UNIT 4 | CARA MENGERJAKAN HAJI DAN JENIS-JENIS DAM |
Cara | Pengertian | Kebaikan dan kesan |
Ifrad |
Mengerjakan Haji dan Umrah berasingan 1. Umrah sebelum masuk bulan haji, diikuti haji, atau 2. Haji dahulu diikuti Umrah | Kebaikan ~ Afdal ~ Tidak kena dam ~ Ikut sunnah Nabi Kesan ~ Masa panjang, ~ lebih kos, masa dan tenaga |
Tamattuk |
Mengerjakan Haji dan Umrah berasingan iaitu Umrah dahulu dalam bulan Haji, kemudian melakukan haji | Kebaikan ~ Lapang masa ~ Selesa Kesan ~ Kena dam ~ Kurang pahala |
Qiran |
Mengerjakan Haji dan Umrah secara serentak | Kebaikan ~ Jimat masa ~ Jimat belanja dan tenaga Kesan ~ Kena dam ~ Pahala kurang |
Pengertian Dam
Bahasa | Darah |
Istilah | Denda yang dikenakan ke atas jemaah Haji kerana meninggalkan perkara wajib atau melakukan perkara yang dilarang atau mengerjakan Haji secara Tamattuk atau Qiran |
Jenis-jenis Dam
Tertib | Ta’dil | Takdir | Takhyir |
Dibayar mengikut susunan | Boleh dibayar mengikut nilaian harga dam | Di bayar mengikut kadar yang ditentukan mengikut kemampuan | Boleh memilih mana-mana yang di tetapkan |
Dam Tertib dan Ta’dil
Kesalahan | Denda |
Melakukan persetubuhan yang merosakkan Haji sebelum Tahallul Awal | 1. Sembelih seekor unta, jika tidak mampu 2. Sembelih seekor lembu, jika tidak mampu 3. Sembelih 7 ekor kambing, jika tidak mampu 4. Beli makanan dengan nilai seekor unta dan sedekah kepada fakir miskin di Mekah, jika tidak mampu 5. Puasa ikut bilangan cupak makanan yang boleh dibeli dengan nilai harga seekor unta |
Dikepung atau ditahan sebelum masuk ke Mekah setelah berniat Ihram, hendaklah dia bertahallul | 1. Sembelih seekor kambing, jika tidak mampu 2. Beli makanan dengan nilai harga seekor kambing dan disedekahkan 3. Puasa ikut bilangan cupak makanan yang boleh dibeli dengan nilai harga seekor kambing |
Dam Tertib dan Takdir
Kesalahan | Denda |
1. Ihram Tamattuk/Qiran 2. Tidak wukuf 3. Tidak melakukan Wajib Haji 4. Tidak melakukan Tawaf Widak | 1. Sembelih seekor kambing, jika tidak mampu 2. Puasa 10 hari (3 di Mekah dan 7 di tanahair) |
Dam Takhyir dan Ta’dil
Kesalahan | Denda |
1. Memburu dan mengusir binatang buruan darat yang halal 2. Memotong, menebang atau mencabut tumbuh-tumbuhan di Tanah Haram | 1. Menyembelih binatang yang sama bandingannya bagi binatang yang diburu (pokok besar-binatang besar dan pokok kecil-binatang kecil) 2. Beri sedekah makanan kepada fakir miskin ikut nilai binatang yang disembelih 3. Puasa ikut bilangan cupak yang boleh dibeli ikut nilai binatang sembelihan |
Dam Takhyir dan Takdir
Kesalahan | Denda |
1. Memotong atau mencabut bulu pada badan 2. Mengerat kuku 3. Memakai pakaian yang dilarang 4. Memakai minyak rambut atau janggut 5. Memakai bau-bauan 6. Melakukan perkara yang mendorong persetubuhan 7. Melakukan persetubuhan kali kedua 8. Melakukan persetubuhan selepas Tahallul awal | 1. Menyembelih seekor kambing, atau 2. Sedekah kepada 6 orang fakir miskin, 2 cupak seorang 3. Puasa 3 hari |
Hikmah Dam
1. Supaya manusia sentiasa bertanggungjawab terhadap segala kekurangan dalam ibadat
2. Supaya sentiasa menjaga disiplin semasa menunaikan Haji
3. Supaya bersungguh-sungguh menumpukan perhatian semasa ibadat Haji
4. Supaya menunaikan ibadat Haji dengan teratur
1 comments:
Nice ๐❤️๐งก๐๐๐๐ค♥️๐๐๐๐๐๐❣️๐๐๐
Post a Comment