PENGUMUMAN : DAPATKAN SEGERA.......buku NASIHAT KEPADA ANAK BERKENAAN IBU BAPA.......buku yang memperincikan tanggung jawab anak terhadap ibu bapa. Miliki segera untuk mendalami lagi tanggung jawab anda kepada ibu bapa anda. Juga supaya anak-anak anda memahami tanggung jawab mereka terhadap anda sebagai ibu bapa*****-------- DAPATKAN SEGERA....NOTA GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM SPM....buku rujukan/nota Pendidikan Islam SPM yang sangat sesuai untuk calon-calon SPM*****Dapatkan juga MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 4 dan MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 5, buku kerja yang akan menjadikan PDPC anda lebih mudah, berkesan dan menarik......SELAMAT HARI RAYA IDIL FITRI 2017, MAAF ZAHIR DAN BATIN^^^^^^SEMUA GURU PEND ISLAM/B ARAB DIPELAWA MENYERTAI GROUP FACEBOOK DISKUSI GURU PENDIDIKAN ISLAM.....Hubungi saya di umat66@gmail.com.BLOG INI LEBIH SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX...MUNGKIN PAPARANNYA BERBEZA JIKA MENGGUNAKAN INTERNET EXPLORER

PELAJARAN 11: DOSA-DOSA BESAR YANG MEMBAWA KEMURKAAN ALLAH (Unit 2: Dosa-Dosa Besar Yang Membawa Kehancuran)

Wednesday, July 6, 2011


UNIT 2
DOSA-DOSA BESAR YANG MEMBAWA KEHANCURAN

MINUM ARAK DAN MENAGIH DADAH

Pengertian
Arak
Minuman yang memabukkan
Dadah
Bahan yang menghayalkan dan menghilangkan daya fikir

Hukuman minum arak
40 kali sebat


Hikmah pengharaman arak dan dadah
1. Menjaga kewarasan akal
2. Mengelakkan perkelahian
3. Mengekalkan kesihatan fizikal dan mental
4. Mengelakkan penyakit merbahaya seperti aids
5. Menjamin keharmonian keluarga dan masyarakat
6. Menyediakan tenaga kerja berkualiti bagi membangun negara
7. Membendung jenayah seperti mencuri, merompak dan zina

Langkah mencegah minum arak dan penagihan dadah
1. Mengadakan kempen dan penerangan tentang bahaya kedua-duanya
2. Mengamalkan cara hidup sihat
3. Masyarakat perihatin terhadap ahli keluarga dan masyarakat setempat
4. Meningkatkan kegiatan dakwah
5. Meningkatkan pemantauan di tempat-tempat yang menjadi sarang kegiatan tersebut

Akibat arak dan dadah terhadap individu
1. Membazir harta, masa dan tenaga
2. Menjatuhkan maruah diri dan keluarga
3. Lalai daripada mengingati dan menunaikan perintah Allah
4. Mengabaikan tanggungjawab terhadap diri, keluarga dan negara
5. Terdedah kepada kegiatan jenayah seperti pergaduhan, mencuri dan membunuh


Akibat terhadap masyarakat dan negara
1. Menjadi mundur kerana anggotanya tidak berdaya maju
2. Dipandang hina kerana ahlinya berakhlak buruk
3. Tidak tenteram kerana berlaku permusuhan dan perkelahian
4. Banyak wang negara dihabiskan bagi menyediakan pusat pemulihan
5. Hilang tenaga kerja yang boleh membangunkan masyarakat dan negara
6. Mendedahkan negara kepada penjajahan dan penindasan kuasa asing

ZINA

Pengertian
Persetubuhan haram antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan nikah yang sah



Hukuman terhadap penzina
Jenis penzina
Maksud
Hukuman
Muhsan
Penzina yang telah berkahwin
Direjam dengan batu sehingga mati
Bukan Muhsan
Penzina yang belum berkahwin
Disebat 100 kali sebatan

rejam: gambar hiasan

Faktor berlakunya zina
1. Kurang pendidikan Islam
2. Lemah iman dan penghayatan Islam
3. Terpedaya dengan kemewahan dan keseronokan
4. Mengunjungi tempat-tempat maksiat
5. Membaca dan menonton bahan lucah
6. Mengamalkan pergaulan bebas

Akibat perbuatan zina
1. Merendahkan maruah diri dan keluarga
2. Mendapat kemurkaan Allah dan mengundang bala
3. Meruntuhkan institusi keluarga
4. Melahirkan generasi yang tidak jelas nasabnya
5. Merebak penyakit merbahaya seperti aids
6. Masyarakat akan kucar kacir dan bermusuhan
7. Berlaku pelbagai jenayah seperti pembunuhan bayi


QAZAF (MENUDUH ZINA)

Pengertian
Menuduh seseorang yang baik melakukan zina tanpa 4 orang saksi lelaki yang adil / menuduh seseorang berzina tanpa saksi



Hukuman qazaf
80 kali sebatan
Seseorang yang melakukan qazaf boleh dikenakan hukuman berdasarkan syarat;
1. Berakal
2. Baligh
3. Atas kemahuan sendiri
4. Mengetahui haram qazaf
5. Bukan bapa atau datuk kepada orang yang dituduh








Keburukan qazaf
1. Menjatuhkan maruah orang yang dituduh
2. Menghancurkan masa depan orang yang dituduh
3. Orang yang dituduh akan tertekan
4. Berlaku permusuhan antara yang menuduh dan yang dituduh
5. Memutuskan silaturrahim


LIWAT DAN MUSAHAQAH

Pengertian
Liwat
Hubungan jenis lelaki dengan lelaki
Musahaqah
Hubungan jenis perempuan dengan perempuan

Faktor liwat dan musahaqah
1. Terpengaruh dengan budaya luar
2. Tidak sanggup memikul tanggungjawab suami atau isteri
3. Membaca dan melihat bahan-bahan lucah
4. Tiada undang-undang yang tegas menyekatnya
5. Kelemahan pelaksanaan undang-undang

Akibat liwat dan musahaqah
1. Meruntuhkan institusi perkahwinan
2. Menghidapi pelbagai penyakit fizikal dan mental
3. Mendapat balasan azab di dunia dan di akhirat
4. Dipandang hina oleh bangsa dan agama lain
5. Suasana masyarakat tidak tenteram


MEMBUNUH DIRI

Pengertian

Melakukan perbuatan yang boleh memisahkan roh dari jasad sendiri



Punca perbuatan membunuh diri
1. Putus asa dengan rahmat Allah
2. Tidak menyakini kehidupan hari akhirat
3. Menganggap dengan membunuh diri akan menamatkan penderitaan
4. Tidak sanggup menghadapi kegagalan atau penderitaan


Cara mengatasi
1. Hendaklah yakin dengan rahmat Allah
2. Berusaha memajukan diri mengikut lunas-lunas yang betul
3. Mengatur strategi hidup berpandukan al-Quran, as-Sunnah dan akal yang waras
4. Mengingati bahawa dunia ini adalah tempat sementara dan yang kekal adalah kehidupan akhirat

1 comments:

Anonymous said...

PADU!!!!!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 
 

Segala kandungan dalam blog ini adalah pendapat penulis. Jika ada yang salah, penulis pohon jutaan maaf, sentiasalah merujuk dan berpegang dengan pendapat yang lebih teguh dalilnya. Blog ini hanyalah sekadar perkongsian sesama insan daripada penulis yang lemah dan masih jahil