PENGUMUMAN : DAPATKAN SEGERA.......buku NASIHAT KEPADA ANAK BERKENAAN IBU BAPA.......buku yang memperincikan tanggung jawab anak terhadap ibu bapa. Miliki segera untuk mendalami lagi tanggung jawab anda kepada ibu bapa anda. Juga supaya anak-anak anda memahami tanggung jawab mereka terhadap anda sebagai ibu bapa*****-------- DAPATKAN SEGERA....NOTA GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM SPM....buku rujukan/nota Pendidikan Islam SPM yang sangat sesuai untuk calon-calon SPM*****Dapatkan juga MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 4 dan MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 5, buku kerja yang akan menjadikan PDPC anda lebih mudah, berkesan dan menarik......SELAMAT HARI RAYA IDIL FITRI 2017, MAAF ZAHIR DAN BATIN^^^^^^SEMUA GURU PEND ISLAM/B ARAB DIPELAWA MENYERTAI GROUP FACEBOOK DISKUSI GURU PENDIDIKAN ISLAM.....Hubungi saya di umat66@gmail.com.BLOG INI LEBIH SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX...MUNGKIN PAPARANNYA BERBEZA JIKA MENGGUNAKAN INTERNET EXPLORER

PELAJARAN 20: KERAJAAN KHULAFA AR-RASYIDIN

Friday, July 8, 2011


Maksud Khulafa Ar-Rasyidin
Khalifah
Orang yang memegang jawatan ketua negara Islam
Khulafa
ar-Rasyidin
Gelaran kepada 4 orang sahabat yang memegang jawatan ketua negara Islam selepas kewafatan Rasulullah.



1
KHALIFAH ABU BAKAR AS-SIDDIQ
(11-13H/632-634M)

Pengenalan ringkas
1. Nama sebenar ialah Abu Qahafah bin Abi Qahafah
2. Dua tahun lebih muda daripada Rasulullah
3. Berketurunan Bani Tamim
4. Orang pertama memeluk Islam
5. Digelar as-Siddiq kerana mengakui kebenaran Rasulullah dalam peristiwa Isra dan Mikraj
6. Teman Rasul semasa Hijrah
7. Khalifah ar-Rasyidin yang pertama
8. Mertua Rasulullah
9. Wafat pada 23 Jamadil Akhir tahun 13 Hijrah


Perlantikan Abu Bakar Sebagai Khalifah
1. Rasulullah tidak menetapkan pengganti baginda selepas kewafatannya
2. Setelah Rasulullah wafat, orang Ansar berkumpul di Saqifah Bani Saidah untuk melantik pemimpin mereka
3. Mereka mencadangkan Saad bin Abi Ubadah daripada suku Khazraj sebagai khalifah
4. Setelah mengetahui berita tersebut beberapa orang Muhajirin termasuk Abu Bakar as-Siddiq dan Umar b al-Khattab datang ke tempat tersebut
5. Setelah beberapa perbincangan tentang perlantikan khalifah, kedua-dua pihak daripada Ansar dan Muhajirin memberikan ucapan masing-masing.
6. Kemudian Abu Bakar memberikan ucapan dan mencadangkan Umar al-Khattab dan Abu Ubaidah untuk dipilih sebagai Khalifah
7. Kedua-duanya membantah lantas Umar terus memberi baiah kepada Abu Bakar sebagai khalifah
8. Perbuatan itu diikuti oleh umat Islam yang lain
9. Akhirnya mereka bersetuju melantik Abu Bakar as-Siddiq sebagai khalifah Kerajaan Islam Madinah

Polisi pentadbiran Khalifah Abu Bakar
1. Memerangi golongan murtad iaitu golongan yang terpengaruh dengan nabi palsu
2. Memerangi golongan yang enggan membayar zakar
3. Menggerakkan semula tentera Usamah bin Zaid untuk memerangi penduduk Ghassan
4. Melantik khalifah selepas beliau dengan tujuan mengelak perselisihan untuk melantik khalifah selepasnya

