PENGUMUMAN : DAPATKAN SEGERA.......buku NASIHAT KEPADA ANAK BERKENAAN IBU BAPA.......buku yang memperincikan tanggung jawab anak terhadap ibu bapa. Miliki segera untuk mendalami lagi tanggung jawab anda kepada ibu bapa anda. Juga supaya anak-anak anda memahami tanggung jawab mereka terhadap anda sebagai ibu bapa*****-------- DAPATKAN SEGERA....NOTA GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM SPM....buku rujukan/nota Pendidikan Islam SPM yang sangat sesuai untuk calon-calon SPM*****Dapatkan juga MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 4 dan MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 5, buku kerja yang akan menjadikan PDPC anda lebih mudah, berkesan dan menarik......SELAMAT HARI RAYA IDIL FITRI 2017, MAAF ZAHIR DAN BATIN^^^^^^SEMUA GURU PEND ISLAM/B ARAB DIPELAWA MENYERTAI GROUP FACEBOOK DISKUSI GURU PENDIDIKAN ISLAM.....Hubungi saya di umat66@gmail.com.BLOG INI LEBIH SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX...MUNGKIN PAPARANNYA BERBEZA JIKA MENGGUNAKAN INTERNET EXPLORER

Maksud dan hukum solat teman untuk si mati

Sunday, October 3, 2010

Soalan
Semasa menziarahi satu kematian, satu terdengar orang bercakap tentang solat teman. Saya tertanya apa tu solat teman dan perlukah melakukannya?

Diskusi
Apabila seseorang itu mati dan dikebumikan, dia akan berseorangan di dalam kubur. Pastinya kubur adalah suatu tempat yang sangat asing bagi si mati terutamanya pada malam pertama. Kerana itu timbulnya solat teman, iaitu solat yang pahalanya diharapkan menjadi teman kepada si mati di dalam kubur. Ianya juga dikenali sebagai solat hadiah.

Sebenarnya tidak ada nas yang mensyariatkan solat tersebut. Bahkan disepakati oleh ulama bahawa amalan seseorang itu akan terputus setelah ia mati kecuali daripada tiga sumber iaitu doa anak yang soleh, sedekah jariah dan ilmu yang berguna. Sabda Nabi s.a.w, maksudnya:

"Apabila mati seseorang anak Adam, terputuslah amalan daripadanya kecuali tiga perkara: sedekah jariahnya atau ilmunya yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya"

Mungkin pendapat yang mengharuskan solat tersebut..bukannya bermaksud solat teman tetapi solat sunat mutlak, cuma pahalanya diniatkan untuk si mati atau solat tersebut diikuti selepasnya dengan doa untuk si mati. Niatnya niat solat sunat mutlak dan bacaannya seperti solat sunat yang lain sahaja. Tiada niat ataupun bacaan yang khusus.

wallahu a'lam


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 
 

Segala kandungan dalam blog ini adalah pendapat penulis. Jika ada yang salah, penulis pohon jutaan maaf, sentiasalah merujuk dan berpegang dengan pendapat yang lebih teguh dalilnya. Blog ini hanyalah sekadar perkongsian sesama insan daripada penulis yang lemah dan masih jahil