PENGUMUMAN : DAPATKAN SEGERA.......buku NASIHAT KEPADA ANAK BERKENAAN IBU BAPA.......buku yang memperincikan tanggung jawab anak terhadap ibu bapa. Miliki segera untuk mendalami lagi tanggung jawab anda kepada ibu bapa anda. Juga supaya anak-anak anda memahami tanggung jawab mereka terhadap anda sebagai ibu bapa*****-------- DAPATKAN SEGERA....NOTA GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM SPM....buku rujukan/nota Pendidikan Islam SPM yang sangat sesuai untuk calon-calon SPM*****Dapatkan juga MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 4 dan MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 5, buku kerja yang akan menjadikan PDPC anda lebih mudah, berkesan dan menarik......SELAMAT HARI RAYA IDIL FITRI 2017, MAAF ZAHIR DAN BATIN^^^^^^SEMUA GURU PEND ISLAM/B ARAB DIPELAWA MENYERTAI GROUP FACEBOOK DISKUSI GURU PENDIDIKAN ISLAM.....Hubungi saya di umat66@gmail.com.BLOG INI LEBIH SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX...MUNGKIN PAPARANNYA BERBEZA JIKA MENGGUNAKAN INTERNET EXPLORER

PELAJARAN 21: KERAJAAN BANI UMAYYAH

Friday, July 8, 2011


Penubuhan Kerajaan Bani Umayyah
1. Diasaskan oleh Muawiyah b Abi Sufian b Harb b Umayyah
2. Namanya diberi sempena nama moyang Muawiyah
3. Muawiyah memeluk Islam bersama keluarganya semasa Pembukaan Mekah
4. Pernah dilantik sebagai jurutulis Rasul
5. Di zaman Umar beliau dilantik sebagai gabenor Syam
6. Setelah Usman dibunuh Ali telah dilantik sebagai khalifah
7. Ali memecat Muawiyah daripada jawatan Gabenor Syam
8. Muawiyah bangkit menentang Ali
9. Berlaku peperangan Siffin antara Ali dan Muawiyah yang membawa kepada Majlis Tahkim
10. Muncul golongan Khawarij iaitu pengikut Ali yang tidak bersetuju dangan Majlis Tahkim
11. Golongan Khawarij telah membunuh Saidina Ali
12. Golongan Syiah dan penduduk Kufah melantik Hassan sebagai khalifah
13. Bagi mengelak peperangan Hassan telah menyerahkan jawatan tersebut kepada Muawiyah dengan syarat;
a. Muawiyah mestilah memerintah berdasarkan al-Quran dan Hadis
b. Sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga Nabi
c. Pemilihan khalifah selepas Muawiyah dibuat menerusi mesyuarat atau Majlis Syura

Peringkat pemerintahan Kerajaan Bani Umayyah;
1. Zaman Kelahiran Kerajaan Umayyah – bermula zaman Muawiyah b Abi Sufian (40-60H/660-680M) dan berakhir zaman Muawiyah b Yazid (64h/684H) yang berpusat di Damsyik
2. Zaman Kemajuan : Zaman Pemerintahan keturunan Marwan b al-Hakam – bermula zaman Abdul Malik b Marwan (85-86H/684-685M)
3. Zaman Kejatuhan kerajaan Umayyah iaitu zaman Marwan b Muhammad (127-132H/744-749M) juga di Damsyik
4. Kerajaan Islam Andalusia - Di asaskan oleh Abdul Rahman ad-Dakhili (137H) dan berakhir dengan pemerintahan Hisyam (399H) yang berpusat di Cordova, Andalus (Spanyol)

SUMBANGAN KERAJAAN BANI UMAYYAH KEPADA TAMADUN ISLAM
1. Perkembangan ketenteraan


· Muawiyah mengemaskini tentera dengan meniru gerakan tentera Parsi iaitu membahagi tentera kepada 5 pasukan;
1
Teras Tentera (Qalbu al-Jaisyu)
2
Sayap Kanan (al-Maimanah)
3
Sayap Kiri (al-Maisarah)
4
Pasukan Hadapan (al-Muqaddimah)
5
Pasukan Barisan Belakang (Saffah al-Jaisyu)


