siapa kita, siapa diri kita.
Cukuplah dengan penampilan bersahaja,
kerja yang perlu beres sempurna.
Tidak perlu kita bersuara,
kehebatan kita pada dunia.
Cukuplah dengan bukti kerja,
hasil berkesan sedunia dapat manfaatnya.
Tidak perlu kita mendabik dada,
kita ini orang berkuasa.
Cukuplah dengan senyum mesra,
segala arahan dituruti semua.
Tidak perlu kita menabuh gendang,
kita ini orang cendiakawan terbilang.
Cukuplah dengan buah tangan terancang,
menjadi rujukan semua orang.
Tidak perlu kita bermain wayang,
kita ini kaya banyak wang.
Cukuplah dengan menjadi dermawan,
ikhlas hati disayangi Tuhan.
Nukilan:Rahmat Salihon
24 Jun 2011 - Jumaat
11.15 malam
0 comments:
Post a Comment