Pengertian
Menyembelih binatang an’am ketika mencukur rambut bayi yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah s.w.t
Hukum Akikah adalah Sunat Muakkad
Masa Akikah
Sebelum kanak-kanak baligh. Tetapi afdal pada hari ketujuh kelahiran bayi
Kadar Akikah
Seekor kambing bagi seorang bayi. Tetapi bagi kanak-kanak lelaki disunatkan dua ekor
Syarat sah Akikah
1. Niat Akikah ketika menyembelih
2. Binatang ternakan yang halal
3. Binatang yang tidak cacat
4. Binatang cukup umur
5. Memenuhi syarat-syarat sembelihan
Daging Akikah
1. Tidak wajib disedekah kepada fakir miskin
2. Sunat dimasak manis
3. Sunat dibuat jamuan
4. Sunat tidak mematah-matahkan tulang binatang Akikah
Sunat Akikah
1. Berdoa ketika hendak menyembelih
2. Menyembelih ketika matahari sedang naik
3. Daging dimasak manis dan dibuat jamuan
4. Tidak mematah-matahkan tulang binatang Akikah
5. Mencukur rambut bayi selepas penyembelihan binatang akikah
6. Dilakukan Akikah pada hari ketujuh selepas kelahiran
Hikmah Akikah
1. Tanda syukur kepada Allah kerana mendapat zuriat
2. Menghebahkan kepada masyarakat tentang zuriat yang diperolehi
3. Mengeratkan silaturrahim
4. Menggalakkan amalan sedekah
5. Mendekatkan bayi yang baru lahir dengan ajaran Islam
0 comments:
Post a Comment