PENGUMUMAN : DAPATKAN SEGERA.......buku NASIHAT KEPADA ANAK BERKENAAN IBU BAPA.......buku yang memperincikan tanggung jawab anak terhadap ibu bapa. Miliki segera untuk mendalami lagi tanggung jawab anda kepada ibu bapa anda. Juga supaya anak-anak anda memahami tanggung jawab mereka terhadap anda sebagai ibu bapa*****-------- DAPATKAN SEGERA....NOTA GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM SPM....buku rujukan/nota Pendidikan Islam SPM yang sangat sesuai untuk calon-calon SPM*****Dapatkan juga MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 4 dan MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 5, buku kerja yang akan menjadikan PnP anda lebih mudah, berkesan dan menarik......SELAMAT TAHUN BARU 2017, SEMOGA HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM DAN ESOK LEBIH BAIK DARI HARI INI^^^^^^SEMUA GURU PEND ISLAM/B ARAB DIPELAWA MENYERTAI GROUP FACEBOOK DISKUSI GURU PENDIDIKAN ISLAM.....Hubungi saya di umat66@gmail.com.BLOG INI LEBIH SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX...MUNGKIN PAPARANNYA BERBEZA JIKA MENGGUNAKAN INTERNET EXPLORER

Motosikal kena curi lagi

Sunday, December 19, 2010

Baru-baru ni dua kejadian pukul sehingga mati berlaku. Ceritanya, mereka dipukul ketika sedang melarikan motosikal yang dicuri. Tak tahulah betul salah kisahnya. Cuma pokoknya, menjatuhkan hukuman sendiri adalah sesuatu yang salah dan tak wajar.

Perkara ni memang semua orang dah maklum rasanya. Tetapi kenapa berlaku juga. Kenapa ada yang hilang akal apabila berjaya menangkap pencuri. Bagi saya, inilah akibat tekanan yang terlalu kuat ditanggung oleh masyarakat. Akhir-akhir ini masyarakat sangat tertekan dengan kejadian curi. Ianya sangat menjadi-jadi, hampir menjadi kebiasaan.

Bela ayam, kena curi, bela lembu kambing, kena kebas. Asal berharga semua orang kebas. Pasal motosikal pula... cuba beli ex5 baru, tengok berapa hari akan kekal bersama anda. Peratus untuk kena curi tu terlalu besar. Dalam satu kampung, tak beranilah nak kata berapa motosikal yang dah hilang, tapi mesti ada motosikal yang dah hilang kena curi.

Satu kunci tak cukup, dua kunci pun tak cukup, tiga kunci pun dipotong juga. Bila malam, motosikal kena bawa masuk dalam rumah. Kalau tinggal di luar, esok pagi mungkin tinggal rantai. Kalau pergi ke bandar, nak 'shopping' pun kena cepat-cepat, nanti motosikal lesap. Kalau dah hilang tu, kirim salam jelah untuk dapat kembali. Tipis harapan. Begitulah keadaan hari ini. Fobia curi dialami oleh semua orang. Sampai terbawa-bawa ke tidur. Tak ada dah mimpi masa tidur, sebab semua tidur-tidur ayam je. Bunyi sikit je terus terjaga, bimbang pencuri.

Bagi yang berada tak apa. Hari ni hilang, esok terus beli baru. Tapi bagi orang kebanyakan, nak dapat sebuah motosikal terpaksa kumpul duit 2-3 tahun. Terpaksa berhutang sampai lima tahun. Terpaksa bermerah mata memerah keringat mencari duit. Motosikal tu pulak satu-satunya pengangkutan yang mereka ada. Pergi kerja naik motosikal, ke pasar motosikal, ke klinik naik motosikal. Semuanya naik motosikal. Itu saja yang mereka ada. Tiba-tiba motosikal tu hilang. Bayangkan betapa sakit hati, kecewa, tertekan dan marahnya mereka..itulah yang meletupnya...

Sebagai rakyat kampung, saya merayu kepada semua pihak untuk sama-sama mencari inisiatif, proaktif dan efektif bagi mengatasi masalah curi ni. Kasihanilah kami. Pihak berkuasa, gunakanlah kuasa yang ada dengan betul dan berkesan. Pembuat dasar, fikirkanlah sesuatu yang mampu mencegahnya. Ibu bapa, didiklah anak betul-betul. kalau semuanya berjalan betul, tentu sekali perbuatan pukul yang membelakangi undang-undang itu tak akan berlaku lagi, kejadian mencuri berkurangan dan rakyat marhaen terlepas dari tekanan kejadian curi..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 
 

Segala kandungan dalam blog ini adalah pendapat penulis. Jika ada yang salah, penulis pohon jutaan maaf, sentiasalah merujuk dan berpegang dengan pendapat yang lebih teguh dalilnya. Blog ini hanyalah sekadar perkongsian sesama insan daripada penulis yang lemah dan masih jahil