PENGUMUMAN : DAPATKAN SEGERA.......buku NASIHAT KEPADA ANAK BERKENAAN IBU BAPA.......buku yang memperincikan tanggung jawab anak terhadap ibu bapa. Miliki segera untuk mendalami lagi tanggung jawab anda kepada ibu bapa anda. Juga supaya anak-anak anda memahami tanggung jawab mereka terhadap anda sebagai ibu bapa*****-------- DAPATKAN SEGERA....NOTA GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM SPM....buku rujukan/nota Pendidikan Islam SPM yang sangat sesuai untuk calon-calon SPM*****Dapatkan juga MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 4 dan MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 5, buku kerja yang akan menjadikan PDPC anda lebih mudah, berkesan dan menarik......SELAMAT HARI RAYA IDIL FITRI 2017, MAAF ZAHIR DAN BATIN^^^^^^SEMUA GURU PEND ISLAM/B ARAB DIPELAWA MENYERTAI GROUP FACEBOOK DISKUSI GURU PENDIDIKAN ISLAM.....Hubungi saya di umat66@gmail.com.BLOG INI LEBIH SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX...MUNGKIN PAPARANNYA BERBEZA JIKA MENGGUNAKAN INTERNET EXPLORER

Gurindam Tentang Hati

Saturday, June 18, 2011


Apabila orang hatinya rosak,
berfikir dia perkara yang tidak-tidak.

Apabila hatinya dipenuhi rasa cemburu,
di situ terjadi jiwa yang celaru.

Apabila hatinya memendam dendam,
di situ tidak dikenal lagi halal dan haram.

Hati adalah pusat segala ketentuan,
hati yang hitam singgahsana syaitan.

Hidupkan hati dengan zikirrullah,
supaya diri dikasihi Allah.

Buangkan dendam di dalam hati,
supaya segar tidaklah mati.

Lapangkan dada tenangkan jiwa,
barulah hati subur berbunga mulia.

Nukilan: Rahmat Salihon
17 Jun 2011 - Jumaat
2.30 Petang.

Hati rosak bahananya banyak
syaitan iblis datang melanyak

Hati kelam hidup suram
sinar bahagia sudah terpadam

Hati batu pejal kematu
ilmu terpasak hilang begitu

Hati bersih seputih salju
peribadi mulia syurga dituju

Hati hitam awan yang kelam
benda haram itu yang diidam

Hati suci sejernih air di kali
berbudi luhur pekerti tinggi

Hati tenang si burung merpati
memohon ampun pada Ilahi

Hati berani sekeras besi
membujur lalu melintang mati

Hatii gelora di tengah segara
berwarna-warni rasa di dada

Hati kacau si pipit berkicau
mengenang bangsa yang sedang kacau

Hati memberontak Si Jebat derhaka
jiwa terganggu susah nak teka

Hati pendendam sepahit jadam
bukan ini sifat diidam

Hati mulia seperti permata
bantu-membantu sesama kita

Hati risau bertambah kacau
melihat remaja merayau-rayau

Hati marah di ufuk merah
bangsa kita suka bertingkah

Hati cemburu tertunduk layu
cepat dipujuk merayu-rayu

Hati gembira pengubat lara
melampias rindu pada si dara

Hati gelisah berkeluh-kesah
bahasa ibunda diratah-ratah

Hati sengsara pengembara sepi
mengapa kita hilang jati diri?

Hati sedih pedih merintih
orang Melayu masih bertatih

Hati kecewa menggenggam bara
dihunjam derita si nelayan tua

Hati merana panahan arjuna
anak bangsa masih terlena.

Ilham rasa,
PAUZI MOHD ISA
SMJK Choong Hua, 35500 Bidor,Perak DR
17.6.2011 Jumaat
9.40 mlm

Hati itu barang ajaib
Tersimpan banyak perkara yang ghaib

Hati yang hidup itulah dikehendaki
Nasihat teguran akan dipatuhi

Hati yang mati tiada erti
Nasihat agama tidak diikuti

Hati yang berbolak sukar dijaga
Keputusan diambil tidak diduga

Hati yang tenteram terpancar di muka
Pemiliknya ceria bahagia dijangka

Hati yang diracuni bahaya sekali
Sahabat karib diputuskan tali

Hati yang keras mudah dikira
Pemiliknya gelisah berjiwa lara

Hati yang ada jaga sepenuh
Jikalau rosak berubat jenuh

Hati juga perlu makanan
Zikrullah itu ibarat penganan

Hasil fikir,

Abdul Talib Hamid
PPDKL
17 Jun 2011, Jumaat, jam 11.51 malam

Itulah hati umpama menteri,
dalam badan manusia, bersemadi.

Allah pencipta Maha Tahu,
dititipkan akal untuk mencari ilmu.

Ilmu dicari berlandaskan syariat,
supaya hambaNya tidak sesat.

Sesama umat ingat mengingat,
dijalan Allah memberi nasihat.

Pada seketul hati di dalam badan
di situ terletak segala ketentuan.

Lafaz dan niat Allah terima,
dari hati juga akan adanya.

Nukilan:
Rahmat Salihon
5.30 pagi
18 Jun 2011 - Sabtu.

1 comments:

rahmat said...

Sangat menarik susunan tuan,
dalam blog tuan aturkan.
Terima kasih kami ucapkan,
sudi membaca yang kami tuliskan.

Dalam hati rasa gembira,
tentang hati dikongsi bersama.
Semoga manfaatnya Allah jelma,
terang hati hidup di dunia.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 
 

Segala kandungan dalam blog ini adalah pendapat penulis. Jika ada yang salah, penulis pohon jutaan maaf, sentiasalah merujuk dan berpegang dengan pendapat yang lebih teguh dalilnya. Blog ini hanyalah sekadar perkongsian sesama insan daripada penulis yang lemah dan masih jahil