Tuesday, July 12, 2011

Muhasabah Diri 1



Sekadar muhasabah utk diri sendiri.....
Saya sering merenungi diri sendiri. Terlalu banyak yg saya tahu berbanding dengan yg saya buat. Saya petah berbicara dan menulis. Kandungan al-Quran mampu saya fahami seadanya. Hadis dan sirah Nabi sering saya war-warkan di hadapan khalayak. Sunnah-sunnah Nabi dapat saya bilang satu persatu.

Saya lebih mengenali diri saya samada pada niat mahupun amalan...Di benak hati terkilas rasa khuatir, banyak bicara yg saya sendiri sukar utk melakukannya...Ada murka dari Tuhan yang menunggu orang yang sedemikian. Menyebut ganjaran sunat tasbih boleh sahaja walau 10 kali sehari, tetapi melakukannya walau sebulan sekali amatlah payah. Menyatakan kelebihan solat jamaah yang 27 kali ganda semudah menelan air liur sahaja, tetapi menetapkan lima kali sehari di dalam saf bukanlah senang. Orang yg mengetahui maksud pahala sepatutnya lebih ghairah di dalam memburu pahala, sebagaiman ghairahnya peniaga yg sangat memahami makna keuntungan memburu keuntungan walau satu sen sekalipun.

Berbicara itu mudah, melaksana itu payah. Menyebut kelemahan orang itu memang petah, mengakui kelemahan sendiri itu sangatlah susah. Tiada guna berteori setinggi langit sedangkan masih dalam kesukaran membereskan asas-asas fardhu ain....benarlah kata-kata, iman itu buktinya pada amalan, bukan pada kata2, bukan pada ilmu pengetahuan dan bukan pada jawatan. Peribahasa melayu juga ada berkata, lidah itu tidak bertulang. Oleh itu janganlah terpesona dengan kata dan tahu sebaliknya lihatlah amalan. Lihatlah AMALAN..

No comments:

Post a Comment