Kesan tindakan Abu Bakar memerangi golongan murtad
1. Dapat meninggikan syiar Islam
2. Mengelak umat Islam daripada ditipu oleh golongan tersebut
3. Dapat menjaga kesucian agama Islam
4. Mengekalkan kedaulatan kerajaan Islam
5. Mengekalkan kemananan negara
6. Memastikan kepercayaan Nabi Muhammad s.a.w. adalah nabi yang terakhir
Sumbangan dan jasa Khalifah Abu Bakar
1. Mendaulatkan kerajaan Islam daripada ancaman golongan murtad, nabi palsu dan golongan yang enggan membayar zakat
2. Membebaskan negeri-negeri di bawah pengaruh Rom dan Parsi
3. Mengumpul tulisan-tulisan al-Quran

2
KHALIFAH UMAR BIN AL-KHATTAB
(13-23H/634-644M)
Pengenalan ringkas
a. Nama beliau ialah Umar bin al-Khattab bin Naufal
b. Berketurunan Bani Adi
c. Dilahirkan 13 tahun selepas kelahiran Rasul
d. Digelar al-Faruq yang bermaksud orang yang dapat membezakan antara kebenaran dan kebatilan
e. Memeluk Islam pada tahun ke enam kerasulan Nabi Muhammad
f. Khalifah ar-Rasyidin yang kedua
g. Terkenal dengan keberanian, tegas dan berterus terang. Buktinya beliau berhijrah secara terang
h. Wafat pada akhir Zulhijjah tahun 23 Hijrah




Perlantikan Khalifah Umar bin al-Khattab
1. Setelah jatuh sakit dan merasa ajalnya hampir tiba, Khalifah Abu Bakar as-Siddiq mencadangkan Umar b al-Khattab sebagai Khalifah
2. Beliau meminta pandangan beberapa orang sahabat dan mereka semuanya telah bersetuju
3. Usman b Affan diminta untuk menulis wasiat tersebut
4. Kemudian beliau mengumumkan wasiat tersebut kepada orang ramai dan bertanya tentang persetujuan mereka
5. Orang ramai telah menyatakan persetujuan mereka
6. Setelah kematian Abu Bakar, Umar dilantik sebagai khalifah

Polisi Khalifah Umar bin al-Khattab
1. Menyusun semula pentadbiran tanah yang dikuasai tentera Islam. Iaitu tidak membahagikan tanah yang dikuasai tentera Islam dalam peperangan sebagai Ghanimah sebaliknya ia dijadikan harta negara
2. Tidak membenarkan sahabat keluar atau meninggalkan kota Madinah tanpa keizinan

Sumbangan dan jasa Khalifah Umar bin al-Khattab
1. Menyusun pentadbiran Majlis Syura
2. Menubuhkan beberapa jabatan bagi melicinkan pentadbiran negara seperti Dewan al-Jundu dan Dewan al-Kharaj
3. Menyusun undang-undang tanah negara
4. Mengisytiharkan kelendar mengikut tahun Hijrah
5. Menubuhkan pasukan polis dan tentera laut



3
KHALIFAH USMAN BIN AFFAN
(35-40H/656-661M)
Pengenalan ringkas
1. Dilahirkan lima tahun selepas kelahiran Rasul
2. Keturunan Bani Umayyah
3. Terkenal dengan peribadi lemah lembut dan hartawan
4. Digelar Zul Nurain kerana mengahwini dua puteri Rasul
5. Khalifah ar-Rasyidin yang ke tiga
6. Wafat pada 18 Zulhijjah tahun 35 Hijrah, dibunuh oleh pemberontak ketika berusia 80 tahun
gambar hiasan

Perlantikan Khalifah Usman bin Affan
1. Ketika Khalifah Umar b al-Khattab dirawat kerana ditikam oleh Abu Lu’lu’ beberapa orang sahabat menemui beliau dan mencadangkan supaya beliau melantik penggantinya.
2. Mulanya beliau enggan berbuat demikian
3. Setelah didesak akhirnya beliau mencalonkan 6 orang sahabat iaitu:
a. Usman bin Affan
b. Ali bin Abi Talib
c. Talhah bin Ubaidah
d. Az-Zubir bin Al-Awwam
e. Saad bin Abi Waqas
f. Abdul Rahman bin Auf
4. Beliau melantik anaknya Abdullah sebagai saksi
5. Setelah Umar wafat mesyuarat memilih khalifah dijalankan
6. Talhah, az-Zubir dan Saad menarik diri
7. Abdul Rahman juga menarik diri dan menjadi pemegang amanah perlantikan itu
8. Abdul rahman telah menemui sahabat terkemuka dan orang ramai termasuk kaum wanita untuk menanya siapa yang paling layak menjadi khalifah
9. Beliau juga telah bertanya kepada Usman dan Ali tentang kesediaan mereka menjadi khalifah
10. Berdasarkan maklumbalas tersebut akhirnya Abdul Rahman mengisytiharkan Usman b Affan sebagai khalifah menggantikan khalifah Umar bin al-Khattab

