1. Faktor dalaman:
(a) penduduk setempat yang tertarik dengan Islam;
(b) galakan khalifah yang menyediakan peruntukan khas untuk para ulama dan pendakwah;
(c) dasar kerajaan yang menyamakan status orang Arab dengan orang bukan Arab.
2. Faktor luaran:
(a) pembukaan wilayah-wilayah baru;
(b) penggunaan bahasa Arab yang meluas;
(c) hubungan diplomatik antara kerajaan Abbasiyah dengan negara luar.
3. Kesan positif penyebaran Islam:
(a) terhadap akidah: berjaya merobah kepercayaan menyembah berhala kepada penyembahan Allah yang Esa;
(b) terhadap ilmu: perintis kepada perkembangan ilmu dan pemikiran umat Islam;
(c) kebudayaan: penduduk bebas mengamalkan budaya masing-masing selagi tidak bertentangan dengan Islam;
(d) sistem kemasyarakatan: sistem penghambaan dan penindasan dihapuskan dan diganti dengan sistem keadilan yang telus.
4. Semangat jihad umat Islam pada zaman Kerajaan Abbasiyah:
(a) umat
Islam berjuang untuk memajukan diri dan memartabatkan umat Islam dalam
semua aspek kehidupan. Mereka telah berjaya menguasai berbagai-bagai
bidang ilmu pengetahuan dan menjadi pakar dalam bidang-bidang tersebut;
(b) pencapaian
umat Islam pada zaman tersebut amat membanggakan kerana dapat
menandingi dua tamadun besar pada ketika itu iaitu Rom dan Parsi.
No comments:
Post a Comment