Musim banjir merupakan masa yang sangat menyeronokkan. Ia sentiasa di tunggu-tunggu ketika aku berusia lingkungan 12 tahun dulu. Maklumlah masa banjir banyak aktiviti menunggu. Aktiviti yang tak ada pada masa lain.
Taut ni sejenis alat menangkap ikan yang lebih kurang pancing, Diperbuat dari buluh dan panjang lebih kurang satu meter. Cara menahannya ialah dengan memasang umpan pada waktu petang dan melihatnya semula pada waktu pagi esok. Biasanya setiap orang memiliki di antara 30-50 'bentuk' (penjodoh bilangan bagi taut) taut.Umpan yang biasa digunakan pula ialah cacing gelang atau anak katak. Ikan yang selalu ditangkap menggunakan taut ialah haruan dan keli.
Pendek kata, mula saja hujan turun, aku dan kawanku pun mulalah membuat taut. Kemudian berebut-rebut untuk mendapatkan 'lapang' (tempat) yang baik. Lapang paling baik ialah di tepi sungai, tetapi ianya menakutkan kerana di dalam semak dan kebun getah, berbanding sawah yang terbuka dan terang. Petang, cari cacing, kemudian pergi pasang di taut. Maghrib baru siap dan pulang ke rumah. Esoknya, pagi-pagi lagi, sebelum matahari naik. kami akan sama-sama 'menjajat' (melihat) taut. Yang paling 'bestnya' bila 'time' air surut. Taut-taut kami akan berada di atas daratan dan ikan akan tergolek di atas tanah kerana air telah tiada di situ.
Tapi bagi orang dewasa mereka lebih gemar menangkap ikan menggunakan pukat atau jala. Pendek kata sepanjang musim banjir ramailah penduduk kampung yang keluar membawa pukat, jala atau taut. Setiap pagi, masing-masing membawa pulang hasil tangkapan masing-masing
0 comments:
Post a Comment