Polisi Khalifah Usman bin Affan
1. Memberi peluang terbuka kepada sesiapa yang ingin berjihad menyebar dan meluaskan pengaruh Islam
2. Sahabat tidak lagi dilarang meninggalkan Madinah
3. Melonggarkan syarat penggunaan harta Baitul Mal
4. Menetapkan bahawa al-Quran dibaca hanya menggunakan lahjah Quraisy
5. Ramai Gabenor yang dilantik dari kalangan Bani Umayyah

Sumbangan dan jasa Khalifah Usman bin Affan
1. Menyumbang harta dan kekayaan untuk pertahanan negara
2. Mengumpul dan membukukan al-Quran dalam satu naskhah
3. Membesarkan angkatan tentera darat dan laut



4
KHALIFAH ALI BIN ABI TALIB
Pengenalan ringkas
1. Nama penuhnya Ali bin Abi Talib bin Abdul Mutalib bin Hasyim
2. Sepupu Rasulullah
3. Dilahirkan pada tahun ke sepuluh sebelum kerasulan Nabi Muhammad s.a.w
4. Kanak-kanak pertama memeluk Islam (umur 10 tahun)
5. Didoakan dengan lafaz “Karramallahu Wajhah” yang bermaksud orang yang dimuliakan wajahnya kerana tidak pernah menyembah berhala
6. Terkenal dengan sifat berani, tegas dan menguasai ilmu pengetahuan
7. Khalifah ar-Rasiyidin yang ke empat
8. Meninggal pada 40 hijrah

Perlantikan Khalifah Ali bin Abi Talib
1. Selepas pembunuhan Usman negara berada dalam keadaan kurang stabil
2. Pemberontak meminta Ali mengambil alih jawatan khalifah
3. Mulanya Ali enggan menerima
4. Apabila melihat keadaan yang semakin genting akhirnya Ali bersetuju menjadi khalifah menggantikan khalifah Usman
5. Beberapa puak dari kalangan keluarga Umayyah termasuk Muawiyah bin Abi Sufian, Gabnor Syam tidak bersetuju dengan perlantikan ini.

Polisi Khalifah Ali bin Abi Talib
1. Menukar pegawai-pegawai yang berketurunan Bani Umayyah yang dilantik di zaman Usman dengan pegawai-pegawai baru
2. Meneruskan Majlis Tahkim walaupun mendapat tentangan dari golongan Khawarij

Sumbangan dan jasa Khalifah Ali bin Abi Talib
1. Menerima jawatan khalifah ketika negara dalam keadaan tidak tenteram

DASAR PENTADBIRAN KHULAFA AR-RASYIDIN
1. Undang-undang dan perlembagaan negara berdasarkan al-Quran dan al-Hadis
2. Khalifah mempunyai kuasa membuat keputusan berdasarkan pandangan ahli Majlis Syura dan Ijtihad
3. Pemimpin bertanggungjawab menegakkan kebenaran
4. Khalifah merupakan ketua negara
5. Khalifah tidak mendapat hak istimewa mengatasi undang-undang
6. Gabenor dan pegawai dilantik berdasarkan kecekapan dan kewibawaan
7. Pemimpin dan rakyat sama-sama bertanggungjawab membangun dan memajukan negara
8. Rakyat wajib mentaati pemerintah yang taat kepada syariat Allah
9. Rakyat boleh memberi pandangan dan teguran kepada pemimpin mengikut saluran-saluran tertentu

