Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Hari ni 12 Nov. Kertas Pendidikan Islam SPM pada 15 Nov 2016. Ada tiga hari sahaja lagi. Teruskan mengulangkaji pelajaran. Jangan lupa beri juga perhatian kepada soalan-soalan peperiksaan percubaan negeri dan tajuk-tajuk tudingan. Kat sini ustaz ambil peluang untuk memberikan sedikit peringatan, mudah-mudahan sedikit sebanyak dapat membantu anak-anak pelajar untuk menjawab semua soalan SPM Pend Islam dengan sesempurna mungkin
1. Perhatikan kata tugas (kata soal) soalan.
- "Jelaskan" - Jawab dalam bentuk ayat...sekurang-kurang 3 perkataan. Kertas 2 kurang-kurang nak 5 perkataan. Kalau masukkan huraian lagi selamat
- "Terangkan" - mesti ada huraian. Masukkan agar atau kerana di tengah ayat untuk menjadikan huraian lebih jelas
- Kena perhati betul-betul. Jangan ada yang tak perasan.
- Jawapan mesti ada 4 perkara (isi + huraian + huraian lengkap + kesimpulan)
- Pastikan jawapan anda menepati 4 perkara di atas
- Tulis dalam bentuk esei
- Perhatikan fokus soalan (bukan semua soalan ada fokus)
- Jawapan mesti menepati fokus
- Kecuali Bahagian Struktur Kertas 1, tak boleh lebih.
- Soalan pengajaran (Kertas 2) pun kena bagi lebih
- Walaupun soalan mudah kena lebihkan juga
- Ayatnya (Kita hendaklah ........isi........agar/kerana ........huraian..........
- Cari isi dalam keterangan ayat atau soalan sebelum (soalan i atau ii, pengajaran biasanya berada di nombor iii)
- Tulis rumi ke jawi...sepatutnya menyumbang markah kepada semua pelajar kerana tulis 1 perkataan sahaja dah dapat 1 markah
- Ada perkataan yang dah ada dalam soalan. Cari je kemudian tengok soalan versi jawi
- Biasanya tajwid dan hafazan
- kalau tak pasti jawapan, tulis semua A je, gerenti dapat 2 markah
- Faktor buat maksiat (lemah iman, pengaruh rakan, kurang didikan)
- Akibat maksiat (dibenci Allah, dibenci masyarakat, jiwa tidak tenang)
- Kelebihan melakukan kebaikan (dikasihi Allah, dikasihi masyarakat, jiwa tenang)
- Cara menghindari diri sendiri dari maksiat (belajar agama, bergaul dengan ulama)
- Cara menghindari orang lain dari maksiat (memberi nasihat, melapor)
- Peribadi tokoh (tekun, berani, kreatif)
- Sumbangan tokoh (menghasilkan karya)
0 comments:
Post a Comment