PENGUMUMAN : DAPATKAN SEGERA.......buku NASIHAT KEPADA ANAK BERKENAAN IBU BAPA.......buku yang memperincikan tanggung jawab anak terhadap ibu bapa. Miliki segera untuk mendalami lagi tanggung jawab anda kepada ibu bapa anda. Juga supaya anak-anak anda memahami tanggung jawab mereka terhadap anda sebagai ibu bapa*****-------- DAPATKAN SEGERA....NOTA GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM SPM....buku rujukan/nota Pendidikan Islam SPM yang sangat sesuai untuk calon-calon SPM*****Dapatkan juga MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 4 dan MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 5, buku kerja yang akan menjadikan PDPC anda lebih mudah, berkesan dan menarik......SELAMAT HARI RAYA IDIL FITRI 2017, MAAF ZAHIR DAN BATIN^^^^^^SEMUA GURU PEND ISLAM/B ARAB DIPELAWA MENYERTAI GROUP FACEBOOK DISKUSI GURU PENDIDIKAN ISLAM.....Hubungi saya di umat66@gmail.com.BLOG INI LEBIH SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX...MUNGKIN PAPARANNYA BERBEZA JIKA MENGGUNAKAN INTERNET EXPLORER

PELAJARAN 13: LAMBAIAN KAABAH (Unit 3)

Friday, July 8, 2011


UNIT 3
WAJIB HAJI DAN UMRAH





1. Niat Ihram di Miqat
Miqat ialah sempadan tempat atau masa untuk berniat Haji atau Umrah
Bahagian Miqat
Miqat Zamani
Sempadan masa untuk niat Haji, bermula dari bulan Syawal sehingga sebelum terbit fajar 10 Zulhijjah
Miqat Makani
Sempadan tempat untuk berniat
Zatu Irqin
Yalamlam
Juhfah
Qarnul Manazil – Jemaah Malaysia yang turun di Jeddah
Zul Hulaifah – Jemaah Malaysia yang turun di Madinah



2. Bermalam di Muzdalifah
Selepas separuh malam 10 Zulhijjah hingga sebelum terbit fajar



3. Melontar Jamrah Aqabah
Selepas tengah malam 10 Zulhijjah – terbenam matahari 13
Zulhijjah. Waktu paling afdal ialah pagi 10 Zulhijjah




4. Bermalam di Mina
Pada hari tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah




5. Melontar ketiga-tiga Jamrah
( Jamrah Ula, Jamrah Wustha dan Jamrah Aqabah. )
Masa – selepas gelincir matahari hari tasyrik hingga terbit fajar. Kecuali hari 13 hingga terbenam matahari




6. Meninggalkan perkara yang di larang semasa ihram
a. Memakai pakaian yang berjahit bagi lelaki
b. Memakai wangi-wangian
c. Memotong kuku
d. Memotong rambut atau menghilangkan mana-mana bulu di anggota badan
e. Menutup kepala bagi lelaki
f. Menutup muka dan tapak tangan bagi wanita
g. Memakai minyak rambut di kepala atau janggut
h. Mencabut atau memotong tumbuh-tumbuhan di Tanah Haram
i. Berburu binatang buruan darat
j. Bernikah atau menikahkan
k. Melakukan perkara-perkara yang merupakan permulaan persetubuhan seperti bercium
l. Bersetubuh

Hikmah di adakan larangan Ihram
1. Menunjukkan manusia adalah sama di sisi Allah
2. Supaya menumpukan perhatian ketika beribadat
3. Memberi latihan kepada jemaah supaya menghargai makhluk lain
4. Menguji keimanan dan kesabaran
5. Melatih umat Islam supaya lebih berdisiplin
6. Melatih manusia mengingati Allah

Sunat-sunat Haji
1. Mandi ketika hendak niat ihram
2. Solat sunat dua rakaat sebelum niat ihram
3. Memakai pakaian Ihram warna putih
4. Memotong kuku
5. Memperbanyakkan ucapan talbiah semasa ihram
6. Mandi ketika hendak masuk ke kota Mekah
7. Mandi ketika hendak wukuf
8. Membanyakkan tahmid, zikir dan doa
9. Solat sunat dua rakaat selepas tawaf
10. Berturut-turut 7 pusingan tawaf
11. Bermalam di Mina pada hari ke 9 Zulhijjah
12. Melewatkan tempoh berada di Arafah hingga terbenam matahari hari wukuf
13. Keluar ke tempat saei melalui pintu Safa
14. Menaiki bukit Safa dan Marwah hingga sampai ke batu-batu bukit

Perkara yang membatalkan Haji
1. Tertinggal salah satu rukun Haji
2. Melakukan persetubuhan atau akad nikah sebelum Tahallul Pertama (Tahallul awal)

Tahallul
Keluar dari ihram Haji atau Umrah

Bahagian Tahallul
1. Tahallul Awal
Setelah jemaah Haji selesai melakukan dua dari tiga perkara berikut;
· Melontar Jamrah Aqabah pada 10 Zulhijjah
· Bercukur
· Tawaf
Setelah melakukan Tahallul Awal jemaah Haji dibenarkan melakukan perkara-perkara yang dilarang semasa Haji kecuali perkara j, k dan l di dalam senarai perkara yang di larang semasa ihram

2. Tahallul Thani
Setelah jemaah Haji atau Umrah selesai melakukan ketiga-tiga perkara di atas


3 comments:

Tq,nota yg bermanfaat👍

Anonymous said...

fuuuu

Anonymous said...

nice

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 
 

Segala kandungan dalam blog ini adalah pendapat penulis. Jika ada yang salah, penulis pohon jutaan maaf, sentiasalah merujuk dan berpegang dengan pendapat yang lebih teguh dalilnya. Blog ini hanyalah sekadar perkongsian sesama insan daripada penulis yang lemah dan masih jahil