sujud Sahwi


Selepas habis tahiyyat, niat sujud sahwi dalam hati, kemudian sujud dua kali. Ada mazhab kata tak perlu niat. Dalam kedua-dua sujud tersebut, bacalah


سُبْحَانَ مَنْ لَايَنَامُ وَلَا يَسْهُو
SUBHAANA MAN LAA YANAAMU WA LAA YAS-HU, (Maha Suci zat yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa).

Setelah selesai sujud yang kedua, terus bagi salam seperti biasa dan berakhirlah solat.

14 comments:

Anonymous said...

Yang ambe faham...dan maklumat dr ulama2...sujud sahwi sekiranya terlupa sunat ab-ad sahaja tidak terpakai utk perkara2 lain...wallahuaklam..abe manaf

umat66 said...

makasih abe manaf...
tu campuran pelbagai mazhab yg dikutip dari beberapa blog dan buku. Kalau ikut fiqh harian, ust harun Din, ada 5;
1. Menambah rukun fi'li dgn sengaja
2. Menambah rakaat dgn terlupa
3. Meninggal tahiyyat awal, sengaja atau tidak
4. Syak bilangan rakaat
5. meninggal sunat ab'ad

Mcm yg no 1 atas tu, hok ambo paham, kalu tinggal fatihah, jika dah ruku' kena bangun balik dan baca fatihah. tapi kalu lepas lama dah kena ganti rakaat dan molek lah sujud sahwi..untuk tampung kurang/lalai

Anonymous said...

Bacaan sujud sahwi dalam setiap sujud tu nak bace berapa kali?

Anonymous said...

semasa melakukan sujud sahwi,duduk antara dua sujud kena baca bacaan duduk antara dua sujud ke??

Anonymous said...

Baca sujud sahwi sebanyak 3 kali dalam setiap sujud.

Anonymous said...

Yang sebenarnya, apakah yang dibaca dalam sujud sahwi? Sebenarnya tidak ada riwayat yang warid dari Nabi tentang zikir yang dibaca semasa itu. Yang biasa kita baca itu (subhanallah, la yanaamu wala yashu) ialah dari kata-kata ulama, bukan dari Nabi. Walaubagaimanapun, para ulama mengatakan itu adalah bacaan yang sesuai untuk sujud sahwi. Dan ada juga yang mengatakan bacaan yang lebih molek adalah bacaan tasbih macam biasa kita buat kalau dalam solat biasa.

Anonymous said...

Dan duduk antara dua sujud itu juga adalah bacaan yang sama dalam solat juga. Dan ada juga yang kata, kerana Nabi tidak mengatakan apakah yang dibaca, maka tidak ada apa yang dibaca semasa itu. Maknanya, senyap sahaja. Terpulang kepada kita apa yang kita hendak baca.

kalau lupa sujud sahwi batal ke solat?

Unknown said...

Ye betul..kene solat lagi sekali

Anonymous said...

X baca pun blh cuma sujud, duduk antara 2 sujud, sujud,duduk dan salam(ini yg wajib)

Anonymous said...

Imam sujud sahwi apabila beliau salah dlm bacaan ayat surah sajadah di pagi Jumaat blhkah makmum ikut? Dan adakah kesalahan itu dibolehkan sujud sahwi?

Anonymous said...

Wow

Anonymous said...

Hmm

Anonymous said...

Sunat 3

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 
 

Segala kandungan dalam blog ini adalah pendapat penulis. Jika ada yang salah, penulis pohon jutaan maaf, sentiasalah merujuk dan berpegang dengan pendapat yang lebih teguh dalilnya. Blog ini hanyalah sekadar perkongsian sesama insan daripada penulis yang lemah dan masih jahil