Saturday, July 4, 2015

CARA JAWAB SOALAN ~ T E R A N G K A N ~


Assalamualaikum
Apa khabar anak-anak pelajar semua? Doa ustaz semuanya baik-baik belaka. Walau apapun keadaan, perjuangan mesti diteruskan juga. Susah senang...belajar tetap kena belajar. Ayuh anak-anak pelajar, inilah tugas pelajar, belajar dengan bersungguh-sungguh. Jangan hampakan hati dan harapan orang-orang yang tersayang khususnya ibu bapa kita

Kali ni ustaz nak kongsikan pula tentang soalan terangkan. Soalan terangkan sering menjadi perangkap kepada pelajar. Menjadi tempat pelajar kehilangan beberapa markah. Beberapa markahpun penting maa...Jangan kata beberapa je. Kalu kat situ hilang sikit, sini hilang sikit, sana sikit.....akhirnya berapa yang kita dapat? Yang sikit-sikit tulah kita kumpul satu persatu, jangan bagi ada yang tercicir. Barulah hujungnya kita dapat markah yang banyak.

Jadi unutk soalan 'terangkan' keperluannya adalah begini


Isi         agar/kerana/supaya     huraian
 
Isi (1 markah) + huraian (1 markah) = 2 markah bagi satu jawapan

Supaya huraian jadi jelas, kena ada penghubung kata agar/kerana/supaya kat tengah ayat.
Kalau tak ada penghubung kata macam tu mungkin setengah pemeriksa kata ada huraian, setengah yang lain kata tak ada huraian. Mengelirukan. Kalau ada penghubung kata macam tu semua pemeriksa akan terima adanya huraian. Jelas

Tulah..ada setengah pelajar hairan..jawab banyak dah...soalan nak satu jawapan. Dia bagi 4 jawapan, semuanya betul. Kenapa dapat 1 markah je. Dia tak faham, untuk isi 1 markah jer, 1 markah lagi adalah untuk huraian. Walaupun ada 10 isi, markah tetap 1, kerana 1 lagi bukan untuk isi

Ada juga pelajar yang tak perasan 'terangkan' kat soalan tu. Sebab tu lah semasa peperiksaan, setiap kali jumpa soalan terangkan, sila highlight atau bulatkan perkataan tu. Supaya pelajar tidak terlupa untuk menulis huraian. Supaya ianya tidak terlepas pandang

Wallahu a'lam

No comments:

Post a Comment