Assalamualaikum
Alhamdulillah. Ada masa lagi untuk ustaz menulis. Ustaz tak pasti sejauhmana manfaat penulisan ustaz ni. Ada yang baca ke? Atau tak ada yang baca? Harap-harap adalah yang baca dan usaha ustaz ni tak jatuh dalam perbuatan yang sia-sia
Kita tengok soalan pengajaran pula. Samada pengajaran ayat atau pengajaran hadis. Duduknya soalan pengajaran ialah dalam Kertas 2 Pendidikan Islam SPM. Markah yang diperuntukkan 2 atau 4, lazimnya. Biasanya ada 3 hingga 4 soalan pengajaran. Kalau semua setiap satu soalan diperuntukkan 4 markah, 3 soalan dah 12 markah. Kalau 4 soalan jadi 16 markah. Banyak juga tu
Untuk soalan pengajaran ni kena ingat beberapa perkara
1. Jawapan mesti ada isi dan huraian. Isi 1 markah. Huraian 1 markah
2. Untuk lebih jelas huraian tu kena ada agar/supaya/kerana kat tengah
isi agar/supaya/kerana huraian
3. Tulis apa yang kita dapat atau patut buat. Kalau tulis "Allah mengasihi manusia yg macam tu....bla bla" atau "org begitu akan dapat begitu..." ni kenyataan bukan pengajaran
4. Cadangan ustaz, ayatnya mesti macam kat bawah
Cuma pikir, apa yang nak tulis tempat isi tu jer. Biasanya diberi pembayang isi tu sebab dia tahu tak ramai pelajar yang ingat erti ayat atau hadis. Diapun pikir juga kemampuan pelajar
5. Isi boleh tengok kat huraian ayat atau hadis, kat bawah ayat atau hadis tu, jika diberi. Kalau tak beri takdelah. Maksud ayat atau hadis, lama dah tak bagi.
6. Satu lagi, 'clue' untuk isi juga boleh tengok dalam soalan sebelum. Soalan pengajaran biasanya duduk di nombor 3, nombor terakhir. Cuba tengok soalan nombor 1 dan 2, dia tanya tentang apa. Tu lah point yang boleh kita letak tempat isi
Cuba tengok satu contoh
Ayat kita ambil ayat di atas tadi jer. Cuma pikir apa isinya. Dalam huraian disebut Allah dan rasul. Apa yang patut kita buat pada rasul? mentaatinya. Jadi kita itulah isinya
Kita hendaklah mentaati rasul agar dikasihi Allah
Cuba tengok pula soalan 1. Ada sebut pasal makanan. Apa yang patut kita buat pasal makanan? Pilih makanan yang halal. Dapat kita buat satu lagi pengajaran
Kita hendaklah memilih makanan yang halal agar hidup tenang
Biasanya kalau dia nak 2 jawapan, sekurang-kurangnya ada 1 pembayang diberi. 1 lagi kena sendiri pikir maa...Kalau bagi 2 pembayang, tu dah rezki. Syukur, Alhamdulillah
Wallahu a'lam
Total Pageviews
Pandangan/Komen/Apa Saja
RENUNGAN HARI INI
Janganlah kita suka menangguhkan kerja. Kerja hari ini, kita buat hari ini. Jangan tunggu besok.
kata Ibnu Umar; "Apabila kamu berada pada waktu petang, janganlah menunggu pagi. Apabila kamu berada pada waktu pagi, janganlah menunggu waktu petang..."
kata Ibnu Umar; "Apabila kamu berada pada waktu petang, janganlah menunggu pagi. Apabila kamu berada pada waktu pagi, janganlah menunggu waktu petang..."
Rujukan
TIPS UNTUK SOALAN ~ P E N G A J A R A N ~
Sunday, July 5, 2015Posted by umat66 at 8:00:00 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment