Saturday, July 4, 2015

ARAS SOALAN PENDIDIKAN ISLAM SPM

Assalamualaikum
Harapan ustaz semoga anak-anak pelajar sihat wal afiat hendaknya. Sihat salah satu nikmat Allah yang terbesar bagi kita. Tapi kita tidak merasai ianya besar sehinggalah kita kehilangannya. Semasa sihat, kita rasa sihat tu biasa saja, Bila sakit baru kita tahu betapa besarnya nikmat sihat tu. Jangan jadi macam tu...hargailah kesihatan yang kita miliki semasa ia masih ada lagi.

Baiklah, kai ni ustaz nak tulis pasal aras soalan pulak. Sebenarnya kalau pelajar tak tahupun tak apa tentang aras soalan ni. Yang pentingnya pelajar tahu jawapan bagi setiap soalan yang dikemukakan. Cumanya dengan memahami aras soalan ni dapat meningkatkan lagi minat dan motivasi pelajar untuk menjawab semua soalan peperiksaan yang dikemukakan. Khususnya peperiksaan SPM yang sebenar.

Jadi, aras soalan Pendidikan Islam adalah seperti berikut, berdasarkan pengamatan 

 

Aras pengetahuan ialah aras yang paling rendah, paling mudah. 50%, paling banyak tu. Jadi, jangan kata semua soalan payah. Sebab telah disediakan 50% soalan aras mudah.

Sebab tu juga sepatutnya semua pelajar lulus subjek Pendidikan Islam. Sebab dah disediakan soalan mudah untuk calon-calon yang lemah nak jawab. Yang pentingnya pelajar cari dan jawab semua yang mudah tu

Kadang-kadang ada juga pelajar yang baca soalan yang depan-depan jer. Mereka rasa payah, terus putus asa untuk jawab. Ada yang terus tidur atas soalan tu. Tu lah silapnya, pelajar mesti baca semua soalan. Pelajar mesti sedar sebenarnya ada banyak soalan yang mudah. Mungkin duduk kat bahagian belakang belakang. Baca soalan tu sampai habis. Jangan mudah menyerah kalah

Wallahu a'lam

No comments:

Post a Comment