PENGUMUMAN : DAPATKAN SEGERA.......buku NASIHAT KEPADA ANAK BERKENAAN IBU BAPA.......buku yang memperincikan tanggung jawab anak terhadap ibu bapa. Miliki segera untuk mendalami lagi tanggung jawab anda kepada ibu bapa anda. Juga supaya anak-anak anda memahami tanggung jawab mereka terhadap anda sebagai ibu bapa*****-------- DAPATKAN SEGERA....NOTA GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM SPM....buku rujukan/nota Pendidikan Islam SPM yang sangat sesuai untuk calon-calon SPM*****Dapatkan juga MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 4 dan MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 5, buku kerja yang akan menjadikan PDPC anda lebih mudah, berkesan dan menarik......SELAMAT HARI RAYA IDIL FITRI 2017, MAAF ZAHIR DAN BATIN^^^^^^SEMUA GURU PEND ISLAM/B ARAB DIPELAWA MENYERTAI GROUP FACEBOOK DISKUSI GURU PENDIDIKAN ISLAM.....Hubungi saya di umat66@gmail.com.BLOG INI LEBIH SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX...MUNGKIN PAPARANNYA BERBEZA JIKA MENGGUNAKAN INTERNET EXPLORER

Suami Mendera; Haruskah Isteri Terus Bertahan?

Saturday, May 28, 2011

Soalan
assalamualaikum, saya nak bertanya dan harap ustaz dapat bagi pendapat ustaz dgn jujur.
kalau seorang isteri tidak ada lagi rasa cinta kepada suaminya kerana penderaan fizikal dan mental yg dihadiahkan kepadanya adakah patut dia terus pertahankan perkahwinan itu?
isteri itu bertahan hanya kerana kesiankan suaminya sahaja.dia tetap taatkan suaminya tetapi dia kata, dia tak mahu bersama suaminya di akhirat nanti.kalau suami dia berubah sikap dan baik kepadanya mulai sekarang pun dia tetap tak mahu bersama suaminya di akhirat kelak.
harap dapat beritahu pendapat ustaz .


Jawapan

Insya Allah saya akan jawab secara ringkas sekadar yang termampu, mengikut pendapat saya.

1. Islam itu indah. Setiap masalah ada jalan keluarnya. Jalan keluar terakhir bagi masalah perkahwinan ialah perceraian. Tetapi perlu diingatkan cerai adalah perkara halal yang sangat dibenci Allah. Dalam soal ini agama telah membuka pintu cerai melalui fasakh, kerana dera menjadi sebab yang layak utk isteri menuntut fasakh.

2. Islam juga tidak membebankan sesorang dengan apa yang di luar kemampuannya. Kerana itu jika merasa tidak mampu lagi untuk bertahan maka bolehlah mengambil jalan keluar melalui perceraian. Antara tujuan perkahwinan ialah untuk memupuk silaturrahim dan kasih sayang, menenangkan perasaan dan menghalalkan pergaulan mesra. Ini bermaksud perkahwinan yang dipenuhi kebencian dan penganiayaan merupakan perkahwinan yang gagal dan tidak mencapai tujuan. Sebaliknya menjadi bencana ke atas isteri yang teraniaya.

3. Sebaiknya isteri bersabar, berbincang, berdoa dan berikhtiar agar hati suami dan hati isteri sendiri berubah. Tetapi pintu fasakh adalah lebih baik jika kekal bersama diyakini akan mencampakkan isteri ke lembah binasa, kerana membiarkan diri sendiri binasa adalah ditegah oleh agama.

4. Fasakh juga menjadi jalan terakhir jika kekal bersama akan menyebabkan berlakunya derhaka kepada suami. Susah untuk melayan, susah utk senyum, susah utk mesra dgn suami boleh menyebabkan hati suami terguris dan dianggap nusyuz. Nusyuz adalah haram sedangkan talak/fasakah adalah makruh. Mengambil yg makruh utk menolak yg haram tentulah wajar mengikut kaedah usul fiqh

5. Malah sebenarnya tanpa sebab seperti dera dsb nya juga isteri masih diberi peluang utk bercerai jika itu lebih baik bagi mereka pada perkiraan mereka. Kerana itu Islam mensyariatkan khulu'.

Jadi bagi saya, sesuatu perkahwinan perlu dipertahankan sebaik mungkin oleh kedua belah pihak. Bersabar dgn pasangan merupakan sesuatu yg besar ganjarannya. Tetapi jika kekal bersama membawa kepada kemusnahan diri sendiri atau menjadikan isteri nusyuz, maka ketika itu perpisahan adalah lebih selamat bagi isteri dunia dan akhirat.

Wallahu a'lam

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 
 

Segala kandungan dalam blog ini adalah pendapat penulis. Jika ada yang salah, penulis pohon jutaan maaf, sentiasalah merujuk dan berpegang dengan pendapat yang lebih teguh dalilnya. Blog ini hanyalah sekadar perkongsian sesama insan daripada penulis yang lemah dan masih jahil