Monday, July 25, 2011

Perlukah khitan (bersunat) bagi wanita?

Seorang sahabat telah telah menjadi panel dalam forum anjuran IKIM berkenaan pembuangan bayi. Selepas berforum beliau telah diberitahu dalam sebuah rumah kebajikan terdapat 200 gadis yang mengandung. Kebanyakannya berusia sekitar 13 tahun (tingkatan 2). 70 daripada gadis yang mengandung itu didapati tidak berkhitan (bersunat).


gambar hiasan

Punca berlakunya zina memang banyak dan berbeza-beza. Cuma yang menarik perhatian saya di sini ialah berkenaan khitan. Khitan (bersunat) merupakan suatu sunnah ke atas para wanita muslim. Ia juga merupakan suatu kehormatan bagi mereka. Rasulullah saw ada bersabda, maksudnya: Khitan itu merupakan sunnah bagi para lelaki dan kehormatan bagi para wanita

Terdapat banyak anjuran dari Rasul dan para ulama supaya melakukan khitan sehingga ia diterima sebagai suatu kemestian bagi masyarakat Islam. Cuma perlu diingatkan khitan sepatutnya dilakukan dengan memotong sedikit sahaja bahagian yang sepatutnya atau sekadar melukakannya sahaja, bukan dengan memangkas terus kesemua bahagian tersebut. Khitan yang berlebihan akan memudaratkan wanita itu sendiri terutamanya dalam soal seks.

Tetapi di akhir-akhir ini, penentangan terhadap amalan khitan yang dipelopori oleh pelbagai gerakan terutamanya yang berkaitan dengan 'human rights' di barat mula disambut dengan ketara oleh masyarakat Islam. Pelbagai alasan dilontarkan oleh mereka bagi menghalang amalan tersebut. Isu ini pernah mendapat tempat yang luas di dada-dada akhbar-akhbar tempatan. Hasil daripada usaha dan kefahaman yg salah berkaitan khitan itulah mungkin lahirnya 70/200 gadis yg tidak berkhitan. Kawan saya tak maklumkan pula adakah semuanya melayu tetapi saya menganggap semuanya Melayu kerana beberapa alasan.

Sebenarnya inilah antara strategi halus musuh untuk menghancurkan umat Islam. Mereka telah menggalakkan pergaulan bebas, menyebarkan bahan lucah, mempopularkan fesyen2 yang seksi dan tidak senonoh dan macam2 lagi. Sekarang mereka berusaha melemahkan pertahanan diri wanita itu sendiri pula, kerana memang diakui tidak berkhitan akan menyebabkan keinginan seks seseorang perempuan akan berada pada tahap yang tinggi. Jika dalam diri wanita itu sendiri telah ada keinginan seks yang membuak2, ditambah lagi dengan dengan faktor2 luaran tadi, maka sudah tentulah amat sukar bagi seseorang gadis itu untuk mengelak dari terjebak dengan seks yang salah. Itulah salah satu punca yang tidak dipandang terhadap gejala zina dan pembuangan bayi yang semakin berleluasa hari ini

Wallahu a'lam

No comments:

Post a Comment