PEMBAHARUAN DALAM SISTEM PENTADBIRAN DI ZAMAN KHULAFA AR-RASYIDIN
1. Menubuhkan Majlis Syura
a. Majlis Syura Khas ditubuhkan di zaman Umar b al-Khattab
b. Fungsinya menentukan perlantikan khalifah
c. Ahlinya terdiri daripada para sahabat
d. Ahli Majlis Syura digelar Ahlu al-Halli Wal Akdi (pandai menghurai dan membuat keputusan)
2. Pentadbiran Wilayah
a. Berikutan pembukaan wilayah baru beberapa jawatan baru telah diwujudkan untuk memantapkan pentadbiran negara;
Gabenor (wali) – wakil khalifah di wilayah yang baru dibuka
Ketua Setiausaha (Rais al-Kuttab)
Setiausaha (Sahibul Katib)
Pegawai Pemungut Cukai (Sahibul Kharaj)
Pegawai Polis (Sahibul Ahdas)
Pengurus Perbendaharaan Negara (Sahibu Baitul Mal)
Pengurus Perbendaharaan Negara (Sahibu Baitul Mal)
Ketua Hakim (Qadhi al-Qudha’)
b. Sebelum dihantar pegawai yang dilantik diberikan surat perintah daripada khalifah yang mengandungi tugas-tugas dan kuasa mereka dan harta mereka diperiksa terlebih dahulu untuk mencegah penyalahgunaan kuasa
c. Setiap musim haji haji pegawai kerajaan diminta hadir ke Mekah untuk memberi laporan.
d. Rakyat diberi hak untuk menyuarakan aduan terhadap pegawai kerajaan
e. Penubuhan Jabatan yang dikenali sebagai “ad-Diwan”
· Diwan al-Jundu (Jabatan Ketenteraan)
· Mengendalikan urusan berhubung ketenteraan seperti latihan, data, gaji dan kebajikan tentera
· Diwan al-Kharaj (Jabatan Hasil)
· Memungut hasil negara

KEMAJUAN SOSIAL DI ZAMAN KHULAFA AR-RASYIDIN
1. Penduduk
Terdiri dari pelbagai masyarakat;
a. Masyarakat Islam di Semenanjung Tanah Arab yang memeluk Islam sejak zaman Rasul
b. Masyarakat Islam yang berada di luar Tanah Arab seperti di Syam, Iraq dan Mesir
c. Golongan bukan Islam yang mendapat perlindungan yang dikenali kafir zimmi
Semua hidup dalam keadaan harmoni dan diberi hak dan kebebasan. Orang bukan Islam dibenarkan menganut agama masing-masing
2. Penyebaran Pendidikan
· Institusi Pendidikan;
a. Masjid
b. Kuttab – tempat belajar di sekitar masjid untuk golongan kanak-kanak belajar membaca, menulis, mengira dan menghafaz
· Guru dilantik dari kalangan mereka yang berkeupayaan
· Setiap anggota masyarakat bertanggungjawab memberi Pendidikan kanak-kanak di tempat mereka
3. Kebajikan
· Khalifah Umar telah memansuhkan cukai Jizyah kepada orang tua berbangsa Yahudi kerana kemiskinan
· Beliau juga melantik pegawai khas bagi menyiasat ketua-ketua wilayah supaya sentiasa tidak membebankan rakyat
4. Keadilan
· Khalifah Umar tidak memilih pangkat dan kedudukan dalam menguatkuasakan undang-undang
· Beliau pernah menarik balik tanah milik sahabat berdasarkan Kanun Tanah Negara
· Beliau juga pernah memansuhkan cukai Jizyah seorang Yahudi tua yang miskin
5. Mengadakan Kemudahan Awam
· Khalifah Umar telah mengadakan Baitul Mal untuk menyimpan harta kerajaan
· Beberapa Bandar baru dibangunkan seperti Kufah, Qusytat dan Mosul
· Pembinaan tali air dan empangan bagi kemudahan pertanian

KEMAJUAN EKONOMI DI ZAMAN KHULAFA AR-RASYIDIN
1. Negara mempunyai banyak kawasan pertanian yang subur
2. Pertambahan harta negara hasil kutipan zakat, Jizyah, ghanimah, Fai, Usyur dan sebagainya
3. Pengurursan Baitul Mal dikemaskini
4. Jabatan khusus berkenaan dengan hasil negara iaitu Diwan al-Kharaj ditubuhkan
5. Undang-undang Tanah Negara diperkenal bagi memastikan tiada tanah yang terbiar

