Saturday, July 4, 2015

FORMAT KERTAS 2 PENDIDIKAN ISLAM SPM

Assalamualaikum w.b.t
Teruskan study wahai calon calon SPM. Teruskan. Memang bukan mudah untuk berjaya. Usaha dan pengorbanan adalah rencah biasa bagi orang yang inginkan kejayaan. Tiada kejayaan yang datang bergolek. Tiada kejayaan tanpa usaha dan pengorbanan.

Baiklah para pelajar sekalian. Hari ni ustaz nak menulis pula tentang format Kertas 2, Pendidikan Islam SPM. Mudah-mudahan dapat membantu para pelajar sekalian. Tak bantu banyak pun bantu sikit, jadilah.



Soalan 1, 2 dan 3 - ayat, hadis dan hafazan
Soalan 3,4 - ayat, tajwid dan jawi

Walaupun ramai pelajar yang gerun dengan hukum tajwid, hafazan dan jawi tapi sebenarnya Kertas 2 biasanya menyumbang lebih banyak markah berbanding Kertas 1. Ini mungkin kerana skop Kertas 2 yang lebih sempit. Hanya merangkumi Bahagian ayat dan hadis sahaja. Dalam bahagian ini juga tidak ada banyak istilah yang perlu diingati dan difahami oleh pelajar

Hafazan dan tajwid pula nampak je susah. Sebenarnya untuk dapat sedikit markah tidaklah payah sangat kerana biasanya pelajar hanya perlu memilih ABCD atau 1234 sahaja. Kalau dulu pelajar kena tulis semula. Memang agak sukar nak tulis semula walaupun pelajar tahu apa perkataan yang nak ditulis. Sekarang mudah daa....

Wallahu a'lam

No comments:

Post a Comment