Musim banjir datang lagi. Dah musimnya. Ni pun dah lewat berbanding
tahun-tahun dulu. Setelah hujan dalam tiga empat hari, akhirnya beginilah
keadaan di sekeliling rumahku. Kat belakang rumah dah jadi macam
swimming pool. Tingkat bawah rumah juga dah ditenggelami air. Ada le separas lutut anakku,
Nasib baik aku duduk kat atas. Kalau tak susah juga. Tapi ni pun susah
juga kena cuci lepas ni.
Keadaan belakang rumahku selepas sehari dua hujan
Selepas 3-4 hari hujan. Macam tasik dah nampak
Pemandangan sebelum air naik
Setelah air naik
Main air...
Dapur tingkat bawah...
Dalam rumah tingkat bawahpun dah penuh air
Itulah antara beberapa gambar banjir tahun ni yang sempat dirakamkan. Hari ni 29/12/2012, air dah takde....cuma kat belakang masih ada lebih kurang sama dengan gambar sehari dua hujan. Cuma air masa surut ni lebih kotor berbanding masa naik dulu. Kemuncak banjirnya kelmarin dulu. Tapi ni baru pusingan pertama. Biasanya hujung tahun macam ni akan ada 2 atau 3 pusingan banjir. Apapun, minta-minta pada Allah, moga banjir yang melanda tidaklah sampai menjadi bala atau petaka ke atas keluargaku dan seluruh umat Islam. Amin
No comments:
Post a Comment