PERLUASAN KAWASAN
1. Di masa Abu Bakar pengaruh Islam tersebar di kalangan kabilah arab sekitar Makah dan Madinah
2. Panglima Khalid b al-Walid membebaskan Iraq
3. Gabungan Panglima Abu Ubaidah b al-Jarrah, Yazid b Abi Sufian, Surahbil b Hasanah dan Khalid b al-Walid berjaya menawan Syria dan Palestin
4. Di zaman Umar, negeri-negeri wilayah Iraq, Baitul Maqdis dan Mesir dibebaskan
5. Di zaman Usman, wilayah Islam berkembang ke Afrika seperti Libya, ke timur seperti Turkistan dan beberapa kawasan di India.
6. Tentera laut pimpinan Muawiyah berjaya menawan Pulau Cyprus
7. Di zaman Ali perluasan kuasa terhenti kerana keadaan dalam negara yang kurang aman

KESAN POSITIF DARIPADA KEPIMPINAN KHULAFA AR-RASYIDIN
Corak kepimpinan
mendaulatkan syariat Islam
Sifat pemimpin
berakhlak dan berwawasan memajukan negara
Pertahanan
memastikan negara bebas daripada serangan luar
Ekonomi
Dasar ekonomi negara digubal secara adil bagi mewujudkan kestabilan
Sosial
· Ilmu pengetahuan diberi keutamaan
· Rakyat diberi layanan sama rata
· Kebajikan rakyat diberi keutamaan terutama golongan fakir dan miskin

AKIBAT MEMBELAKANGKAN KEPIMPINAN KHULAFA AR-RASYIDIN
1. Negara selepas Khulafa ar-Rasyidin dipimpin oleh khalifah secara warisan
2. Keadaan negara kacau bilau dan terdedah kepada fitnah dan peperangan sesama sendiri
3. Orang munafik mendapat peluang memecahbelahkan umat Islam
4. Timbulnya perpecahan aliran pemikiran seperti Ahli Sunnah dan Syiah yang memberi kesan sehingga ke hari ini

34 comments:

azam azamuddin said...

terima kasih..

Unknown said...

Thank you~

Amirah ♡ said...

thank u so much

Unknown said...

Thank you.

Anonymous said...

mekasihh :)

Anonymous said...

terima kasih. mintak halal ye.��

Anonymous said...

hyee

Anonymous said...

Trimas

Anonymous said...

Huhuhu

Anonymous said...

ada typo dekat bahagian polisi pentadbiran khalifah abu bakar tu,mohon perbetulkan ya hehe , tengs❤

Reyzal Shah said...
This comment has been removed by the author.
Reyzal Shah said...

Tq buat ni...perbentangan tadi berjalan lancar disebabkan nota Ni....Sekali Lagi TQ

Anonymous said...

thank you, this was helpful ��

Anonymous said...

terima kasih...:)

Unknown said...

Terima kasih..

Atiqah said...

It’s such a great blog✨This is really helpfull for my study

Jdopes said...

Terima kasih, sangat membantu untuk exam saya esok.

Ariana said...

Terima kasih

Ariana said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Be nice to me...mudah untuk difahami..

Unknown said...

Tq for this because its very use full for my exams..

Unknown said...

Thank you so much!! It well help me to during exam tomorrow !! Pray me😗🙂

Unknown said...

Thanks amat bermanfaat, mudah. Dan senang nak faham.

Unknown said...

Ok terima kasih

Unknown said...

halal kan ilmu yang telah saya perolehi

Unknown said...

Terima kasih..halalkan eh

Unknown said...

Thanks for this.

Nisriann said...

Why xmasukkan mksd cukai jizyah
Ghanimah semua tu istilah tu pnting
Sy dh pening2 lalat hahah btw thnk you

Unknown said...

nama sebenar khalifah abu bakar is abdullah bin abi quhafah.

Unknown said...

Ustaz sye bukak tau link ni-insyirah

Unknown said...

I love you thank

ME CALL YOU said...

WOW THANK YOU IA SANGAT BERGUNA

Unknown said...

Terima kasih !!!

Anonymous said...

Ada polisi khaifah bin abdul talib

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 
 

Segala kandungan dalam blog ini adalah pendapat penulis. Jika ada yang salah, penulis pohon jutaan maaf, sentiasalah merujuk dan berpegang dengan pendapat yang lebih teguh dalilnya. Blog ini hanyalah sekadar perkongsian sesama insan daripada penulis yang lemah dan masih jahil