Monday, December 31, 2012

PELAJARAN 21: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN PADA ZAMAN KERAJAAN ABBASIYAH

1.         Faktor utama perkembangan ilmu:

(a)    kreativiti para ulama;
(b)   usaha dan galakan para khalifah;
(c)    aktiviti penterjemahan pelbagai bidang ilmu;
(d)   dasar kerajaan yang memberi keutamaan kepada ilmu;
(e)    kewujudan prasarana pendidikan yang baik;
(f)    kestabilan politik dan kewangan kerajaan;
(g)   hubungan diplomatik antara kerajaan Abbasiyah dengan negara-negara luar;
(h)   kedudukan Baghdad yang menjadi pusat keilmuan dan perdagangan antarabangsa.

2.         Institusi pendidikan pada masa itu ialah masjid, istana khalifah, perpustakaan dan pusat-pusat pengajian dan pendidikan.

3.         Bidang-bidang ilmu:

(a)    ilmu berteraskan wahyu: ilmu tafsir, ilmu hadis, ilmu fekah dan ilmu tauhid;
(b)   ilmu berteraskan akal: ilmu matematik, ilmu falak, ilmu kimia, ilmu fizik, geografi dan ilmu perubatan.

4.         Kesepaduan antara ilmu fardu ain dengan fardu kifayah pada masa itu telah           membentuk umat yang kuat dari segi fizikal dan mental.

No comments:

Post a Comment