Huruf Mim dan Nun yang bertasydid (ﻡّ نّ)
Cara bacaan: Dengung dengan kadar 2 harakat
Contoh: إِنَّ
QALQALAH SUGHRA ( صغرى )
Apabila huruf-huruf qalqalah tersebut (ق ط ب ج د) mempunyai tanda sukun/mati sedia ada2.
Cara bacaan: berdetak perlahan
Contoh:
Catitan: Untuk lebih mudah, qalqalah ni ialah yang huruf qalqalahnya berada di tengah kalimah atau di tengah ayat. Dia tidak berada di hujung ayat atau diberhentikan bacaan dengannya
QALQALAH KUBRA ( كبرى )
Apabila huruf-huruf qalqalah tadi (ق ط ب ج د) dibaca dengan sukun/baris mati yang mendatang (asalnya baris hidup tetapi dimatikan kerana wakaf). Ataupun qalqalah yang berada di hujung ayat.
Cara bacaan: Berdetak kuat
Contoh:
Catitan: Qalqalah ni ialah yang berada di hujung bacaan. Di segi penulisan, selepasnya ada tanda wakaf.
ALIF LAM SYAMSIAH
Apabila huruf alif lam (ال) bertemu salah satu huruf syamsiah.
Huruf-huruf syamsiah ialah (14);
ت ث د ذ ر ز س ش ص ض ط ظ ل ن
Cara bacaan: huruf lam dimasukkan ke dalam hurufsyamsiah tersebut atau dengan kata lain huruf lam tu seolah-olah tiada ketika membacanya.
Contoh:
وَالَّيْلِ اِذَا سَجَى
قُلْ اَعُوْذُبِرَبِّ النَّاسِ
وَالشَّمْسِ وَضُحََهَا
ALIF LAM QAMARIAH
Apabila huruf alif lam (ال) bertemu salah satu huruf qamariah.
Huruf-huruf qamariah ialah (14);
ا ب ج ح خ ع غ ف ق ك م وﻫ ي
Cara bacaan: bunyi huruf lam dijelaskan (izhar qamariah)
Contoh:
يُحِبُّ الْمُحْسِنِيْنَ
اَلْهَكُمُ التَّكاَثُرُ
نَزَّل عَلَيْكَ الْكِتَابَ
Catitan: Boleh dikenali dengan tiadanya tanda tasydid pada huruf selepas huruf lam. Juga melalui kedengarannya bunyi lam bila membacanya.
No comments:
Post a Comment