Pengertian Korban
Menyembelih binatang an’am yang dilakukan pada hari Raya Korban atau hari-hari tasyrik dengan tujuan beribadat kepada Allah
Hukum Korban adalah Sunat Muakkad bagi orang Islam yang mampu dan wajib bagi orang yang bernazar
Sunat-sunat korban
1. Membaca Bismillah atau bertakbir
2. Salawat ke atas Nabi Muhammad s a w
3. Menghadapkan binatang ke arah Kiblat
4. Memilih binatang yang gemuk
5. Menyembelih sendiri bagi lelaki
Waktu menyembelih
Selepas naik matahari pada hari Raya Korban sekira-kira cukup untuk solat dua rakaat dan khutbah sehingga terbenam matahari 13 Zulhijjah.
Masa afdal ialah pada hari Raya Korban sebelum gelincir matahari
Syarat sah Korban
1. Disembelih dalam waktu korban
2. Disembelih oleh orang Islam
3. Binatang sudah cukup umur
4. Binatang sihat dan tidak cacat
5. Binatang ternakan yang halal
Umur binatang yang dijadikan korban
Jenis binatang | Syarat cukup umur |
Biri-biri atau kibas | 1 tahun atau lebih atau telah berganti gigi |
Kambing | 2 tahun atau lebih |
Sapi, lembu, kerbau | 2 tahun atau lebih |
Unta | 5 tahun atau lebih |
Daging korban
1. Hendaklah di bahagi kepada orang Islam terutamanya fakir miskin. Sebaik-baik pembahagian seperti berikut
a. 1/3 daging sedekah kepada fakir miskin
b. 1/3 daging untuk orang ramai
c. 1/3 daging dimakan oleh orang yang berkorban
2. Sunat dibahagi dalam keadaan mentah
3. Haram diberi kepada orang kafir
4. Daging korban nazar haram dimakan oleh orang yang berkorban
Hikmah Korban
1. Mengingati pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail
2. Memberi peluang fakir miskin sama-sama menikmati daging korban
3. Menimbulkan rasa syukur atas nikmat Allah
4. Memupuk sifat ikhlas dan menambah ketakwaan
5. Memupuk semangat berkorban untuk meninggikan syiar Islam
6. Memupuk perasaan mahabbah dan silaturrahim
0 comments:
Post a Comment