Pengertian Iman
Membenarkan dengan hati, mengakui dengan lidah dan beramal dengan anggota
Keperluan iman dalam diri
1. Membentuk insan muslim sejati
2. Supaya istiqamah dalam ibadah
3. Bertanggungjawab dan amanah
4. Berani menegakkan kebenaran
5. Pencetus semangat jihad
6. Melahirkan generasi berakhlak mulia
7. Melakukan kebaikan
8. Sabar dan reda menghadapi kesusahan
9. Memupuk semangat persaudaraan
10. Bersyukur dengan nikmat Allah
Perkara-perkara yang membatalkan iman
1. Syirik
2. Kufur
3. Riddah
4. Khurafat
5. Sihir
6. Nifaq
SYIRIK
SYIRIK
Pengertian
Menyekutukan Allah dengan sesuatu samada pada zat, sifat atau perbuatanNya
Contoh; menyembah berhala
Orang yang melakukan syirik dipanggil musyrik
Bahagian syirik
Bahagian
|
Maksud
|
Contoh
|
Akibat
|
Syirik Jali
|
Syirik secara terang
|
-Sembah berhala
-Sembah bulan
-Mengaku Nabi Isa anak Tuhan
|
-Rosak akidah
-Dosa besar
-Diazab di akhirat
|
Syirik Khafi
|
Syirik secara sembunyi
|
-Riak
-Ujub
-Takbur
|
-Dibenci masyarakat
-Hilang kawan
-Sukar terima pandangan orang
|
|
Pengertian
Tidak percaya kepada Allah serta mengingkari ajaran Nabi Muhammad s a w
Orang yang melakukan perbuatan ini dipanggil kafir
Bahagian kufur
1. Kufur Hakikat
Ingkar atau menafikan rukun iman dan menolak syariat yang dibawa oleh Rasul
Contoh;
a. Tidak mengakui balasan di akhirat
b. Menolak hukum al-Quran
c. Menyatakan solat fardhu tidak wajib/merugikan
d. Kata puasa ramadhan melemahkan ekonomi
2. Kufur Nikmat
Mengingkari Allah sebagai pemberi nikmat
Contoh;
a. Guna nikmat ke jalan maksiat
b. Enggan berzakat atau bersedekah
c. Boros
Faktor menyebabkan kekufuran
1. Pegangan agama yang lemah
2. Terpengaruh dengan hawa nafsu
3. Kesempitan hidup
4. Terpengaruh dengan kesenangan dunia
|
Pengertian
Berpaling atau keluar dari agama Islam
Orang yang melakukan riddah dipanggil murtad
Cara murtad
Cara
|
Huraian
|
Iktikad
|
Berniat hendak meninggalkan agama Islam
|
Perkataan
|
Mengisytiharkan dirinya keluar dari agama Islam
|
Perbuatan
|
Menganut selain agama Islam
|
Menolak hukum Islam yang jelas seperti menolak solat fardhu juga menyebabkan seseorang murtad
Sebab-sebab yang membawa kepada riddah
1. Lemah pegangan agama
2. Jahil tentang akidah dan hukum Islam
3. Terpengaruh dengan kebendaan
4. Kurang didikan agama
5. Terpengaruh dengan agama bukan Islam
6. Tidak mendapat perhatian selepas memeluk Islam
Kesan daripada perbuatan riddah
1. Hubungan suami isteri terfasakh
2. Haram menerima pusaka daripada waris Islam
3. Hartanya haram diwarisi oleh waris Islam
4. Haram dikebumikan di perkuburan Islam
5. Kekal di dalam neraka
Cara menangani orang murtad
1. Memberi nasihat
2. Memberi perlindungan atau bantuan jika dia golongan muallaf
3. Hukuman bunuh oleh penguasa
Hikmah hukuman bunuh terhadap orang murtad
1. Sebagai amaran bahawa Islam tidak boleh dipermain-main
2. Mengelak perbuatan riddah yang mencemar kesucian Islam
3. Menghindarkan masyarakat daripada berpecah belah dan huru hara
4. Menghalang perbuatan yang merendah dan memburukkan Islam
|
Pengertian
Kepercayaan atau perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan Islam tetapi hakikatnya ia bertentangan dengan Islam
Contoh khurafat yang masih diamalkan dalam masyarakat
1. Memakai tangkal atau azimat
2. Membuang ancak
3. Memuja keramat
4. Menyembah berhala
5. Memuja syaitan
6. Mandi bunga
7. Melenggang perut
8. Menyemah pantai untuk menghalau hantu
9. Mempercayai binatang membawa tuah atau sial
Faktor khurafat masih berterusan
1. Lemah iman
2. Cetek pengetahuan agama
3. Pengaruh masyarakat atau adat resam
4. Terdapat tempat-tempat pemujaan
5. Masyarakat kurang prihatin
6. Mencari jalan mudah untuk kaya dan terkenal
Cara-cara mengatasi khurafat
1. Menggiatkan dakwah dan majlis ilmu
2. Mengenakan hukuman berat ke atas mereka yang terlibat
3. Menghapuskan tempat-tempat pemujaan
4. Memberi kesedaran atau pemulihan kepada mereka yang terlibat
5. Menyebarkan risalah keburukan khurafat
Kesan mempercayai dan mengamalkan khurafat
1. Syirik dan batal iman
2. Membazir masa, tenaga dan harta
3. Menyekat akal berfikir secara logik
4. Masyarakat mundur
|
Pengertian
Perbuatan secara halus dengan pertolongan makhluk ghaib.
Contoh; pukau dan ilmu pengasih
Akibat perbuatan sihir
1. Merosakkan akidah dan membatalkan iman
2. Memecahbelahkan masyarakat dan menimbulkan fitnah
3. Hilang pergantungan kepada Allah
4. Ahli sihir menjadi takbur dan berani malakukan kezaliman
5. Membazir harta, tenaga dan masa
|
Berpura-pura beriman sedangkan hatinya kufur
Orang yang mengamalkan nifaq digelar munafiq
Tanda-tanda munafik berdasarkan hadis
1. Bercakap dusta
2. Mengkhianati amanah
3. Mungkir janji
4. Melampaui batas apabila bertengkar
Akibat buruk munafik
1. Menghilangkan sikap percaya mempercayai
2. Melemahkan perpaduan masyarakat
3. Menghancurkan kekuatan umat Islam
4. Tidak tenang hidup dunia dan akhirat
5. Menghalang pembangunan dan kemajuan
0 comments:
Post a Comment