Hari ini terdapat bermacam-macam gelaran yang dimulakan dengan Mat dan minah. Antaranya mat rempit, mat pit, mat gian, mat rock dan mat jiwang. Manakala yang perempuan pula digelar minah, minah rempit, minah karan, minah pit, minah sundal dan sebagainya lagi.
Perkara ini secara halus mencemarkan imej Rasulullah saw dan bonda baginda. Malah ada ibu bapa yang tidak sanggup meletakkan nama tersebut kepada anak mereka kerana takut dipanggil dengan gelaran sedemikian oleh rakan-rakannya kelak.
Bagaimana bermulanya kaitan antara perkara negatif dengan nama Nabi tersebut dan apakah motifnya? Mungkinkah ini perancangan licik musuh-musuh Allah? Adakah ini satu cara untuk menjauhkan umat Islam dari Rasulnya? Hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Namun sebagai orang Islam yang sangat menghormati nama Muhammad dan bondanya Aminah, sebaiknya hindarilah dari menggunakan gelaran-gelaran sedemikian. Semoga kita tidak terjebak dengan unsur-unsur penghinaan terhadap Nabi Muhammad saw
1 comments:
Mat = Muhammad >>>???
Maaf ye sdara krn sy jga berpendapat bhw gelaran mat adlh tdk sama maksudnya dgn nama baginda Rasulullah SAW...
Post a Comment