PENGUMUMAN : DAPATKAN SEGERA.......buku NASIHAT KEPADA ANAK BERKENAAN IBU BAPA.......buku yang memperincikan tanggung jawab anak terhadap ibu bapa. Miliki segera untuk mendalami lagi tanggung jawab anda kepada ibu bapa anda. Juga supaya anak-anak anda memahami tanggung jawab mereka terhadap anda sebagai ibu bapa*****-------- DAPATKAN SEGERA....NOTA GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM SPM....buku rujukan/nota Pendidikan Islam SPM yang sangat sesuai untuk calon-calon SPM*****Dapatkan juga MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 4 dan MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 5, buku kerja yang akan menjadikan PDPC anda lebih mudah, berkesan dan menarik......SELAMAT HARI RAYA IDIL FITRI 2017, MAAF ZAHIR DAN BATIN^^^^^^SEMUA GURU PEND ISLAM/B ARAB DIPELAWA MENYERTAI GROUP FACEBOOK DISKUSI GURU PENDIDIKAN ISLAM.....Hubungi saya di umat66@gmail.com.BLOG INI LEBIH SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX...MUNGKIN PAPARANNYA BERBEZA JIKA MENGGUNAKAN INTERNET EXPLORER

Kawan Yang Patut Kita Hindari

Tuesday, September 27, 2011

Semua orang mempunyai kawan. Sama ada sedar atau tidak, kawan mempunyai pengaruh yang besar dalam kehidupan seseorang. Seseorang boleh menjadi baik kerana kawan dan boleh juga menjadi rosak kerana kawan. Kerana itu kita mestilah sentiasa berhati-hati dalam memilih kawan. Tersilap pilih kawan, buruk padahnya. Di sini saya ingin sebutkan beberapa jenis kawan yang patut kita hindari;



1. Kawan yang mendorong ke arah keburukan
Mendorong manusia ke arah keburukan adalah kerja syaitan. Syaitan adalah musuh manusia. Syaitan sentiasa berusaha menyesatkan manusia. Mereka sentiasa mendorong manusia ke arah yang tidak baik sama ada secara halus atau kasar, pujukan atau paksaan atau apa cara sekalipun. Menunjukkan sesuatu yang tidak baik di hadapan kita juga dianggap sebagai cuba mempengaruhi diri kita. Tidak kira kejahatan yang besar atau kecil, kita mesti menjauhi kawan yang sebegini sebelum kita terpengaruh dengannya.

2. Kawan yang khianat
Khianat ialah sifat munafik. Mereka tidak memelihara hak kita yang sepatutnya dipelihara. Contohnya, sebagai kawan mereka tahu banyak rahsia kita, sayangnya rahsia itu mereka bocorkan kepada pihak yang lain. Ini akan menjatuhkan maruah kita dan mungkin boleh meletakkan diri kita dalam bahaya.

3. Kawan yang berkepentingan
Mereka berkawan dengan kita kerana sesuatu kepentingan yang tersirat. Mereka menganggap kita sebagai alat untuk mencapai hajat mereka. Kita hanyalah batu loncatan bagi mereka. Sama ada secara sedar atau tidak mereka mempergunakan kita. Kawan begini selalunya akan meninggalkan kita setelah hajat mereka tercapai.

4. Kawan yang bersikap talam dua muka
Mereka ini bermuka-muka di antara kita dan orang lain. Malah adakalanya mereka menjadi batu api yang mencetuskan dan menyemarakkan kebencian dan permusuhan kita dengan orang lain. Jika tidak diawasi, kawan begini akan meletakkan kita dalam permusuhan dan perkelahian dengan orang lain.

5. Kawan yang sombong
Mungkin mereka memiliki sesuatu kelebihan, meyebabkan mereka merasa tinggi diri. Kawan begini akan sentiasa memandang rendah kepada diri anda. Bersamanya anda terpaksa meletakkan diri anda pada taraf yang lebih rendah. Kadang-kadang anda terpaksa melakukan sesuatu yang tidak anda gemari demi memelihara persahabatan. Sedangkan dia tidak pernah peduli dengan persahabatan antara anda dan dirinya.

Sebenarnya dalam dakwah kita perlu berkawan dengan semua orang. Kerana dengan persahabatan itu diharapkan kita dapat menyampaikan seruan yang baik kepadanya dan dapat mempengaruhinya ke arah kebaikan. Itu jika kita memiliki keimanan dan jati diri yang tinggi. Tetapi sebaliknya jika dikhuatiri kita pula yang terpengaruh dengannya terutama bagi yang masih di peringkat remaja, maka menjauhi kawan yang begitu adalah lebih dituntut.

Jumpa lagi

1 comments:

Anonymous said...

saya mempuyai kwn tpi ckarang dia da jadi musuh aq

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 
 

Segala kandungan dalam blog ini adalah pendapat penulis. Jika ada yang salah, penulis pohon jutaan maaf, sentiasalah merujuk dan berpegang dengan pendapat yang lebih teguh dalilnya. Blog ini hanyalah sekadar perkongsian sesama insan daripada penulis yang lemah dan masih jahil