· Menubuhkan angkatan tentera yang teratur dan dilengkapi peralatan moden seperti kapal perang
· Tentera terdiri daripada angkatan berkuda, pesukan berkenderaan dan tentera berjalan kaki
· Tentera dilatih berperang pada musim panas dan musim sejuk
· Menyusun tentera laut yang berjumlah 1700 kapal perang
· Membina pengkalan tentera laut yang berpusat di Tunisia
· Pelabuhan di Syria dan Iskandariah, Mesir dimajukan sebagai pengkalan perang
· Semasa pemerintahan Abdul Malik b Marwan, beliau mewajibkan rakyat menjadi tentera
· Beliau juga menubuhkan Diwan al-Jundu yang dipertanggungjawabkan mentadbir dan mengurus hal ehwal ketenteraan
Kekuatan tentera ini telah memberi kesan kepada perluasan negara dan dakwah Islam
Antara tokoh tentera yang berkhidmat cemerlang pada masa itu ialah;
Muhammad b al-Qasim as-Saqafi
membuka wilayah Sind di India
Tariq b Ziad
membuka Andalus (Spanyol)
Qutaibah b Muslim al-Buhaili
membuka negeri-negeri ‘Ma Wara al-Nahar’
Musa b Nusair
membuka Afrika Utara
Musalmah b Abdul Malik
memusnahkan kubu-kubu Rom



Ketenteraan Umayyah dan Khulafa ar-Rasyidin
Khulafa ar-Rasyidin
Kerajaan Umayyah
Cara pengambilan tentera
Sukarela
Peringkat awal sukarela
Kemudian kerahan tenaga
Jenis tentera
Darat dan laut
Darat dan laut
Perlantikan Panglima
Tiada keutamaan sesuatu bangsa
Mengutamakan orang arab
Latihan
Latihan umum
Latihan perang musim panas dan musim sejuk
Tujuan
Menyebarkan dakwah
Menyebarkan dakwah




2. Perkembangan pendidikan
Khalifah menjadi penggalak perkembangan ilmu
Khalifah Abdul Malik b Marwan dan Umar b Abdul Aziz adalah ulama dalam bidang al-Quran, tafsir, hadis dan nahu
Perkembangan ini menyebabkan;
a. Lahir ulama dalam bidang al-Quran, hadis dan perundangan Islam seperti Imam Abu Hanifah di Kufah dan Imam Malik di Madinah
b. Lahir tokoh-tokoh seperti Khalil b Ahmad – sibawaih bahasa Arab, Abu al-Aswad ad-Dauli – memperkenalkan tanda baris atas, bawah dan depan bagi membantu membaca al-Quran dengan betul
c. Kota Basrah menjadi pusat penyebaran ilmu
d. Bahasa Arab menjadi bahasa pengantar
e. Sasterawan mendapat tempat di istana antaranya al-Farazdaq, Jarir Amru b Abi Rabiah dan Jamil al-Azri
f. Masjid dan istana menjadi pusat Pendidikan yang penting
g. Kegiatan penulisan, pembukuan dan pembinaan perpustakaan telah mewujudkan beberapa disiplin ilmu yang dikenali sebagai at-Tadwin


Kesan perkembangan pendidikan zaman Umayyah kepada bangsa Eropah
a. Cordova menjadi pusat ilmu pengetahuan di Eropah
b. Ramai pelajar Eropah datang belajar di Andalus
c. Ramai sarjana dari pelbagai bidang lahir di Eropah seperti Hazam dan Ibnu Zaid di bidang bahasa dan sastera arab, Zarib dan Ibnu Farnas di bidang muzik, Ibnu Sina, ar-Razi dan Ibnu az-Zahrawi di bidang perubatan dan ibnu Rusyd, Ibnu Bajah dan al-Farabi di bidang falsafah.
d. Banyak karya diterjemahkan ke Eropah seperti bahasa Inggeris dan Perancis



\3. Perkembangan ekonomi
Kekuatan ekonomi bergantung kepada sektor pertanian dan perdagangan
Usaha kerajaan bagi meningkatkan ekonomi negara dan rakyat;
a. Membina saliran air
b. Menjalankan penyelidikan pertanian
c. Membina jalanraya
d. Membina pelabuhan
e. Membina kapal perang khas untuk mengawal lautan dan membanteras lanun
f. Mengemaskini pentadbiran rumah api



