Soalan
salam ustaz... nok tanyo ni, apo hukum ngumpat dale hati?
Jawapan
Waalaikumus salam wbt..saudara peja adalah web designer dan rakan blogger saya.. temui beliau di http://www.sismel.com.my atau faizalsyukri.blogspot.com
Mengumpat dalam bahasa arab dipanggil ghibah, pengertiannya ialah menceritakan keburukan orang lain di belakangnya..samada keburukan rupa paras, badan, sifat, akhlak atau apa-apa sahaja yang tidak disukai oleh tuannya jika dia tahu. Hukumnya memang ulama dah sepakat haram dan termasuk dalam dosa besar.
Berkenaan dengan mengumpat di dalam hati pula, Imam al-Ghazali di dalam bukunya mauizatul mukminin min ihya' ulumuddin berkata: "sebagaimana haram anda mengucapkan perihal keburukan-keburukan orang dengan lidahmu, maka begitu jugalah dilarang anda mengucapkan keburukan-keburukannya di dalam hati ataupun menyangka buruk terhadapnya".
Imam al-Ghazali menyifatkan mengumpat di dalam hati sebagai sebahagian daripada buruk sangka dan hukumnya adalah haram.
Firman Allah dalam surah al-Hujurat, ayat 12, maksudnya:
"Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah sebahagian besar dari sangkaan-sangkaan, kerana setengah dari sangkaan itu adalah mengandungi dosa."
Jika umpatan atau buruk sangka itu hanya sekadar lintasan di hati, ianya dimaafkan. Tetapi hendaklah segera ditolak. Ingatlah dan yakinlah bahawa ianya adalah buruk sangka yang ditiupkan oleh syaitan di dalam jiwa manusia. Apatah lagi jika berita atau keburukan itu masih belum sah..janganlah sesekali kita menganggap berita itu benar..semua itu adalah dorongan syaitan..berita yang ragu-ragu tidak akan mengatasi berita yang sah.
wallahu a'lam
rujukan
Imam al-Ghazali, mauizatul mukminin min ihya' ulumuddin
22 ramadhan 1431H
Total Pageviews
4137587
Pandangan/Komen/Apa Saja
RENUNGAN HARI INI
Janganlah kita suka menangguhkan kerja. Kerja hari ini, kita buat hari ini. Jangan tunggu besok.
kata Ibnu Umar; "Apabila kamu berada pada waktu petang, janganlah menunggu pagi. Apabila kamu berada pada waktu pagi, janganlah menunggu waktu petang..."
kata Ibnu Umar; "Apabila kamu berada pada waktu petang, janganlah menunggu pagi. Apabila kamu berada pada waktu pagi, janganlah menunggu waktu petang..."
Rujukan
Hukum mengumpat dalam hati
Wednesday, September 1, 2010Posted by umat66 at 6:43:00 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
assalamualaikum ustaz, saya kadangkadang konpius le bila ada setengah pendapat kata memasukkan jari dalam telinga, hidung atau dubur batal puasa, ada kata tak batal kalau setakat jari je...macam mana ya ustaz?
...mat pening
w'salam mat..cuba baca post yg atas post ni. Harap2 saya dah jawab soalan mat tu. terima kasih
assalamualaikum.., mohon kebenaran ustaz utk mengambil post di atas utk diletakkn d fb sy,terima kasih.
biar saya jawabkan. kalau masuk jari dalam hidung n telinga tu x batal kalau tak sampai perut jari. masuk dalam dubur tu batal la kot.
Post a Comment