PENGUMUMAN : DAPATKAN SEGERA.......buku NASIHAT KEPADA ANAK BERKENAAN IBU BAPA.......buku yang memperincikan tanggung jawab anak terhadap ibu bapa. Miliki segera untuk mendalami lagi tanggung jawab anda kepada ibu bapa anda. Juga supaya anak-anak anda memahami tanggung jawab mereka terhadap anda sebagai ibu bapa*****-------- DAPATKAN SEGERA....NOTA GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM SPM....buku rujukan/nota Pendidikan Islam SPM yang sangat sesuai untuk calon-calon SPM*****Dapatkan juga MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 4 dan MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 5, buku kerja yang akan menjadikan PDPC anda lebih mudah, berkesan dan menarik......SELAMAT HARI RAYA IDIL FITRI 2017, MAAF ZAHIR DAN BATIN^^^^^^SEMUA GURU PEND ISLAM/B ARAB DIPELAWA MENYERTAI GROUP FACEBOOK DISKUSI GURU PENDIDIKAN ISLAM.....Hubungi saya di umat66@gmail.com.BLOG INI LEBIH SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX...MUNGKIN PAPARANNYA BERBEZA JIKA MENGGUNAKAN INTERNET EXPLORER

PELAJARAN 26: IMAM AL-BUKHARI RAHIMAHULLAH

Friday, July 8, 2011


Riwayat Hidup
1. Nama sebenar ialah Abu Abdullah Muhammad b Ismail b Ibrahim b al-Mughirah b Baradzabah al-Ju’fi al-Bukhari
2. Dilahirkan pada 194H/810M di Bukhara
3. Bapanya meninggal ketika beliau di dalam kandungan ibunya
4. Bapanya adalah orang yang soleh
5. Pada masa kecil Imam Bukhari terkena penyakit mata sehingga tidak dapat melihat
6. Ibunya bermimpi Nabi Ibrahim menerangkan bahawa penyakit anaknya akan sembuh disebabkan doa ibu yang solehah
7. Digelar Amirul Mukminin di kalangan ahli hadis
8. Meninggal pada 256H/870M ketika berusia 62 tahun

Pendidikan
1. Mendapat pendidikan sejak kecil daripada ibunya sendiri
2. Ketika usia 11 tahun, beliau membetulkan kesilapan gurunya mengajar hadis
3. Usia 16 tahun, telah menghafaz kitab-kitab yang ditulis oleh Ibnu Mubarak dan Waki’
4. Pada usia 18 tahun, mula menulis hadis
5. Menemui 1000 orang ulama, guru dan perawi hadis
6. Merantau selama 16 tahun untuk menuntut ilmu
7. Berulang alik ke Baghdad, Mesir, Syam dan lain-lain negeri
8. Mencatat hadis daripada lebih 1000 orang guru
9. Hafaz 100 000 hadis sahih dan 200 000 hadis tidak sahih

Sumbangan
Berkerja keras selama 16 tahun untuk menghasilkan kitab al-Jami’ as-Sahih al-Musnad min Hadis Rasulullah s a w Wasunnatihi Wa Ayyamihi (Sahih Bukhari yang mengandungi 7275 hadis)
Syarat Hadis Sahih mengikut Imam Bukhari
1. Perawi mempunyai ingatan dan akal yang baik
2. Perawi orang Islam
3. Bersifat siqah
4. Sanadnya bersambung terus kepada Rasul

Amalan Imam Bukhari sebelum menulis sesebuah Hadis
1. Berwuduk
2. Solat 2 rakaat
3. Memohon taufik daripada Allah

Kegigihan dan ketelitian Imam Bukhari mengumpul Hadis
1. Berhati-hati memeriksa semua perawi dan matan hadis
2. Memastikan sanad hadis bersambung
3. Kumpul 600 000 buah hadis
4. Hafaz 100 000 buah hadis sahih
5. Berwuduk sebelum menulis hadis
6. Solat sunat dua rakaat sebelum menulis hadis
7. Mengembara selama 16 tahun untuk mengumpul hadis
8. Bertemu ramai ulama untuk mendapatkan hadis
9. Sentiasa memohon pertolongan dan petunjuk Allah Menghindari makanan haram dan syubhah

Karya-karya Imam Bukhari
1. Sahih al-Bukhari
2. at-Tarikh al-Kabir
3. at-Tarikh as-Saghir
4. at-Tarikh al-awsad
5. at-Tafsir al-Kabir
6. Kitab al-Mabsut
7. Kitab al-Hibah
8. Kitab al-Kunni

17 comments:

Anonymous said...

masyaallah hebat sungguh ciptaan mu ya Allah

Anonymous said...

menarik sungguh riwayat hidup imam bukhari

Anonymous said...

subhanallah!!besar sungguh jasamu moga ia menjadi pedoman kepada kita semua dan berharap menjadi seperti beliau.. insyallah

Unknown said...

interesting.. great :)

Unknown said...

takle dw kaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Unknown said...

📿💞

Unknown said...

atiqah cantik

Anonymous said...

Follow @adibadzahar_

Unknown said...

hai

Unknown said...

hebaatnya imam al bukhari nii

Anonymous said...

tq sngt berguna ��❤

Anonymous said...

Tq admin ia sgt berguna utk sya��

Unknown said...

Tq 😘

Unknown said...

Tq. This note is helping me to answer trial exam tomorrow😘

Unknown said...

semoga saya seperti beliau

Unknown said...

Syukran, amat bermanfaat buat orang yg mencari ilmu..moga tulisan ini menjadi saham akhirat buat tuan..

Unknown said...

spm!!!!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 
 

Segala kandungan dalam blog ini adalah pendapat penulis. Jika ada yang salah, penulis pohon jutaan maaf, sentiasalah merujuk dan berpegang dengan pendapat yang lebih teguh dalilnya. Blog ini hanyalah sekadar perkongsian sesama insan daripada penulis yang lemah dan masih jahil