Hasil negara diperolehi daripada sumber (sumber ekonomi);
1
Kharaj
Cukai tanah ke atas pemilik Islam atau bukan Islam.
Kharaj Musahaqah/Wazifah – dibayar berdasarkan keluasan tanah.
Kharaj Muqasamah – dibayar berdasarkan hasil tanaman. Keduanya diurus kerajaan.
Kharaj Ihtizam/Iqta’ – cukai melalui sewaan atau pajakan. Diurus tuan tanah
2
Jizyah
Cukai ke atas kafir zimmi yang tinggal di negara Islam atau negara bukan Islam yang meminta perlindungan dengan negara Islam
3
Zakat
Kadar tertentu daripada harta tertentu yang dikeluarkan kepada orang tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu
4
Usyur
Usyur : Cukai 10% daripada hasil pertanian ke atas tuan-tuan tanah
5
Fai
Fai : Harta rampasan daripada kafir harbi bukan melalui peperangan
6
Ghanimah
Harta yang diperolehi daripada orang bukan Islam melalui peperangan

Faktor kegemilangan tamadun Islam
1. Kecekapan dan kebijaksanaan khalifah
2. Penguasaan ilmu pengetahuan
3. Ekonomi yang stabil
4. Kekuatan tentera
5. Perhubungan yang baik antara kerajaan dan rakyat
6. Semangat jihad yang tinggi

Kegemilangan pemerintahan Umar bin Abdul Aziz


1. Beliau daripada keturunan Umar b al-Khattab
2. Dianggap sebagai Khalifah ar-Rasyidin yang ke 5
3. Mempunyai sifat peribadi yang luhur, tawadduk dan menyayangi rakyat
4. Membina banyak masjid
5. Memberi tumpuan kepada kebajikan rakyat
6. Memecat pegawai yang kurang cekap
7. Menghapuskan cukai jizyah kepada golongan muwali
8. Melaksanakan hukuman dengan adil
9. Memberhentikan penguasaan wilayah dan menggantikan dengan Kerajaan Islam
10. Meminta supaya hadis Rasul ditulis dan dibukukan


Tokoh-tokoh yang lahir di zaman beliau
1. Urwah ibnu az-Zubair dan Zihad az-Zuhri – ilmu hadis
2. Ibnu Jarid – tafsir dan al-Quran
3. Hasan al-Basri dan Wasil b Ata’ – Usuluddin

Faktor kejatuhan kerajaan Umayyah
1. Pemerintah yang mengabaikan ajaran Islam
2. Pemerintah lalai dan tidak menjalankan tugas
3. Semangat kabilah dan pilih kasih
4. Rakyat tidak puas hati
5. Gerakan Abbasiyyah

Peranan generasi sekarang
1. Menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran
2. Sentiasa bersatu padu
3. Mengamalkan semangat jihad
4. Mengamalkan ajaran Islam

17 comments:

Anonymous said...

Aslmkm cikgu muhd. Selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Terimakasih atas nota yg ringkas
ini. Semoga Allah memberkahi dan merahmati
Kehidupan cikgu sekeluarga.

Anonymous said...

selamat HARI RAYA ..,CIKGU

Unknown said...

arigato sensei

Ibnu Sina 1A said...

terima kasih cikgu kerana bagi nota2 ni ^^

tq sir

Chew said...

Umayyah atau umaiyah ?

Tq cikgu.... sangat membantu. Moga dimurahkan rezeki cg...

Anonymous said...

terima kasih, nota ni sangat berguna untuk murid dan pelajar sekolah , ringkas dan mudah difahami :)

Unknown said...

terima kasih cikgu❤️

Unknown said...

Sangat membantu. ..Terima kasih dan selamat berpuasa

salam aidilfitri cikgu.. mohon saya nak guna nota ini utk exam u saya ..

Unknown said...

Hai semua !!!!!

Unknown said...

Terimakasih😊

Unknown said...

Dua ii boleh

Unknown said...

Tq...

Unknown said...

Apakah nama pusat terjemahan umaiiyyah ketika di damsyik

Unknown said...

Ohayo!v��

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 
 

Segala kandungan dalam blog ini adalah pendapat penulis. Jika ada yang salah, penulis pohon jutaan maaf, sentiasalah merujuk dan berpegang dengan pendapat yang lebih teguh dalilnya. Blog ini hanyalah sekadar perkongsian sesama insan daripada penulis yang lemah dan masih jahil